5 Komposisi Buat Travel Foto Kita Lebih Cantik

5 Komposisi Buat Travel Foto Kita Lebih Cantik

Kita selalu travel sana-sini. Tapi kita tak bawak balik kenangan yang berharga tu bersama kita. Cerita berbuih-buih pada rakan-rakan dan saudara-mara bukan mereka nak percaya. Alangkah baiknya kalau kita pandai ambil gambar. Bukan susah mana pun. Lagi-lagi dah ada handphone ni lagi senang. Mana-mana pergi pun kita bawa. Nak ambil gambar kita keluarkan daripada poket terus snap. Nak tangkap gambar yang cantik gunakan teknik komposisi di bawah ni.

1. RULE OF THIRD

Rule of third paling mudah untuk dilakukan. Kita meletakkan subjek pada satu pertiga daripada frame gambar. Cuba bayangkan di frame gambar kita ada dua garisan menegak dan dua garisan melintang yang dibahagi jarak sama rata antara satu sama lain. Hasilnya akan membentuk 4 titik pertemuan di atas garisan. Letakkan subjek di atas salah satu titik pertemuan ini sebelum menekan butang shutter. Secara psikologinya, mata kita lebih senang melihat imej yang ada di kedudukan rule of third.

 

2. LEADING LINE

Teknik leading line juga mudah dilakukan. Teknik ini menggunakan garisan-garisan yang banyak terdapat di sekeliling kita. Jalan raya, jambatan, pokok-pokok antara garisan-garisan semula jadi yang kita boleh gunakan sebagai leading line semasa travel. Letakkan subjek pada leading line. Hasilnya apabila kita lihat gambar itu ia akan mendorong mata kita kepada subjek. 

3. REFLECTION

Reflection ialah kita gunakan pantulan daripada permukaan yang berkilau. Ada banyak elemen-elemen pantulan kota boleh gunakan semasa travel seperti permukaan air dan cermin tingkap. Pantulan imej ini memberi efek dreamy pada gambar. Yang pastinya menarik perhatian kita lebih lama melihat gambar.

 

4. FRAMING

Teknik framing agak sukar untuk dilakukan. Ia memerlukan kreativiti yang tinggi. Menggunakan elemen yang ada di sekeliling untuk merangkumkan subjek di dalam bingkai. Banyak elemen boleh digunakan untuk dijadikan bingkai semasa travel seperti dahan-dahan pokok, binaan seperti terowong, pintu gerbang, tingkap dan banyak lagi.

 

 5. COLOUR CONTRAST

Hidup tanpa warna pasti hambar. Warna memain peranan penting dalam design gambar. Dalam penggunaan warna perlu ada colour contrast antara subjek dengan latar belakangnya. Subjek akan tenggelam jika warnanya sama atau seakan-akan dengan latar belakang. Gunakan colour wheel untuk membantu kita kenal pasti warna subjek yang sesuai untuk memisahkan dengan latar belakang. Untuk menjadikan diri kita timbul dalam gambar semasa travel pastikan memakai baju warna oren, merah, kuning dan warna2 terang. Warna-warna ini jarang didapati pada alam sewaktu travel.

 

Seronokkan kalau kita sendiri pandai ambil gambar sewaktu travel. Nampak sahaja pemandangan yang cantik terus keluarkan kamera dan snap gambar. Nak ambil gambar selfie pun lebih cantik bila disisipkan teknik-teknik komposisi ini. 

Seperti yang kami amalkan dalam pengembaraan travel dengan Rarecation. Kalau nak upah jurugambar profesional ambil gambar travel kita mahal sangat. Kena tanggung perbelanjaan travelnya sekali. Dengan Rarecation kita akan bergambar seperti selebriti. Kapten kita merangkap jurugambar profesional akan mengambil gambar kita di sepanjang perjalanan. Gambar kita pasti awesome. We can simply enjoy the journey!

Untuk maklumat lanjut tentang pengembaraan Rarecation, boleh hubungi kami di SINI. 

Back to blog

Featured collection

1 of 4