Pelayaran 2 Benua Istanbul-Greece Aroya Cruise
Pelayaran 2 Benua Istanbul-Greece Aroya Cruise
Rarecruise mengajak anda menikmati pelayaran merentasi dua benua — Asia dan Eropah. Bermula dari kota bersejarah Istanbul, pelayaran diteruskan merentasi Laut Mediterranean sambil meneroka kepulauan Greek yang memukau seperti Mykonos, Rhodes dan Athens.Dengan menaiki Aroya Cruise, pelayaran halal pertama di dunia bertaraf hotel 5 bintang, pengalaman ini sesuai untuk pasangan yang menginginkan percutian romantik mahupun seisi keluarga yang ingin bercuti bersama. Penerbangan dari Kuala Lumpur atau Changi melengkapkan perjalanan yang selesa, eksklusif dan penuh kenangan indah.
Share

AROYA VIDEO EXPERIENCE
PERJALANAN
Day 1
KL/SIN - ISTANBUL
Penerbangan dari Kuala Lumpur / Singapura dengan masa perjalanan 11 jam ~ 12 jam
Day 2
Istanbul
Tiba awal pagi di Istanbul, terus bergerak ke bandar kerana hari ini tidak melibatkan check-in hotel. Lunch di restoran lokal jadi momen pertama kita merasa kebab, nasi Turkiye dan manisan tradisional. Lepas makan, berjalan sekitar bazar dan tepi selat Bosphorus sambil menikmati suasana kota yang bercampur lama dan moden. Petang, kita check-in dan boarding Aroya Cruise, cruise halal pertama di dunia. Malamnya, dinner pertama di atas kapal, bersembang ringan dan berehat.
Day 3
Aroya Cruise
Hari kedua dihabiskan sepenuhnya di atas Aroya Cruise. Pagi dimulakan dengan sarapan sambil bersembang di dek, menikmati suasana laut yang luas dan menenangkan. Tengah hari, lunch di restoran kapal, kemudian masa diluangkan di spa kapal untuk relaksasi badan dan minda. Petang pula diisi dengan menikmati angin laut sambil berbual santai. Bila malam tiba, kami berkumpul menonton persembahan teater
Day 4
Bodrum, Turkiye
Kapal berlabuh awal pagi di Bodrum, dan kami terus turun ke bandar. Kami singgah ke Bodrum Castle untuk lihat kota lama dan pemandangan laut Aegean. Tengah hari, makan lunch di bandar, kemudian pusing kedai dan bazar untuk beli manisan, rempah dan cenderahati. Lepas selesai, kami kembali ke kapal untuk dinner dan rehat. Hari ini ringkas, mudah, dan menjadi satu lagi bab perjalanan kita bersama.
DAY 5
Rhodes, Greece
Pagi, kapal berlabuh di Rhodes dan terus turun ke bandar. Kami masuk ke kawasan Old Town, pusing lorong batu dan tengok bangunan lama yang masih terpelihara. Tengah hari, singgah lunch di restoran lokal, kemudian sambung jalan ke kedai sekitar untuk beli manisan dan cenderahati. Petang, kembali ke kapal untuk dinner dan rehat. Hari ini penat sikit sebab banyak berjalan, tapi semuanya mudah dan berjalan sebagai satu perjalanan kita bersama.
DAY 6
Mykonos, Greece
Awal pagi, turun ke Mykonos dan terus ke kawasan windmills & Little Venice. Kami breakfast ringan di pulau, kemudian lunch di bandar sambil pusing kedai kecik untuk beli souvenir. Petang, balik ke kapal untuk dinner sambil tengok sunset dari dek. Malam, rehat dan sembang imbas hari yang cantik.
DAY 7
Piraeus, Athen (Greece)
Awal pagi, turun dari cruise di Piraeus dan bergerak ke bandar Athens. Lawatan dimulakan di Acropolis, simbol sejarah Greece, sebelum berjalan santai di kawasan Plaka yang penuh kedai kecil dan kafe klasik. Tengah hari, nikmati makan tengah hari tempatan, kemudian singgah ke Acropolis Museum atau masa bebas untuk membeli souvenir. Lewat petang, kembali ke kapal di Piraeus untuk rehat dan dinner di atas cruise.
DAY 8
Cruise
Hari terakhir di laut, masa diisi dengan sarapan, solat berjemaah, borak dan rehat di dek. Ini hari paling relaks sebab tak ada turun ke mana-mana, cuma hadir nikmati momen laut dan perjalanan yang kita lalui bersama. Malam, dinner terakhir atas kapal dan rehat awal.
DAY 9 - 10
Istanbul - KL/SIN
Awal pagi, kapal tiba semula di Istanbul dan kami terus turun. Sebelum gerak ke airport, singgah lunch di bandar, kemudian pusing kedai untuk beli cenderahati & rempah Turkiye sebagai penutup. Petang, terus ke airport dan flight pulang. Kita akan tiba di Tanah air pada keesokan hari nya.
AROYA EXPERIENCE
-
Hiburan Tanpa Henti Sepanjang Pelayaran
Nikmati pelbagai aktiviti di atas kapal termasuk persembahan pentas, tayangan filem, ruang santai, serta kawasan khas untuk kanak-kanak dan remaja. Setiap hari di atas kapal dipenuhi pilihan aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.
-
Sajian Eksklusif Di Atas Kapal
Nikmati perjalanan rasa yang istimewa dengan pelbagai pilihan restoran, kafe dan lounge di atas kapal. Daripada hidangan antarabangsa hingga ke citarasa Timur Tengah yang autentik, setiap sajian melengkapkan pengalaman pelayaran — sama ada untuk kopi santai, makan malam bersama keluarga atau menikmati pencuci mulut kegemaran.
-
Rehat & Relaksasi
Luangkan masa untuk diri sendiri dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kawasan rehat yang direka untuk ketenangan. Sesuai untuk menyegarkan badan dan minda selepas aktiviti di darat atau sekadar menikmati masa santai di tengah lautan.
-
Membeli-belah Eksklusif
Nikmati pengalaman membeli-belah barangan mewah di atas laut dengan pilihan butik eksklusif yang menawarkan jenama terpilih, aksesori bergaya dan cenderahati istimewa. Sama ada untuk memanjakan diri atau membawa pulang kenangan pelayaran, setiap pembelian melengkapkan pengalaman percutian anda
AROYA CABINS
Daripada bilik yang selesa hingga ruang inap mewah bertaraf diraja, AROYA menawarkan pengalaman terbaik untuk anda.
PILIHAN CABIN
-
Interior Cabin
Info Lanjut- Saiz bilik sekitar 12 sqm
- Kabin tanpa tingkap, sesuai untuk rehat sepenuhnya
- Suasana tenang dengan privasi yang baik
- Katil selesa dan bilik mandi peribadi
- Kemudahan asas lengkap untuk penginapan praktikal
- Pilihan terbaik untuk bajet jimat & tidur berkualiti
-
Seaview Cabin
Info Lanjut- Saiz bilik sekitar 15 sqm
- Tingkap besar dengan pemandangan laut
- Suasana lebih cerah dan terbuka
- Katil selesa serta bilik mandi peribadi
- Lengkap dengan kemudahan asas termasuk peti sejuk mini
- Sesuai untuk yang ingin menikmati pemandangan laut dari dalam bilik
-
Balcony Cabin
Info Lanjut- Saiz bilik sekitar 18 sqm
- Balkoni peribadi berperabot dengan pemandangan laut
- Ruang tambahan untuk berehat di luar bilik
- Katil queen dan sofa bed (sesuai untuk keluarga kecil)
- Bilik mandi peribadi dengan kemudahan lengkap
- Pilihan terbaik untuk pengalaman pelayaran lebih santai & eksklusif
-
Aroya Suite or Villa
Info Lanjut- Penginapan paling luas dan eksklusif di atas AROYA Cruise
- Ruang tamu dan ruang makan berasingan
- Balkoni peribadi dengan pemandangan laut
- Privasi dan keselesaan maksimum
- Sesuai untuk keluarga atau perjalanan istimewa
INTERIOR CABIN
Interior Cabin direka sebagai ruang rehat yang tenang dan selesa, sesuai untuk anda berehat sepenuhnya selepas seharian meneroka destinasi. Dengan suasana yang cozy dan kemasan yang kemas, kabin ini memberikan privasi serta keselesaan untuk mengisi semula tenaga sebelum meneruskan pengalaman pelayaran seterusnya. Ia dilengkapi katil yang selesa, bilik mandi moden serta kemudahan asas yang mencukupi untuk penginapan yang praktikal dan menyenangkan.
Kemudahan disediakan:
- Smart TV
- Peti keselamatan (Safe Box)
- Wi-Fi (caj tambahan)
- Cerek elektrik di dalam bilik
- Bilik Mandi Peribadi
Room Size : 12-14 sqm
Harga : RM8,900 / per person (Fly & Sail), Fullboard
SEAVIEW CABIN
Seaview Cabin menawarkan pengalaman penginapan yang lebih istimewa dengan pemandangan laut terbuka melalui tingkap besar yang menghadap ufuk tanpa batas. Kabin ini direka untuk keselesaan maksimum, sesuai untuk berehat sambil menikmati suasana laut dari dalam bilik. Dilengkapi katil yang selesa, bilik mandi peribadi dengan kemudahan lengkap serta ruang solek, ia menjadi tempat yang ideal untuk menenangkan diri selepas seharian melakukan aktiviti di darat.
Kemudahan disediakan:
- Smart TV
- Peti keselamatan (Safe Box)
- Wi-Fi (caj tambahan)
- Cerek elektrik di dalam bilik
- Peti sejuk mini
- Bilik mandi peribadi
Room Size : 15 sqm
Harga : RM9,900 / per person (Fly & Sail), Fullboard
SUPERIOR SEAVIEW CABIN
Seaview Superior Cabin menawarkan ruang yang lebih luas dan selesa, sesuai untuk tetamu yang inginkan keselesaan tambahan sepanjang pelayaran. Dengan pemandangan laut yang jelas melalui tingkap besar, kabin ini direka untuk memberi ketenangan selepas seharian melakukan aktiviti. Dilengkapi katil yang selesa, sofa bed serta bilik mandi peribadi dengan kemudahan lengkap, ia sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil.
Kenapa pilih Seaview Superior Cabin?
Berbanding Seaview Cabin bersaiz 15 sqm, Seaview Superior Cabin mempunyai keluasan 20 sqm, memberikan ruang pergerakan yang lebih lapang. Tambahan sofa bed juga menjadikannya pilihan praktikal untuk tetamu bersama kanak-kanak atau mereka yang mahukan ruang rehat tambahan.
Kemudahan:
- Smart TV
- Peti keselamatan (Safe Box)
- Wi-Fi (caj tambahan)
- Almari pakaian (Closet)
- Peti sejuk mini
- Bilik mandi peribadi
- Cerek elektrik di dalam bilik
Room Size : 16sqm
Harga : RM10,400 / per person (Fly & Sail), Fullboard
BALCONY CABIN
Balcony Cabin menawarkan penginapan yang selesa dengan ruang peribadi tambahan untuk anda menikmati suasana laut secara lebih dekat. Dilengkapi katil queen yang selesa serta sofa bed, kabin ini sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil. Balkoni peribadi berperabot membolehkan anda berehat sambil menikmati pemandangan laut dan udara segar, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang inginkan pengalaman pelayaran yang lebih santai dan terbuka.
Kemudahan:
- Smart TV
- Peti keselamatan (Safe Box)
- Wi-Fi (caj tambahan)
- Cerek elektrik di dalam bilik
- Peti sejuk mini
- Bilik mandi peribadi
- Balkoni berperabot
Room Size : 16sqm
Harga : RM12,200 / per person (Fly & Sail), Fullboard
SUPERIOR BALCONY CABIN
Balcony Superior Cabin menawarkan pengalaman penginapan yang lebih luas dan selesa berbanding Balcony Cabin standard, sesuai untuk tetamu yang mahukan ruang tambahan dan keselesaan lebih sepanjang pelayaran. Rekaan moden digabungkan dengan pemandangan laut yang menenangkan, menjadikan kabin ini tempat rehat yang ideal selepas seharian beraktiviti. Dilengkapi katil queen yang selesa, sofa bed, serta bilik mandi peribadi dengan kemudahan lengkap, ia sesuai untuk pasangan, keluarga kecil atau tetamu yang membawa kanak-kanak.
Kenapa pilih Balcony Superior Cabin?
Kabin ini memberikan ruang yang lebih lapang, susun atur yang lebih selesa dan pilihan sofa bed, menjadikannya lebih praktikal untuk penginapan beberapa malam. Balkoni peribadi berperabot pula membolehkan anda menikmati suasana laut dan matahari terbenam dengan lebih santai dan privasi.
Kemudahan:
- Smart TV
- Wi-Fi (caj tambahan)
- Peti keselamatan (Safe Box)
- Cerek elektrik di dalam bilik
- Peti sejuk mini
- Bilik mandi peribadi
- Balkoni berperabot
Room Size : 19 sqm
Harga : RM12,700 / per person (Fly & Sail), Fullboard
KHUZAMA EXPERIENCE
Khuzama menawarkan pengalaman pelayaran yang lebih peribadi, selesa dan eksklusif, diperkaya dengan keramahan warga Arab yang terkenal dengan layanan sopan, mesra dan penuh perhatian. Setiap perincian direka dan diatur dengan teliti bagi memastikan keselesaan tetamu sepanjang pelayaran, daripada suasana yang tenang dan privasi yang terjaga. Pengalaman ini sesuai untuk mereka yang inginkan pelayaran dalam suasana yang lebih tenang, selesa dan berkualiti, sama ada untuk berehat sepenuhnya, menikmati masa bersama pasangan, atau meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dalam suasana yang lebih eksklusif.
AROYA SUITE
Suite menawarkan ruang yang luas dan selesa, menggabungkan keselesaan premium dengan suasana yang menenangkan, lengkap dengan pemandangan laut yang terbentang luas hingga ke ufuk. Setiap elemen direka dengan teliti, daripada bilik tidur bersaiz king yang selesa hingga ruang tamu dan ruang makan yang sesuai untuk berehat atau meluangkan masa bersama. Penginapan ini dilengkapi dengan layanan hospitaliti berteraskan tradisi Arab yang halus, menjadikan setiap detik di dalam suite terasa mudah, tenang dan menyenangkan.
Harga bermula dari : RM15,300 / per person (Fly & Sail), Fullboard
AROYA VILLAS
Villa menawarkan ruang penginapan yang luas dan mewah untuk pengalaman pelayaran yang benar-benar selesa. Dilengkapi dengan bilik tidur utama bersaiz besar, bilik tetamu, serta ruang tamu dan ruang makan yang tersusun kemas, vila ini direka untuk keselesaan maksimum. Setiap ruang mengalir secara semula jadi ke balkoni berperabot dengan pemandangan laut yang menenangkan. Bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi dan jakuzi menambah keselesaan sepanjang penginapan, manakala perkhidmatan peribadi seperti butler, concierge dan servis bilik 24 jam memastikan setiap keperluan anda terjaga.
Harga bermula dari : RM33,500/ per person (Fly & Sail), Fullboard
PAKEJ TERMASUK
-
PENERBANGAN
Pakej ini merangkumi penerbangan pergi dan balik dari KLIA atau Changi Airport ke destinasi pelayaran, lengkap dengan kemudahan bagasi daftar masuk sehingga 23kg seorang. Penerbangan dipilih bagi memastikan perjalanan yang selesa dan lancar dari awal hingga akhir percutian.
-
FULL BOARD (ON CRUISE)
Sepanjang berada di atas kapal cruise, semua hidangan disediakan sepenuhnya untuk para tetamu. Ini termasuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam setiap hari, serta hidangan semasa program lawatan yang dijalankan di Istanbul. Tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan makanan yang disediakan
-
ISTANBUL TRANSPORT
Pakej ini turut merangkumi pengangkutan pergi dan balik dari lapangan terbang ke terminal cruise, serta pengangkutan sepanjang sesi lawatan di Istanbul. Semua pengangkutan diatur bagi memastikan pergerakan yang selesa, teratur dan memudahkan tetamu sepanjang berada di Istanbul sebelum memulakan pelayaran.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
-
LAND TOUR
Lawatan di bandar-bandar persinggahan seperti Mykonos, Athens dan destinasi lain tidak termasuk di dalam pakej. Tetamu bebas untuk meneroka bandar-bandar ini mengikut pilihan sendiri atau memilih untuk menyertai pakej land tour yang disediakan oleh pihak cruise atau operator tempatan dengan bayaran tambahan.
-
AKTIVITI TAMBAHAN
Sepanjang pelayaran, pelbagai aktiviti tambahan ditawarkan di atas kapal seperti spa, pawagam, kelas kanak-kanak, aktiviti lasak dan pelbagai program hiburan lain. Semua aktiviti ini adalah pilihan dan tidak termasuk dalam pakej asas. Tetamu boleh membuat pembelian dan tempahan aktiviti ini secara terus semasa berada di atas kapal.
-
TRAVEL INSURANCE
Insurans perjalanan tidak termasuk di dalam pakej namun amat digalakkan untuk setiap peserta. Sebarang pembatalan atau perubahan perjalanan tanpa perlindungan insurans tidak melayakkan pemulangan wang. Dengan insurans perjalanan, tuntutan boleh dibuat sekiranya berlaku situasi tertentu tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penyedia insurans.
HARGA & PILIHAN PAKEJ
HARGA PAKEJ
Pilihan Harga Pakej Mengikut Jenis Kabin
(Harga adalah seorang / pax)
Interior Cabin – RM8,900
Seaview Cabin – RM9,900
Seaview Superior Cabin – RM10,400
Balcony Cabin – RM12,200
Superior Balcony Cabin – RM12,700
PAKEJ TERMASUK
Apa yang Termasuk
- Penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur atau Changi
- Bagasi daftar masuk sehingga 23kg seorang
- Penginapan di atas AROYA Cruise mengikut jenis kabin pilihan
- Hidangan penuh (Full Board) sepanjang berada di atas kapal
- Program lawatan terpilih di Istanbul
- Pengangkutan pergi dan balik lapangan terbang ke terminal cruise
- Pengangkutan semasa sesi lawatan di Istanbul
PAKEJ TIDAK TERMASUK
- Lawatan darat (land tour) di bandar persinggahan seperti Mykonos, Athens dan destinasi lain
- Aktiviti tambahan di atas kapal seperti spa, pawagam, kelas kanak-kanak dan aktiviti khas
- Insurans perjalanan
- Perbelanjaan peribadi dan pembelian tambahan di atas kapal
- Tambahan bagasi dan pemilihan tempat duduk penerbangan
NOTA TAMBAHAN
Setiap pembelian adalah untuk bilik berdua, jika anda solo traveler anda akan berkongsi bilik dengan solo traveler yang lain
FAQ AROYA CRUISE
Pilihan Kabin dan Katil
Setiap kabin boleh menempatkan sehingga 2 orang dewasa dengan pilihan katil twin atau double. Terdapat juga pilihan kabin yang dilengkapi sofa bed, sesuai untuk kanak-kanak. Penginapan bilik single turut disediakan dengan bayaran tambahan.
Penerbangan
Penerbangan disediakan dari Kuala Lumpur atau Changi termasuk kemudahan bagasi daftar masuk sehingga 23kg seorang. Tiket penerbangan ini tidak termasuk tambahan bagasi, pemilihan tempat duduk atau sebarang perkhidmatan tambahan lain. Sekiranya anda ingin menambah bagasi atau membuat pilihan tempat duduk, sila maklumkan kepada pegawai kami untuk bantuan dan maklumat lanjut.
Aktiviti tambahan
Sepanjang pelayaran, pelbagai aktiviti tambahan ditawarkan di atas kapal seperti spa, pawagam, kelas kanak-kanak, aktiviti lasak serta pelbagai program hiburan lain. Semua aktiviti ini adalah pilihan dan tidak termasuk dalam pakej asas. Tetamu boleh membuat pembelian lebih awal atau menempah aktiviti-aktiviti ini secara terus semasa berada di atas kapal, tertakluk kepada ketersediaan.
Land Tour
Lawatan di bandar-bandar persinggahan seperti Mykonos, Athens dan destinasi lain tidak termasuk dalam pakej. Tetamu boleh meneroka destinasi tersebut secara bebas atau memilih untuk menyertai pakej land tour yang ditawarkan oleh pihak cruise atau operator tempatan dengan bayaran tambahan.