Skip to product information
1 of 18

SPAIN SAGA ANDALUSIA

SPAIN SAGA ANDALUSIA

Tarikh Kembara

07 Oct - 18 Oct 2024 (FULL)
20 Oct - 31 Oct 2024

01 May - 12 May 2025

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai saja dan tidak lasak. Aktiviti yang dinyatakan di dalam ini hanyalah sebagai pilihan (optional) sahaja.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 15,850 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 14,800 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 12,200 per pax
Bayi: RM 2,500 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 4,900 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 4,600 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 3,800 per pax
Bayi: SGD 790 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Entrance Fee
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara

Pengembaraan untuk pencinta sejarah dan senibina akan membawa kita ke Spain selama 12 Hari 9 Malam. Kita akan bersama-sama melihat tinggalan kehebatan Islam satu ketika dahulu, keunikan budaya, destinasi indah dan tapak warisan UNESCO.

Kita akan menjelajah banyak destinasi dan membuat pelbagai aktiviti setempat sepanjang berada di Sepanyol.

HARI PERTAMA - KEDUA
Kuala Lumpur/Singapura - Madrid

Pengembaraan ke Sepanyol bermula, penerbangan mengambil masa 2 hari 1 malam dan kita akan tiba di Madrid pada keesokan harinya. Kota ketiga terbesar di Eropah ini menyimpan sejarah Islam yang jarang terlihat di sebalik senibina kotanya yang megah. Sejarah ini akan kita kongsikan setibanya di sini.

HARI KETIGA
Madrid - Jaen - Antequera

Dari Kota Madrid kita mulakan perjalanan ke selatan Sepanyol. Menariknya di dalam perjalanan ini kita akan singgah sebentar di Jaen, sebuah bandar yang tidak terkenal tetapi menghasilkan sehingga 20% bekalan minyak zaitun dunia. Ambil masa untuk menikmati lautan pohon zaitun dan merasa sendiri ajaibnya minyak zaitun segar dan asli.

HARI KEEMPAT
Granada

Hari ini kita mengembara ke Alhambra di Granada. Istana Moorish yang indah terbina dengan kebun, laluan air dan senibina Islam mengikut gambaran syurga seperti di dalam Al Quran. Salah satu warisan dunia UNESCO yang terindah di dunia, kita berada di sini bukan setakat untuk menikmati keindahannya sahaja tetapi juga sejarahnya yang unik. Salah satu peninggalan Islam yang masih terjaga indah sehingga hari ini.

HARI KELIMA
Cordoba

Salah satu kota teragung di dalam sejarah islam, bandar Cordoba ini menjadi pusat budaya, seni dan intelek. Ketika zaman puncaknya kota ini mempunyai penghuni mencecah ratusan ribu orang dan pernah menjadi kota terbesar di Eropah. Di sini juga lahirnya ramai ilmuan Islam seperti Ibn Rushd, Ibn Hazm, Ibn Bajjah dan ramai lagi. Karya mereka menjadi rujukan dan asas kepada pembangunan ilmu hari ini.

HARI KEENAM
Malaga

Malaga kota Mediterenean yang indah dengan persisiran pantai yang mendamaikan merupakan salah satu kota perdagangan utama di dalam sejarah Islam. Namun kini kota ini terkenal dengan makanan laut dan tempat kelahiran Pablo Picasso.

HARI KETUJUH
Ronda

Jika di tanya kota mana yang tercantik di Sepanyol, mudah untuk kami jawab; Ronda adalah salah satu daripadanya. Salah satu kota tertua di Spain, kota ini menjanjikan pemandangan luar biasa kota di atas bukit yang terbelah oleh jurang El Tajo. Kota lama dan baru Ronda di hubungkan oleh jambatan agung Puente Nuevo memukau setiap pengunjung yang hadir ke sini.

HARI KELAPAN
Seville

Tidak sah perjalanan kita ke Seville jika tidak ke Plaza Espana, salah satu taman terindah di Spain dan landmark paling ikonik di Sevilla. Ambil masa untuk mencuba menaiki kereta kuda mengelilingi kota Sevilla dan pandu sendiri perahu di Canal sambil ditemani dengan senibina Neo Moorish yang megah. Seharian di kota ini menjanjikan pelbagai lokasi cantik dengan senibina klasik yang masih utuh sehingga hari ini.

HARI KESEMBILAN
Seville - Toledo

Kembali ke zaman silam. Ini yang boleh kami katakan apabila tiba di Kota Toledo. Kota paling strategik di dalam sejarah Spain. Berada di sini kita masih boleh melihat senibina istana berusia ratusan tahun yang masih utuh sehingga kini. Ketika zaman kegemilangannya kota ini terkenal dengan toleransi antara agama di mana Muslim, Yahudi dan Kristian hidup secara harmoni di sini. Ini terlihat dengan pembinaan masjid, gereja dan sinagog yang berdekatan antara satu sama lain. Lokasi dan bentuk muka buminya juga menjadikan kota ini titik penting di dalam banyak sejarah peperangan di Sepanyol. Semuanya dikongsikan ketika berada di sini oleh kapten Rarecation.

HARI KESEPULUH
Madrid

Kembali ke ibu kota Spain; Madrid, hari ini kita ada seharian untuk meneroka kota yang ramai tidak tahu bahawa ianya diasaskan oleh orang Islam. Asalnya adalah kota yang dibina untuk mempertahankan Toledo. Kini Madrid adalah salah satu kota utama di Eropah dengan pilihan membeli belah, seni bina yang mewah menjadi pusat ekonomi dan politik Spain. Tidak sah perjalanan kita di Sepanyol jika tidak menikmati kota ini.

HARI KESEBELAS - KEDUA BELAS
Toledo - Madrid - Kuala Lumpur/Singapura

Terima kasih tanah Andalusia, satu perjalanan indah melihat kegemilangan sejarah Islam di sini yang masih terlihat kuat pengaruhnya di dalam budaya, senibina dan bahasa. Kita akan tiba ke tanah air pada keesokan harinya dengan 1001 memori indah dan pelajaran untuk di bawa pulang. Inilah kembara Spain Saga Andalusia.


View full details