Skip to product information
1 of 9

SOUTH ICELAND ADVENTURES

SOUTH ICELAND ADVENTURES

Tarikh Kembara

04 Sept - 16 Sept 2024
02 Oct - 14 Oct 2024

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai dan tidak lasak, ada beberapa destinasi yang memerlukan kita berjalan kaki sedikit dari kawasan letak kenderaan ke destinasi (contoh seperti kawasan air terjun, dan ice cave). Aktiviti yang dinyatakan di dalam ini adalah sebagai pilihan (optional) sahaja.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 19,100 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 18,100 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 13,800 per pax
Bayi: RM 2,000 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 6,100 per pax
Kanak-kanak (4-11 tahun): SGD 5,800 per pax
Kanak-kanak (2-3 tahun): SGD 4,350 per pax
Bayi: SGD 700 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Entrance Fee
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara


 

HARI PERTAMA – KEDUA: KUALA LUMPUR - KEFLAVIK

Penerbangan kita menuju ke Keflavik dari Kuala Lumpur. Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 19-20 jam termasuk masa transit di Doha & Copenhagen**

Apabila sampai di Keflavik, kami akan dapatkan kenderaan untuk digunakan sepanjang pengembaraan kita di bumi Iceland. Kemudian kita akan bergerak ke penginapan yang ditempah awal oleh Rarecation. Segala pengurusan akan diselengarakan pada hari ini sebelum kembara bergerak lebih jauh ke pedalaman. Jadi, keperluan seperti bahan mentah untuk dimakan beberapa hari perlulah dibeli di sekitar bandar Reykjavik.

Jika berkesempatan pada sebelah petangnya di Reykjavik, kita akan bersia-siar di tepi pantai di kawasan Grótta Island Lighthouse sambil layan suasana matahari terbenam.

Pada sebelah malamnya, tradisi Rarecation diteruskan melalui sesi taaruf (sesi perkenalan) oleh setiap peserta bagi memantapkan lagi persahabatan sebelum perjalanan di teruskan keesokannya.

**Penerbangan transit dijangka di antara 6-12 jam bergantung kepada jadual penerbangan disebabkan kedudukan negaranya yang berada di penghujung dunia. 
**Transit airport bergantung kepada penerbangan yang dipilih

 

HARI KETIGA: REYKJAVIK

 

Hari explorasi pertama kita di Iceland selepas perjalanan yang panjang dari Malaysia dan Singapura. Hari ini perjalanan lebih santai kita teroka bandar terbesar di Iceland iaitu Reykavik. Walaupun di katakan bandar terbesar tetapi jumlah penduduknya cuma sekitar 140,000 sahaja dan sekitar besar bandar baru nilai sahaja. 

Bagi yang berminat di sini juga kita akan membuat tempahan aktiviti seperti berkuda, melihat ikan paus atau menjejak glacier, tetapi aktiviti ini semua adalah pilihan peribadi dan tidak wajib. Bergantung juga pada kekosongan semasa.

Jika berkesempatan kita akan singgah di masjid di Reykjavik dan bersilaturahim dengan warga muslim di sini. Tidak ramai tetapi ada dan kebanyakkannya menetap di bandar ini. Kita akan mula mengambil bekalan makanan untuk perjalanan yang lebih panjang esok hari, kerana selepas ini tiada lagi bandar besar seperti ini yang akan ada di dalam laluan kita.

 

 

HARI KEEMPAT: GOLDEN CIRCLE

Golden Circle mempamerkan beberapa keajaiban semulajadi yang paling indah di Iceland. Sepanjang jalan anda dapat melihat glasier dan gunung berapi, belum lagi National Park Þingvellir yang luar biasa dan mempunyai sejarah parlimen negara Iceland di situ. Laluan ini telah menjadi kegemaran di kalangan pelancong selama bertahun-tahun.

Perhentian kegemaran di Golden Circle adalah Kawasan Geysir Hot Spring yang sangat aktif dengan lubang lumpur mendidih, geyser akan memancutkan air lebih 30 meter (100 kaki) ke udara setiap beberapa minit dapat di lihat di sini.

Gullfoss atau Golden Waterfalls yang menakjubkan dengan pemandangan air terjun yang besar dua tingkat dimana airnya kelihatan hijau kebiruan apabila terkena cahaya matahari. Kadangkala, pelangi juga akan muncul berlapis-lapis berpunca dari biasan cahaya matahari dan air terjun itu sendiri.

Thingvellir adalah perhentian kegemaran di kalangan pelancong sepanjang laluan Golden Circle. Ia juga telah menjadi Taman Negara di Iceland sejak 1928 dan dinamakan tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2004. Banyak acara penting yang melibatkan sejarah Iceland berlangsung di sini, antaranya penubuhan Parlimen sekitar 930 S.M, "adoption of Christianity" sekitar 1000 S.M, penubuhan Republic Iceland Moden pada 1944.

Selain daripada bersejarahnya, Thingvellir juga mempunyai daya tarikan khas untuk pencinta alam. Terletak di persimpangan dua lapisan tektonik plat Amerika Utara dan Eurasia bertemu yang mana sangat mudah dilihat berbanding tempat lain di dunia. Jadi untuk sehari berada di Golden Circle ini sangatlah berbaloi. Tapi jangan lupa bawa baju hujan kerana cuaca disini susah nak dijangka. Jangan sampai kita pulak yang cipta sejarah di sini pulak.

 

HARI KELIMA: VIK

Hari ini kita akan mulakan perjalanan yang agak jauh ke Vik. Seljalanfoss, Gljufraboi dan Skogafoss antara air terjun terkenal di Iceland yang kita akan jumpa dan explore dalam perjalanan hari ini disamping lanskap gunung-ganang dan rumah tradisional orang Iceland yang unik.

Kalau nak tahu, waterfall yang kita akan singgah ini pernah menjadi lokasi penggambaran music video artis antarabangsa seperti Justin Bieber, Shah Rukh Khan & Kajol. Kenapa mereka memilih lokasi ini? Dah tentu lanskapnya yang sangat indah dan unik. 

 

HARI KEENAM: VIK ADVENTURE

Awal pagi kita akan bergerak ke Sólheimasandur Plane Crash di tengah-tengah dataran lapang di tepi laut. Perjalanan 4 km dari tempat parking kereta mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke kapal terbang ini, tapi di situ juga disediakan kenderaan lasak pengangkut untuk ke lokasi kapal terbang dengan sedikit tambahan kos.

Al kisahnya, kapal terbang DC US Navy ni kehabisan minyak dan terhempas di situ pada tahun 1973. Nasib baiklah, kesemua penumpang terselamat. Dengar desas desus, selepas post-mortem, barulah didapati kapal terbang itu sebenarnya terhempas bukan disebabkan kehabisan minyak tetapi pilot itu yang tersalah tekan suis tangki minyak menyebabkan kapal terbang itu terhempas. Macam mana dia buat kami pun tak tahu.

Seterusnya kita akan mengembara pula di Reynisfjara Black Sand Beach, iaitu salah satu tempat pengambaran Dilwale. Di sini kita akan melihat keunikan “Formation Rock” tepi pantai. Tapi walaupun cantik pasti ada cabarannya. Di sini ombak laut sangat tinggi dan anginnya yang sangat kuat. Jadi berhati-hatilah ketika menyusuri pantai ini, takut-takut terus hilang di lambung ombak.

Pantai di kawasan bandar Vik ini juga sebenarnya terkenal untuk aktiviti berkuda dan kepada yang teringin nak rasai pengalaman menunggang kuda di pantai pasir hitam Iceland yang unik, ini peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan.

 

HARI KETUJUH: JOKULSARLON

Vik kita tinggalkan dan bawa kenangan manis menuju ke Jokulsarlon yang terkenal dengan terletaknya glacier terbesar di Eropah iaitu Vatnajokull dengan keluasan 8100 kilometer persegi.

Destinasi persinggahan kita pada hari ini bermula di Fjaðrárgljúfur iaitu sebuah canyon yang mengalirnya sungai Fjaðrá di tengah-tengah natural wonder ini. Pendakian ditepi canyon sedalam hingga 100m dan sepanjang hampir 2km serta dihiasi kehijauan rumput-rumpai membuatkan kita terasa seperti berada di dunia fantasi yang menakjubkan.

Persinggahan kedua kita pada hari ini ialah di Svartifoss yang pasti mengulit kenangan di Reynisfjara Black Sand Beach kerana “formation rock” air terjun ini turun saling tak tumpah sama.

Akhirnya sebelum kita menuju ke penginapan, Skaftafell Glacier akan menyambut kedatangan kita dengan panaromic view lidah glacier yang hebat penciptaannya.

 

HARI KELAPAN: JOKULSARLON ADVENTURE

Kita mulakan hari ini dengan meneroka keunikan landskap Jokulsarlon. Boleh nak merasa ala-ala Shah Rukh Khan dan Kajol di tasik cermin di dalam lagu filem Dilwale. Tasik tenang dan terlihat seolah-olah kita terapung di atas air.

Kemudian kita ke Diamond Beach pula. Bukan berlian di cincin, tapi ribuan pecahan ais dari glacier yang tersadai di pantai membentuk pemandangan seumpama berlian,

Pada hari ini juga kita akan mengembara ke kawasan Svínafellsjökull dan lihat sendiri betapa kerdilnya kita jika dibandingkan dengan glasier ciptaan Maha Pencipta.  Ianya juga adalah salah satu destinasi paling popular di Iceland untuk mendaki glasier kerana formasi yang luar biasa dan pemandangan yang menakjubkan.

 

HARI KESEMBILAN: HOFN

InshaAllah setiap malam kita di Iceland, pasti kapten akan bawa memburu aurora jika cuaca baik dan indeks aurora tinggi. Jika ada rezekinya pasti akan berjumpa!

Setelah berehat semalaman, pengembaraan kita diteruskan dengan menuju ke bandar Hofn yang terkenal dengan kesedapan makanan tempatannya.

Kita akan mengunjungi pantai cermin Stokksness dengan background dihiasi gunung Vestrahorn yang megah. Memang mengujakan bila kita buat photoshoot di sini.

Bersebelahan pantai, terletak pula sebuah perkampungan Viking yang menjadi set pengambaran filem tetapi tetap dijaga oleh tuan punya tanah. Kita tak lepaskan peluang untuk bergambar di lanskap perkampungan yang cantik sangat-sangat ini.

Sebelum pulang ke penginapan untuk berehat, kita akan singgah sebentar di Stokksness Lighthouse untuk layan suasana ombak menghempas pantai dikala matahari terbenam.  

 

HARI KESEPULUH: ROAD TRIP REYKJAVIK

Dari Hofn kita kembali ke bandar Reykjavik yang mengambil masa sekitar 5~6 jam. Jangan risau, walaupun 400km jarak roadtrip kita kali ini tapi nampak je benda yang cantik, kuda-kuda Iceland yang comel di tepi jalan, pasti kita akan berhenti untuk sesi fotografi walaupun 10 minit sahaja.

Kita akan berhenti setiap jam untuk toilet break dan juga pekena kopi untuk menyegarkan kembali mata supaya tidak terlepas panaromic view sepanjang perjalanan.

 

HARI KESEBELAS: REYKJAVIK

Kita mulakan hari ini dengan perjalanan sedikit kebahagian utara luar dari Reykjavik iaitu ke Vidgelmir. Di sini terdapat sebuah gua luar biasa hasil pembentukan lahar gunung berapi yang mengeras dan meninggalkan struktur lapisan berwarna yang indah dan unik.

Dan bagi yang ingin melawat ke Blue Lagoon iaitu kolam air panas buatan manusia, kita boleh lihat dari luar sahaja atau bagi yang teringin nak berendam dan bermain dengan lumpur gunung berapi perlu makluman awal kerana slot sentiasa penuh di sini.

Hari ini juga hari untuk mendapatkan sebarang cenderamata Iceland, kerana esok kita sudah pulang ke Malaysia dan jika berkesempatan kita akan ambil masa juga untuk melawat saudara Islam kita di sini.

HARI KEDUABELAS - KETIGABELAS: KEFLAVIK – KUALA LUMPUR

Hari ini adalah hari terakhir pengembaraan kita di bumi Iceland. Sepanjang tempoh beberapa hari ini pastinya menggamit banyak kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan. Apabila balik ke tanah air pastinya anda akan tersenyum seorang diri apabila teringat gelagat sahabat-sahabat sepanjang trip ini. Jadi, abadikan kenangan bersama dan semoga berjumpa lagi di lain pengembaraan.

Perjalanan pulang dari Keflavik ke Kuala Lumpur.

 

View full details