5 Tempat Wajib Untuk Dilawati Di Bumi Balkan

5 Tempat Wajib Untuk Dilawati Di Bumi Balkan

Balkan meninggalkan pelbagai warisan sejarah Empayar Rom, Bizantin, Uthmaniah, sejarah perang etnik Bosnia - Serbia yang mengakibatkan ratusan ribu rakyat tidak bersalah terbunuh sehinggalah kebangkitan semula wilayah di rantau ini.

Tasik yang bersambung dengan deretan air terjun bertingkat. Istana di tengah tasik seumpama cerita kayangan. Negara islam indah namun masih terluka dengan perang saudara yang lalu. Balkan, sebuah pengembaraan selama 13 hari 10 malam yang akan mengelilingi 4 buah negara antaranya Balkan, Crotia, Slovenia dan Montenegro.

1. STARI MOST 

Stari Most adalah jambatan yang kukuh dibina semasa zaman kerajaan Uthmaniah pada tahun 1557 untuk menghubungkan Mostar Timur dan Barat telahpun musnah semasa perang etnik Bosnia – Serbia pada tahun 1993.

Peristiwa tragis itu menyaksikan jambatan ini dibom bertubi-tubi oleh pihak Kristian Croat setelah berpaling tadah selepas bergabung dengan Muslim Bosnia menentang tentera Yugoslavia. Mereka mula menyerang sekutu mereka sendiri akibat kebencian yang memang telah lama terhadap Islam. Jambatan bersejarah yang menjadi penghubung ini dibom bertubi-tubi, ada yang mengatakan sehingga 60 biji bom barulah runtuh sepenuhnya jambatan ini.

2. TASIK PLITVICE

Tasik Plitvice ini menjadikan setiap perjalanan kita di temani tasik berwarna zamrud yang sangat jernih sambil ikan trout menemani kita cuba untuk mendapat ehsan makanan dari kita.Dari jauh dah boleh mendengar bunyi puluhan air terjun menyambungkan tasik-tasik di sini. Sukar digambarkan dengan perkataan keindahan tasik ini.

3. BLED

Sebuah tasik simbolik kepada Slovenia. Pagi ini kita akan berpiknik di tepi tasik Bled, sambil melihat matahari terbit. Geng hiking? jangan lepaskan peluang untuk hiking mendapatkan view tercantik di Bled menaiki anak bukit lebih kurang 20 minit. Yang tidak berhiking, kita juga akan menaiki bot dan merasai keindahan pulau kecil bled yang cantik.

4. KOTOR

Kotor tu merupakan nama tempat situ bukan tempat itu tidak kotor. Hahaha. Deretan bangunan klassik eropah di antara laut dan gunung. Sekali sekala terasa macam berjalan di Venice pula, Tak hairan lah kerana senibina di sini hampir serupa dengan senibina di Venice kerana kawasan ini pernah menjadi kawasan jajahan pemerintah Venice selama 400 tahun.

5. SARAJEVO

Sarajevo ini merupakan ibu negara Bosnia dan Herzegovina. Mostar terletak di Herzegovina, manakala Sarajevo pula terletak di Bosnia. Jangan tekejut apabila mereka tidak menggunakan nama Sarajevo tetapi menggunakan ganti nama Bosnia merujuk kepada ibu negara tersebut.

Back to blog

Featured collection

1 of 4