6 Port Glamping Best Di Malaysia

6 Port Glamping Best Di Malaysia

Kalau dulu orang hanya tahu mengenai camping jer; sekarang ni kita dah ada terma dan konsep baru iaitu 'Glamping'. Glamping ni sesuai untuk orang yang minat nak pergi camping tapi nak selesa dan lebih glamourous. Ada kipas, ada katil, ada meja dan bahkan ada khemah yg ada toilet sekali dalam tu. Memang best dan satu pengalaman yang unik bagi yang suka aktiviti begini tapi tak nak hassle. Kebiasaannya pun lokasi yang ada buat glamping ni pun didekorasi dengan lebih cantik dan tampak mewah.

Kat mana spot best untuk bawa keluarga glamping di Malaysia ni? Jom baca sampai habis.

1. Glamz, Genting

Kalau dari area Klang Valley, nak glamping tapi taknak panas, ha sini lah tempatnya. Selalu Genting Highland orang tahu mengenai theme park dia jer, tapi sebenarnya kat sini pun ada tempat untuk glamping juga. Sesuai lah jika nak bawa keluarga pergi short holiday release stress di hujung minggu.  

 

2. Tiarasa Escapes, Janda Baik 

Tiarasa Escapes ni memang top spot peminat glamping disebabkan facilities dan servis yang disediakan. Selesa pun selesa, tidak jauh dari Kuala Lumpur lebih kurang dalam satu jam perjalanan sahaja. Boleh lah sekali-sekala jika nak rasa pengalaman glamping dalam hutan tapi fefeeling glamour. 

 

 3. The Sticks, Kuala Kubu Baru

Terletak di dalam hutan di Hulu Selangor, memang satu lokasi yang baik jika kita nak get away daripada kesibukan dan hiruk pikuk kota. The real definition of back-to-nature. Ada sungai jernih dan boleh mandi manda dengan keluarga atau dengan kawan-kawan. Nak trekking pun boleh, ada trek yang disediakan juga. Yang penting, jaga kebersihan ya jika pergi ke tempat-tempat begini. Jangan buang sampah merata-rata. Kesian dengan alam kita. 

 

4. La Hilir Tiny House, Kuala Pilah

Diinspirasikan oleh sepasang suami isteri yang rasa 'terperangkap' setelah hidup selama 16 tahun di Kuala Lumpur dengan schedule yang hectic. Di La Hilir Tiny House, berkonsepkan modern-kampung memang sesuai bagi pasangan atau small group yang inginkan quick and short get away di hujung minggu. Tempat yang menenangkan, ada ruang untuk kita chill, ada sungai jernih, dan ada outdoor cinema juga kalau rasa macam nak tonton movie.   


5. Buana Kita, Rembau
 

Terletak di Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Glamping with kampung vibe! Memang syok sini kalau buat family day sebab ada pelbagai aktiviti yang best disediakan. Boleh main ATV, boleh bentang carpet dan tonton wayang pacak sambil makan kerepek, boleh mandi sungai, ada outdoor play juga untuk anak-anak kecil, bahkan nak main takraw atau volleyball pun boleh. Kat sini pun boleh juga kalau nak buat event atau majlis pernikahan kecil-kecilan. 

 

6. Gopeng Glamping Park, Gopeng

Terletak di Kampung Chulek, Gopeng, Perak. Pemandangan dan suasana di sini sangat cantik dan menenangkan. Sesuai untuk weekend get away bersama keluarga dan sahabat handai. Uniknya kat sini, kita boleh cuba aktiviti white water rafting. Memang sesuai bagi yang nak bercuti tapi taknak melepek dan tidur dalam khemah seharian. Nak hiking tengok sunset boleh, nak main ATV boleh.. Tak sempat nak bosan tahu-tahu dah kena check out dan back to reality. 

 

Okay 6 ni dulu yang kami nak kongsikan dengan semua. Ada lagi tak tempat glamping best yang dah pernah pergi? Boleh kongsikan dengan kami. 

Bagi yang dah gatal kaki nak travel oversea, boleh tengok di SINI dan boleh hubungi kami terus DI SINI untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

Back to blog

Featured collection

1 of 4