22 Foto Bukti Pakistan Secantik Switzerland

22 Foto Bukti Pakistan Secantik Switzerland

Ramai tidak akan percaya 22 foto ini diambil di Pakistan

Bila sebut tentang pakistan, ramai akan terbayang Nilai 3 dengan karpet. Tetapi semua tanggapan tersebut salah sama sekali apabila kami mengembara ke sana. Tiada karpet yang dijual secara besar besaran di Pakistan. Yang ada sebenarnya adalah sebuah kawasan yang masih terpelihara dari pembangunan dan lebih cantik dari New Zealand. Tengok setiap gambar ini dan baca caption, pasti akan rasa teruja dengan pengalaman kami di sana

Ok layan video kami dulu, sebelum layan foto-foto ini :


Dah tengok sampai habis video kami, ok silakan menjamu mata dengan gambar-gambar ini.
 

Gunung gunung di sini semuanya 6000 meter ke atas dan ada yang mencecah 8000 meter, rasa seperti di kelilingi dengan Everest. Lembah hunza ini sendiri berketinggian 2500 meter.


Pemandangan dari hotel kami, pagi-pagi bangun kita dihidangkan dengan capati panas dan teh tarik susu segar tanpa gula dengan pemandangan macam ini. Tenang hati, hilang serabut ofis dan masalah politik negara. Lagi menarik perjalanan ke kawasan sini pun cantik, tak percaya lihat foto seterusnya.

Ini pemandangan di Karakoram Highway, highway tertinggi di dunia di kawasan pergunungan, kami dah lalu dan faham kenapa laluan ini di gelar 8 wonders of the world. 
Waktu berhenti toilet di Karakoram Highway, sepanjang perjalanan pun tersangat lah cantik. Berhenti toilet break pun pemandangan cantik. Susah nak tidur dalam perjalan sebab tangan tak berhenti henti mengambil foto keindahan alam ciptaan Allah ini. 
Oh ya, tahu tak nama tumbuhan ini, nampak sungguh familiar, jumpa tumbuh meliar tepi pondok polis ketika perjalanan di karakoram highway.
Pergi ke pakistan tapi tak lalu karakorum Highway maknanya kita masih belum pergi Pakistan. Perjalanan di Karakorum Highway sendiri adalah pengalaman luarbiasa. Highway ini sejauh 900 km dan 800 nyawa telah hilang ketika pembinaan highway ini. Maknanya setiap 1 km lebih bersamaan 1 nyawa yang terkorban. Percayalah setiap km kita berada di karakorum highway ini tidak membosan kan dengan landskap pergunungan yang sentiasa berubah dan lori-lori yang penuh warna warni silih berganti menemani perjalanan luar biasa ini.
Ini bukan sakura di Jepun, ini sakura di depan hotel kami sahaja di pakistan. Di hunza valley juga mempunyai 4 season, next trip kami ada pada tahun ini yang nak ikut dan nak info lanjut boleh tekan pada foto. Menyesal kalau tak pergi sebab dah lah tempat cantik balik pun dapat foto-foto travel yang cantik macam ni. Selain dari pemandangan orang-orang di sini juga sangat unik, lihat foto seterusnya
Keriangan jelas kelihatan pada keluarga Rarecation 61 pakistan, semua kelihatan 20 tahun lebih muda dan nampak macam remaja yang sebaya umurnya, walaupun sebenarnya ramai yang dah bercucu.
Anak-anak kecil di Hunza, orang di hunza ini memang unik muka mereka tak sama dengan orang pakistan lain. Mereka di katakan warisan dari tentera Alexender the great dan salah satu kawasan penting di laluan sutera, orang di sini dah banyak mixed marriage dari pelbagai bangsa memberikan wajah unik dan cantik.
Ketika kami di sini memang boleh lihat ramai warga emas yang masih sihat dan cergas. Mereka terkenal dengan umur yang panjang, melebihi 100 tahun, jarang sakit dan kanser adalah penyakit yang tidak wujud di sini.
Pakcik paling famous di Hunza.
Mungkin macam ini juga rupa pakcik tu ketika muda. Memang rupa orang di sini hensem dan cantik, mungkin akan ada yang akan terjumpa jodoh di sini ?
Cuba teka umur makcik ni berapa

Ini sampan besar yang kami naik di Tasik Attabad. Menariknya Tasik Attabad ini baru berumur 8 tahun dan terbentuk dari tanah runtuh atau lebih tepat gunung yang runtuh membentuk sebuah tasik sejauh 20 km dan menutup laluan karakoram. Sehingga tahun lepas semua kenderaan perlu menaiki bot ini untuk merentasi tasik attabad. Waktu kami pergi laluan baru dah dibuka dan tasik ini pun sudah di kecil kan kepada 3 km sahaja. Tetapi pengalaman naik sampan klasik ini bertemankan gunung ganang adalah sangat sangat Rare dan cantik.
Enjoying the attabad lake, cantik yang teramat.
Antara pengalaman rare kami di sana, menyeberangi jambatan hussaini, bayangkan bagi orang2 di sini jambatan ini adalah laluan utama mereka untuk ke kebun. Yang gayat janganlah cuba cuba nak seberang, group kami sebahagian besar rasa pengalaman menyeberangi jambatan ini. Memang sengaja di buat jambatan berlubang lubang untuk mengelakkan jambatan bergoyang teruk ketika angin kencang.
Belanja gambar makan sikit, makan di sana memang sedap tapi kene bersabar sikit sebab semua masakan hanya di masak bila ada yang order. Bayangkan di salah satu kedai yang kami makan, kami order kari ayam, waktu itu lah baru dia sembelih ayam untuk masak untuk kami. Memang Rare.
Sebahagian destinasi kita, tak boleh naik coaster, kita akan menaiki jeep macam ini. Enjoy gila.
Ini kenderaan kita, coaster selesa untuk 20 orang, beg pula di letakkan di atas coaster. Hati-hati di pakistan beg anda mudah beranak pinak dan bercucu.
Pejam mata ambil gambar pun cantik.
Wajib ambil gambar dengan baju raya bila travel dengan Rarecation.
Cantik sangat, dah tak tahu nak cakap apa dah.

.
Ada banyak lagi nak ceritakan tentang Pakistan ni di bahagian Utara yang jarang orang lawati. Biasalah kalau cerita Pakistan sahaja semua fikri pasal Karpet, Nilai 3 dan persepsi bahawa Pakistan sebuah negara yang tak selamat. Yang lain tu macam tak wujud pulak.
.
Yang dah jatuh cinta dengan gambar gambar ini dan nak rasa pengalaman yang sama, jom pergi dengan kami lagi
.
Tetapi peringatan. Trip ini bukan untuk orang yang suka spend banyak masa di hotel 4-5 bintang, di Pakistan budget hotel kita lebih cantik dari "so called" hotel 3-4 bintang di sini. Tapi pemandangan di tepi sungai, tepi tasik, tepi gunung mengalahkan kemewahan hotel 6 bintang sekali pun
.
Jangan risau juga, kita bukan macam bas pelancongan biasa yang tidak boleh berhenti, kita boleh berhenti di mana-mana sahaja yang cantik dan yang kita nak, selagi mana masa membenarkan
.
Lebih menariknya, pelaburannya sangat sangatlah berbaloi dan pakej dah SIAP DENGAN FLIGHT TAU. Kalau tak masuk flight saja nak pergi jumpa kita di airport sana pun boleh. Nak extend stay pun boleh
.
JOM kalau minat nak tahu detail whatsap terus

+60 10 667 2731
+60 10 667 2731
+60 10 667 2731

Berani?
Jangan takut-takut
Takut?
Jangan berani-berani

 

  • UMRAH JEJAK RASUL

    Regular price From RM7,890.00
    Regular price Sale price From RM7,890.00
    UMRAH JEJAK RASUL
  • SWITZERLAND

    Regular price RM13,900.00
    Regular price Sale price RM13,900.00
    SWITZERLAND
  • SOUTH ICELAND ADVENTURES

    Regular price RM15,700.00
    Regular price Sale price RM15,700.00
    SOUTH ICELAND ADVENTURES
1 of 3