4 Perkara Perlu Tahu Tentang Insuran Travel Ketika Covid

4 Perkara Perlu Tahu Tentang Insuran Travel Ketika Covid

Dua tahun sempadan negara disekat. Hasrat untuk ke luar negara yang tergendala pastinya buatkan jiwa kita meronta-ronta. Kini sempadan negara sudah dibuka kembali. Namun kita masih risau dengan keadaan covid yang tidak menentu ketika ini. 

Kemungkinan setelah kita mendaftar pakej pelancongan tiba-tiba sempadan negara ditutup. Hangus segala perbelanjaan. Yang paling merisaukan ialah kita sendiri dijangkiti virus covid sewaktu di luar negara. Bagaimana nak mengatasi kerisauan ini dan kita boleh travel dengan fikiran yang tenang? 

Insuran travel mula bermain di fikiran kita. Tetapi tiada syarikat insuran yang mahu menanggung kerugian apabila pemegang polisi membuat tuntutan. Setiap polisi insuran ada syarat-syarat tertentu. Mari kita lihat beberapa fakta mengenai insuran travel ketika covid.

 1. Insuran travel tak cover Covid

Insuran travel yang biasa/basic ditawarkan syarikat insuran pada waktu ini tidak disertakan perlindungan untuk situasi covid. Ini kerana covid sudah menjadi sesuatu yang common, jadi travel insurance yang biasa tidak termasuk Covid. Travel insuran hanya akan cover bencana-bencana yang tak tersangka sahaja. 

Namun begitu ada sesetengah syarikat insurans sekarang sudah ada menawarkan insuran Covid -- yang mana akan meliputi kos rawatan jika kita terkena Covid. Harga insuran ini lebih mahal, tetapi pada waktu ini, digalakkan untuk ambil coverage ini. 

2. Belum tentu cover semua negara

Sentiasa semak perlindungan covid yang disertakan di dalam insuran travel kerana sesetengah syarikat insurans tidak cover negara yang mempunyai kes Covid yang tinggi. 

Oleh kerana situasi Covid berlainan antara setiap negara, maka tiada satu pun insuran yang melindungi semua negara. Semak dengan syarikat insuran yang diambil berkenaan status negara yang akan kita lawati. Sebaik-baiknya elakkan negara dengan kadar kes covid yang tinggi seperti di UK pada waktu ini.

3. Cover kalau kena covid bukan sebab sempadan negara tutup

Syarikat insuran melindungi bukan sahaja pemegang polisi. Mereka juga mahu lindungi syarikat. Bayangkan jika ramai pemegang polisi yang disekat perjalanan disebabkan sempadan negara ditutup untuk menangani Covid, maka banyak duit tuntutan perlu dibayar. Risiko pada syarikat insuran pula untuk menanggung kerugian. 

Kerana itu pakej insuran yang ditawarkan tidak merangkumi perlindungan jika sempadan negara ditutup. Ia hanya memberi perlindungan pada pemegang polisi jika dijangkiti virus Covid di negara yang dilawati sahaja. Sebagai contoh duit belanja semasa rawatan Covid di luar negara jika kita dijangkiti Covid atau kos pembatalan trip kerana kita dijangkiti Covid sebelum berlepas.

4. Coverage bayar dulu baru claim (pastikan ada simpanan ketika travel)

Walaupun kita sudah ambil polisi insuran travel dengan perlindungan covid, namun itu bukan alasan untuk tenang sepenuhnya. Sekiranya kita dijangkiti Covid sewaktu di luar negara, segala perbelanjaan untuk kos rawatan, penginapan dan makan minum perlu ditanggung sendiri dahulu. Termasuklah juga tiket penerbangan balik yang terpaksa dibatalkan.

Setelah pulang ke Malaysia barulah tuntutan (claim) boleh dibuat. Pastikan kita ada simpanan yang mencukupi jika kita dijangkiti Covid dan terpaksa kuarantin di luar negara. 

 

Nak mengembara pada ketika ini sudah tidak seperti dulu, ada banyak perkara yang perlu ditimbang tara. Walaubagaimanapun, kita akan cuba elakkan risiko yang ada dan paling penting jaga diri dan juga SOP. Jika ada yang ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pengembaraan yang kami tawarkan, boleh saja hubungi kami di SINI.

  • SWITZERLAND

    Regular price RM15,650.00
    Regular price Sale price RM15,650.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM8,980.00
    Regular price Sale price RM8,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price From RM8,740.00
    Regular price Sale price From RM8,740.00
    PAKEJ UMRAH
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM19,100.00
    Regular price Sale price RM19,100.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 4