10 Info Masjid Quba Yang Anda Tak Tahu

10 Info Masjid Quba Yang Anda Tak Tahu

Inilah 10 fakta tentang Masjid Quba yang ramai tak tahu. Baca ni dulu sebelum kamu datang sini.

  1. Quba diambil dari nama Kampung Quba, yang terletak di kawasan pinggiran Yathrib, dalam 3km di selatan Madinah.
  2. Masjid Quba didirikan pada Hari Isnin, 8 Rabiul Awwal 1 Hijriah (23 September 622M) di atas sebidang tanah seluas 1.200 meter persegi milik keluarga Kalsum bin Hadam dari Kabilah Amru bin Auf.
  3. Masjid Quba dibina sendiri oleh Rasulullah. Peletakan batu asas pertama (batu di mihrab masjid) yang menghadap Baitul Maqdis di Palestin dilakukan oleh Rasulullah. Kemudian diikuti berturut-turut oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman.
  4. Masjid asal hanyalah satu ruang segi empat untuk solat dan sebuah serambi. Ruangan bertiang pohon kurma dan beratap pelepah daun kurma bercampur tanah liat. Di tengahnya terdapat ruang terbuka yang disebut 'sahn'. Di tempat itu terdapat telaga untuk mengambil air wudhuk.
  5. Masjid Quba menjadi masjid pertama yang mendirikan pelaksanaan solat berjemaah.
  6. Pernah mengalami peralihan arah kiblat dari Baitul Maqdis kemudian ditukar menghadap Baitullah di Makkah.
  7. Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan khalifah pertama yang membangunkan empat menara masjid Quba setinggi 47 meter.
  8. Di bahagian atasnya tersusun enam kubah besar masing-masing berdiameter 12 meter dan ada 56 kubah kecil masing-masing berdiameter 6 meter.
  9. Hari ini Masjid Quba memiliki 19 pintu, terdiri dari tiga pintu utama. Tiga pintu utama, yang berdaun pintu besar. Dua pintu untuk jemaah lelaki, dan satu pintu bagi jemaah wanita.
  10. Luas kawasan masjid ini sekitar 135 ribu meter persegi. Ruang solat utama seluas 5.035 meter persegi dan mampu menampung hingga 20 ribu jemaah. Sebelum dibesarkan, pada zaman Rasulullah, luasnya hanya 200 meter persegi.

Dah tahu? Apa lagi? Jom ikuti kami ziarahi Masjid Quba sambil menunaikan umrah. Kenalah datang, mari lihat pakej kami di https://3nullivwuvcc8q08-59590017201.shopifypreview.com/products/umrah-jejak-rasul

.

.

Shauqi Hasan

Mutawif Rare ajak buat Umrah tahun 2023

Back to blog

Featured collection

1 of 4