ROMANIA
ROMANIA
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
13 Hari 10 Malam
07 - 19 May 2026
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: RM 17,250 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 14,750 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 11,750 per pax
Bayi: RM 3,500 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: SGD 5,540 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 4,750 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 3,850 per pax
Bayi: SGD 1,200 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan
- Pengangkutan
- Penginapan
- Makan Half Board
- Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
- Sweater Exclusive Rarecation
- Luggage Cover Limited Edition
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
- Perbelanjaan Sendiri
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
Romania: Di Antara Legenda & Lembah
Ada sesuatu tentang Romania yang sukar dijelaskan — negara ini tidak melaung namanya seperti kota-kota besar Eropah lain, tapi diam-diam menyimpan dunia yang terasa asing dan akrab dalam masa yang sama. Di celah kabus tebal pagi, antara gunung yang sunyi dan desa yang tenang, tersimpan cerita-cerita lama yang tidak tercatat dalam buku teks sejarah, tapi hidup di dinding kayu rumah tua dan senyap mata orang tua.
Dalam 13 hari, kita tidak sekadar melihat tempat, tetapi merasai sisi Eropah yang jarang dibuka pada mereka yang datang terburu-buru. Romania tidak menonjol diri, tapi punya cara tersendiri untuk membuat kita jatuh perlahan-lahan. Dan bila pulang nanti, bukan hanya gambar yang dibawa pulang — tapi kenangan yang akan bercerita semula, setiap kali kita terkenang.
Hari Pertama - Kedua
Kuala Lumpur/Singapura - Bucharest
Selamat datang ke tanah penuh legenda, di mana hutan Transylvania menyimpan lebih banyak kisah dari yang sempat dibisikkan oleh angin. Hari ini bermula dengan penerbangan dari KL atau Singapura menuju ke Bucharest, ibu kota Romania yang penuh kejutan.
Sampai saja di Bucharest, kita check-in, berehat dan biasakan diri dengan suasana Eropah Timur. Tiada aktiviti berat hari ini — sekadar recharge tenaga dan menikmati makan malam pertama di Romania sambil berkenalan sesama peserta pengembaraan.
Hari Ketiga
Bucharest – Sibiu
Dari kota ke kaki gunung, kita tinggalkan Bucharest dan mula mendaki perlahan ke Transylvania. Laluan ini menebuk banjaran Carpathian yang menggigilkan tulang, tapi bukan kerana sejuk—kerana sejarah yang bersembunyi di balik kabus. Petangnya kita sampai ke Sibiu, bandar Saxon yang seolah-olah dipetik terus dari lembaran cerita Eropah lama. Jalan-jalan batu bersimpang-siur, bangunan pastel memandang kita dengan ‘mata’ di bumbung—dan kita pun mula berasa diawasi.
Hari Keempat
Sibiu - Hunedoara
Hari ini kita menuju ke Corvin Castle, istana yang dikatakan antara paling menyeramkan dan romantik di dunia. Dibina oleh John Hunyadi, pejuang legenda yang menentang empayar Uthmaniyah, istana ini pernah jadi penjara Vlad the Impaler, si penggigit leher yang menginspirasikan Dracula.Kita juga akan melalui kawasan perumahan unik komuniti Gypsy (Roma).
Hari Kelima
Sibiu – Turda – Breb
Hari ini kita masuk ke perut bumi di Salina Turda—lombong garam purba yang kini jadi taman permainan bawah tanah. Bila naik semula ke permukaan, kita terus ke Breb, kampung berjiwa kayu yang masih mengekalkan budaya Maramures. Rumah-rumah bertangga kayu, nenek berkain selendang, dan gereja atap runcing—masa seolah-olah tak beranjak di sini.
Hari Keenam
Breb – Viseu de Sus – Breb
Kita mulakan hari dengan naik Mocănița, kereta api stim kayu yang menyusuri lembah hutan. Asapnya membawa nostalgia, bunyinya bercerita tentang zaman perang dan pelombong. Petangnya nanti kita singgah di Merry Cemetery, tanah perkuburan paling ceria di dunia. Di sini, batu nisan dilukis warna-warni lengkap dengan pantun lucu tentang si mati—jenaka terakhir sebelum meninggalkan dunia.
Hari Ketujuh
Breb – Sighisoara
Dari desa ke kota berdinding, kita ke Sighisoara, antara kota medieval yang masih dihuni sejak berabad lalu. Ini juga tempat lahirnya Vlad Dracula. Menara jam yang berbunyi saban jam, rumah-rumah pastel yang terletak dalam kubu lama, dan lorong berbatu yang penuh bayang-bayang—semuanya menjemput kita menyusuri zaman Saxon dan misteri Transylvania.
Hari Kelapan
Sighisoara - Brasov
Kita terus ke Brasov, kota yang kaya dengan seni bina baroque dan pemandangan gunung. Singgah sebentar bergambar di sign besar "BRASOV" ala-ala Hollywood, menikmati Brasov yang elegan: Black Church, Republic Street dan suasana Eropah Timur yang klasik sebelum check-in dan nikmati malam dalam kota bersejarah.
Hari Kesembilan
Brasov
Hari ini kita mula dengan lawatan ke Rasnov Fortress kubu lama di atas bukit yang dulunya jadi tempat rakyat berlindung waktu darurat. Pemandangan dari atas pun cantik, boleh nampak kawasan sekitar Transylvania.
Kemudian kita ke Bran Castle, istana lagenda yang sering dikaitkan dengan Dracula — walaupun ceritanya banyak ditokok-tambah, tapi suasana di dalamnya tetap menggamit rasa. Lepas tu kita pulang semula ke Brasov, jalan kaki sekitar Old Town, beli cenderamata, dan minum kopi di café tersembunyi.
Hari Kesepuluh
Brasov – Sinaia – Bucharest
Kita tinggalkan Brasov dan menuju ke Sinaia, lokasi Peles Castle yang tersergam macam keluar dari kisah dongeng Eropah. Tangga marmar, lukisan siling, bilik berlapis baldu — istana ini memang masterpiece zaman moden. Lepas makan tengah hari, kita teruskan perjalanan ke Bucharest — kembali ke ibu kota yang penuh dengan sejarah dan seni bina Eropah Timur.
Hari Kesebelas
Buzau Mud Volcanoes
Kita ke luar kota lagi, kali ini menuju Buzău County untuk lihat volcanoes lumpur aktif yang menggelegak dan meletus perlahan. Rasa macam berada di permukaan planet asing! Balik ke Bucharest dan makan malam terakhir bersama-sama di Romania.
Hari Kedua Belas - Hari Ketiga Belas
Bucharest - Kuala Lumpur/Singapura
Hari ini kita tinggalkan Romania dan terbang kembali ke KL atau Singapura. Rarecation kali ini penuh warna, cerita dan kisah pelik yang susah nak lupa. Sampai rumah nanti, jangan pelik kalau rasa rindu bau hutan Transylvania.
Selamat tinggal Romania… tapi hati kita kekal terikat pada setiap kisah di balik kabus Carpathian, lumpur mendidih, istana berdarah, dan detik tawa bersama keluarga Rarecation.
Share

















































































