5 Tanggapan Salah Orang Kita Mengenai Pakistan

5 Tanggapan Salah Orang Kita Mengenai Pakistan

Kat Malaysia ni asal nampak segerombolan rakyat Pakistan je mesti rasa menyampah. Lepas tu terbayang lah negara dia yang tengah berperang, mundur dan kotor. Ramai yang silap dan tak tahu yang sebenarnya Pakistan menyimpan sebuah kawasan yang CANTIKNYA setanding, malah lebih cantik dari Switzerland.
.

Disebabkan Pakistan ni negara yang jarang orang pergi tapi kami dah pergi, kami kongsikan 5 tanggapan yang salah orang kita tentang Pakistan

1. PEMANDANGAN

Ramai yang tak tahu sebenarnya Pakistan ni menyimpan seribu satu khazanah alam yang sangat cantik dan terpelihara. Kami berani cakap yang kawasan pergunungan di sini secantik dan setanding dengan Swiss dan New Zealand. Sekali pergi, rasa tak puas. Kami dah pergi masa musim bunga di sana, dapat tengok Sakura blooming tanpa perlu bersesak-sesak di Tokyo. 

2. KESELAMATAN

Rata-rata kerisauan berkisar tentang keselamatan di sana. Memang dahulunya Pakistan terkenal dengan isu perang saudara, akan tetapi ianya tidaklah seteruk yang disangka. Tambahan, kawasan yang kita pergi semuanya kawasan yang sangat selamat dan tidak terlibat dengan peperangan. Lebih menarik, peserta trip Pakistan kita yang lepas siap di interview oleh Pakistan National TV dan masuk dalam prime news mereka. Macam dulu semasa perhimpunan BERSIH di KL, masa tu di negeri-negeri lain dan di tempat lain semua aman sahaja. Kita pula tak bawa ke tempat bergolak.

3. NEGARA KOTOR

Mesti ramai yang expect negara mereka kotor dengan sampah sarap dan berbau hancing. Tanggapan anda sama sekali SALAH! Pakistan adalah negara yang bersih jika nak dibandingkan dengan India, malah rakyat mereka juga berhemah dan susah sekali nak jumpa rakyat mereka yang kencing bersepah.

4. KESELESAAN

Rakyat Pakistan sememangnya sangat friendly dan menerima kunjungan rakyat Malaysia sebagai saudara seislam mereka. Mereka sangat teruja tiap kali kita kesana dan mereka akan meraikan kita melebihi daripada keluarga mereka sendiri. Bila dia tau kita nak datang, dia akan masak bersungguh-sungguh dan hanya akan makan selepas kita makan.

5. MAKANAN

Makanan di Pakistan tersangatlah murah dan sedap. Kami tidak pernah mempunyai masalah bab makan kerana di sana makanan halal sangat mudah didapati. Di sini lah kita nak merasa makan original Nasi Briyani Ayam dan Kambing yang super sedap dan berempah, gulai daging yak, segala jenis kekacang seperti almond, cashew nuts, pistachio dan berbagai jenis buah-buahan segar, yang ditanam sendiri tanpa diletak sebarang racun serangga.


Yang teringin ke sini, kami satu satunya syarikat yang ada membawa trip RARE ke sini selama 15 hari 13 malam pada musim luruh ini. Pakej dah termasuk tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, makan halfboard, travel insurance, visa Pakistan dan lain lain
.
Yang tak sempat jom ikut kami menikmati sakura tahun hadapan 2022. 
.
Info penuh boleh layari: https://www.rarecation.com

 

  • SWITZERLAND

    Regular price RM13,900.00
    Regular price Sale price RM13,900.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM6,980.00
    Regular price Sale price RM6,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price From RM7,740.00
    Regular price Sale price From RM7,740.00
    PAKEJ UMRAH
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM16,600.00
    Regular price Sale price RM16,600.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 4