10 Jenis Barang Yang Perlu Ada Dalam "Hand Carry" Semasa Travel

10 Jenis Barang Yang Perlu Ada Dalam "Hand Carry" Semasa Travel

Travel memang best tapi part yang paling ramai tak suka adalah semasa nak packing barang-barang masuk dalam luggage dan hand carry. Banyak kali check pun masih lagi rasa ada yang tertinggal. 

Kali ini kami nak kongsikan barang-barang yang perlu ada di dalam hand carry anda, dan perlu korang tahu juga tak semua barang-barang boleh dimasukkan dalam luggage anda ya. Jangan sampai bila nasi sudah jadi bubur baru nak menyesal.

1) PASSPORT

Ini merupakan dokumen yang paling penting yang anda perlu pastikan sentiasa ada dengan anda di dalam beg hand-carry anda kerana tanpa pasport, anda tidak akan dapat ke mana-mana. Lagi bagus kalau anda membuat satu atau lebih salinan pasport anda semasa anda travel. Ianya sangat membantu sekiranya anda kehilangan pasport anda. Pastikan juga pasport anda sekurang-kurangnya mempunyai tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh semasa anda travel.

2) BEG DUIT, WANG TUNAI, KAD KREDIT


Duit sangat penting semasa anda travel. Pastikan anda membawa wang yang mencukupi. Lebih elok kalau anda membawa wang lebih daripada yang sudah anda bajetkan in case of emergency. Selain cash, anda juga digalakkan untuk menggunakan kad ATM atau kad kredit. Cara ini lebih selamat kerana anda tidak perlu menukar dan membawa wang tunai banyak-banyak apabila melancong. Pastikan anda telah mengaktifkan fungsi penggunaan di luar negara bagi kad anda.

3) ITINERARI, DOKUMEN PENERBANGAN, HOTEL DAN TEMPAHAN-TEMPAHAN YANG LAIN


Kebiasaannya, apabila anda memasuki sesuatu negara, pihak imigresen akan meminta anda untuk menampilkan dokumen-dokumen ini sebelum membenarkan anda melepasi kaunter mereka. Jadi, adalah lebih convenient jika anda menyimpan dokumen-dokumen ini di dalam beg hand-carry Tak ada lah susah-susah nanti nak korek main backpack.

4) PENYUMBAT TELINGA (EAR PLUGS)

Selain daripada bunyi bising pesawat, suara penumpang-penumpang lain berborak juga kadang-kadang boleh membuatkan kita berasa tidak selesa. Jadi bawalah penyumbat telinga demi keselesaan anda semasa di dalam flight.

5) PEN

Bawalah sekali sekurang-kurangnya sebatang pen kerana anda akan memerlukannya untuk mengisi beberapa borang saat anda tiba di sesuatu negara.

6) TOWEL KECIL / TISU BASAH

Kadang-kadang towel kecil ni berguna. Bagi mereka yang selalu berpeluh tu. Tisu basah pula boleh digunakan apabila waktu kecemasan. 

7) BOTOL KOSONG

Kebanyakan daripada kita mungkin berasa janggal untuk menggunakan tandas tanpa paip air. Oleh kerana tandas di dalam pesawat tiada kemudahan ini, eloklah sekiranya anda menyediakan awal- awal satu botol kosong untuk digunakan saat anda ingin ke tandas nanti.

8) EYE DROPS, LIP BALM DAN MOISTURISER


Persekitaran di dalam kabin pesawat mempunyai kelembapan yang rendah dan sejuk. Ianya boleh menyebabkan kulit berasa gatal-gatal akibat kering, bibir kering serta mata merah dan gatal-gatal akibat sejuk dan kurang kelembapan. Elakkan daripada semua ini berlaku dengan menggunakan tiga benda ini. Kalau tak, takut jadi tak selesa pula nanti lagi-lagi semasa perjalanan yang jauh, kan?

9) TELEFON BIMBIT


Peringatan! Jangan letak merata rata smartphone anda. Nanti tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang pula terkenangkan smartphone. Haha. Anda juga boleh simpan salinan dokumen-dokumen penting dalam bentuk digital di dalam smartphone.

10) TOILETTRIES 

Kalau penerbangan jarak jauh ini memang sangat diperlukan. Biasa bila sampai di destinasi bagi segar sikit badan tu boleh terus cuci muka kat toilet atau berus gigi kat tandas. Melainkan korang naik penerbangan jenis kelas pertama atau bisnes kelas. 

Ok itulah 10 perkara yang patut anda letak dalam hand carry anda. Jangan lupa untuk share ya. Sharing is caring!!

  • SWITZERLAND

    Regular price RM13,900.00
    Regular price Sale price RM13,900.00
    SWITZERLAND
  • TURKI MUSIM SEJUK

    Regular price RM6,980.00
    Regular price Sale price RM6,980.00
    TURKI MUSIM SEJUK
  • PAKEJ UMRAH

    Regular price From RM8,290.00
    Regular price Sale price From RM8,290.00
    PAKEJ UMRAH
  • TURKI RARE

    Regular price RM12,800.00
    Regular price Sale price RM12,800.00
    TURKI RARE
1 of 4