5 Lokasi Terbaik Aurora Hunting
Share
The Northern Lights, atau dikenali sebagai Aurora Borealis, adalah pertunjukan cahaya semula jadi yang menakjubkan yang boleh dilihat pada masa tertentu dalam setahun di hemisfera utara. Fenomena ini berlaku apabila zarah bercas elektrik daripada matahari memasuki atmosfera Bumi dan berlanggar dengan zarah gas, seperti oksigen dan nitrogen.
Pengalaman itu sangat rare; dengan rona biru, hijau, merah jambu dan ungu yang terang menari-nari di langit malam. Tempat terbaik untuk melihat fenomena ini menawarkan sedikit atau tiada pencemaran cahaya dan langit yang clear dari kepulan awan.
Nak lihat Aurora ini mesti ada dalam bucket list semua orang kan. Jadi, kami kongsikanĀ tempat-tempat terbaik untuk lihat The Northern Lights atau Aurora Borealis.
1. TromsĆø, Norway
Berpusat di tengah-tengah zon aurora di Artik Norway, bandar ini selalu dianggap sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat The Northern Lights. Bahagian utara negara itu gelap dari awal petang hingga lewat pagi antara September dan akhir Mac. Dengan kegelapan yang melampau ini, peluang untuk melihat aurora lebih tinggi.Ā
2. Lapland, Sweden
Gambar peserta Rarecation ketika berada di LaplandĀ
Di Kiruna menyediakan pertunjukan aurora berkualiti tanpa pelancong. Kita boleh melihat fenomena ini antara bulan Oktober dan Mac di sini. Satu lagi tempat terbaik di Lapland, Sweden ialah di kepulauan LuleƄ, yang mendapat manfaat daripada kekurangan pencemaran cahaya dan pelbagai aktiviti musim sejuk yang ditawarkan untuk melengkapkan pengalaman di sana, termasuk outdoor camping, sledding anjing husky dan memancing ais.
Boleh dapatkan air freshener DI SINI. Bau confirm wangi dan boleh hilangkan bau peluh anak-anak balik sekolah. Beli satu tak cukup, beli terus untuk semua kereta kita baru berbaloi-baloi.Ā
3. Yukon, Kanada
Jauh, liar dan cantik.
Tidak terdapat terlalu banyak tempat yang akan membuatkan korang berasa lebih terasing daripada dunia moden. Bayangkan suasana itu dilengkapi warna-warni angin suria dan gangguan magnetik, dan Aurora di Kanada mungkin merupakan pengalaman semula jadi terbaik yang boleh dibayangkan. Kita boleh melihat fenomena ini seawal akhir bulan Ogos, sepanjang musim sejuk sehingga awal musim bunga.
4. Reykjavik, Iceland
Gambar peserta Rarecation ketika berada di Iceland
Reykjavik menjadi tempat pilihan ramai pelancong sebagai top place untuk melihat The Northern Lights. Seperti Tromso, bulan terbaik untuk melihat Aurora Borealis adalah antara September hingga April. Untuk pengalaman tanpa gangguan, pergi ke Hofdabrekka, berhampiran Vik di selatan Iceland, dan nikmati pertunjukan aurora dancingĀ yang memukau.
Jom mengembara bersama kami ke Iceland (klik foto di atas untuk lihat itinerary -- cuma ada 2 slot kosong untuk ke Iceland), atau ke destinasi lain. Jika cukup 8-10 orang dan nak organise private tour dengan kami pun boleh. BolehĀ klik DI SINI untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut.Ā
5. Ilulissat, Greenland
Mengejar aurora di Greenland sangat mudah, kerana cuaca, kekurangan hujan dan paras angin rendah, membawa keadaan yang stabil dan menyeronokkan. Di samping itu, Ilulissat juga terletak dengan mudah di tengah-tengah tali pinggang aurora Greenland. Antara bulan September hingga April ialah masa terbaik untuk melawat di rantau ini, dan terdapat aktiviti siang hari seperti naik dog sledding dan melawat gua Artik.
Boleh dapatkan merchandise RareTV di website kami. Pakai baju RareTV, confirm terlajak hensem. Boleh lah kalau nak belikan untuk suami tersayang.