Skip to product information
1 of 28

NORWAY FJORD ADVENTURES

NORWAY FJORD ADVENTURES

Tarikh Kembara

06 - 19 Mei 2025

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai dan tidak lasak. Aktiviti yang dinyatakan di dalam ini adalah sebagai pilihan (optional) sahaja.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 21,400 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 20,400 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 14,500 per pax
Bayi: RM 2,500 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 6,770 per pax
Kanak-kanak (4-11 tahun): SGD 6,470 per pax
Kanak-kanak (2-3 tahun): SGD 4,500 per pax
Bayi: SGD 800 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara

Jika anda ingin melihat sisi Rare negara Norway, trip Norway Fjord Adventures adalah pilihan paling terbaik buat anda! Bermula dari ibu kota Oslo kita akan mengembara ke bahagian Central Norway yang kaya dengan air terjun, fjords dan gunung-ganang yang indah! Pastinya pengembaraan selama 14 hari ini adalah sebuah perjalanan yang anda impikan selama ini.

Hari Pertama 

Kuala Lumpur/Singapura - Oslo

Penerbangan kita akan bermula dari KLIA kemudian menuju ke Oslo Airport Gardermoen yang mengambil masa kurang lebih 17 jam perjalanan. Penerbangan kita nanti bergantung juga kepada ketersediaan penerbangan yang ada.

Hari Kedua

Oslo

Di ibu kota Oslo, kita akan dapatkan sim card terlebih dahulu dan uruskan kenderaan sewa. Lazimnya, kita juga akan singgah ke kedai untuk dapatkan keperluan barang masakan. Hari kedua ini kita santai-santai sahaja selepas perjalanan yang panjang dalam penerbangan. Kita beri kebebasan kepada anda samada ingin meneroka kecantikan dan keunikan ibu kota Oslo dahulu ataupun meneruskan perjalanan ke arah pekan Voss.

Perjalanan untuk sampai ke Voss mengambil masa selama 5 jam 40 minit. Jika letih kita boleh berhenti di pertengahan perjalanan dan menginap semalaman sebelum sambung semula perjalanan ke Voss. Kita bergerak dalam kumpulan yang kecil, jadi itinerari kita boleh berubah menjadi lebih fleksibel.

Hari Ketiga 

Oslo - Voringfossen - Vossevangen

Kita sambung semula perjalanan menuju ke Voss. Sebelum sampai ke Voss, kita akan memandu melalui “scenic route” yang sungguh indah iaitu di dataran tinggi gunung Hardangervidda. Kawasan ini adalah salah satu dataran gunung terbesar di Eropah Utara. Kita boleh menikmati pemandangan gunung-ganang yang cantik, glasier dalam jarak yang jauh, air terjun, fjords dan dataran tinggi yang luas!

Selepas itu kita akan sampai ke sebuah air terjun mega yang paling terkenal di Norway yang dipanggil Voringfossen setinggi 163 meter! Seterusnya kita akan terus check-in penginapan di Vossevangen.

Hari Keempat 

Vossevangen - Bergen - Vossevangen

Tidak sah kalau ke Norway kita tidak singgah ke sebuah kota kedua terbesarr di Norway yang dipanggil Bergen. Ia juga dipanggil sebagai The heart of the fjords! Antara lokasi penting yang wajar kita pergi adalah Bryggen. Ia merupakan tapak warisan dunia terdiri daripada dermaga dan bangunan Hanseatic lama, dan salah satu kawasan bandar yang paling terkenal dari Zaman Pertengahan di seluruh Norway.

Dan kita boleh explore Fish Market mereka dan menaiki funicular untuk melihat kota Bergen dari pandangan mata burung. Bersedia dengan pemandangan yang menakjubkan dan sentiasa bersedia untuk foto kita dibidik oleh kapten kita. 

Hari Kelima 

Vossevangen - Stryn

Hari berikutnya, kita akan mula naik ke utara Central Norway menghala ke sebuah pekan yang dinamakan Stryn yang memakan masa kurang lebih 4 jam perjalanan dari Vossevangen. Stryn adalah sebuah kampung dan daerah yang menawan dengan pelbagai pilihan aktiviti yang menyeronokkan dan merupakan destinasi pelancongan yang indah di Norway.

Kita boleh menikmati keindahan fjords yang terbentuk dari cairan ais glasier Jostedal. Stryn juga sangat terkenal dengan sungainya yang berbentuk seakan ular. Kita boleh menaiki Loen Skylift iaitu sebuah cable car. 

Hari Keenam

Stryn - Lodalen / Lovatnet

Dalam perjalanan keluar dari pekan Stryn menuju destinasi seterusnya; Lovatnet, kita berpeluang untuk melihat sungai yang indah dikenali sebagai Loelva. Berbaloi untuk berhenti sekurang-kurangnya untuk mendengar deruan air sungai yang begitu mendamaikan. Pandu kehadapan sedikit, kita mampu melihat sebuah tasik ibarat permata yang cantik yang dipanggil Lovatnet (Tasik Loen). Warna air turquoise yang menyerlah akan membuatkan kita terasa seolah tak ingin keluar dari Lovatnet ini. Bayangkan kita hirup kopi panas sambil melayan rekacipta Tuhan yang Maha Hebat ni. Memang RARE! 

Hari Ketujuh 

Stryn - Briksdalbreen Glacier 

Glasier Briksdal yang agung ini adalah sebahagian daripada taman negara Glasier Jostedal yang terletak di Central Norway. Dari ketinggian 1200 meter, glasier ini mencair sebanyak 10,000 liter setiap minit yang mengalirkan air ke sungai-sungai di sekitarnya dan membentuk Lembah Briksdalen. Kita boleh sampai ke glasier ini samada berjalan kaki dari tempat parkir ataupun menaiki kenderaan khas yang disediakan.

Hari Kelapan 

Stryn - Videfossen - GeirangerSkysslag

Hari ini kita sudah mula keluar dari kawasan Stryn dan mula menuju ke sebuah fjords yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO yang dipanggil Geirangerfjord. Namun, dalam perjalanan, kita akan singgah dahulu ke air terjun yang dipanggil Videfossen dan kita boleh menikmati kecantikan yang ada di sini.

Lokasi ini memang sangat sesuai untuk kita berkelah. Bayangkan kita makan nasi lemak sambal sotong, hirup pula kopi kaw panas sambil menikmati kecantikan  lanskap alam semula jadi Langvatnet yang luar biasa indahnya. Memang suatu pengalaman yang terkenang-kenang sehingga akhir hayat. Kemudian kita akan sambung perjalanan menuju ke Geiranger Skywalk untuk menikmati kecantikan Geirangerfjord dari kaca mata burung. Kita akan dikelilingi banjaran yang sangat indah. Dan ini adalah fjord yang menjadi tumpuan manusia di seluruh dunia.

Hari Kesembilan 

Geirangerfjord Exploration

Pengembaraan kita diteruskan dengan menikmati keindahan Geiranger. Ada pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan seperti berkayak, menaiki bot untuk menikmati keindahan di sekitar Geirangerfjords seperti air terjun Seven Sisters dan lain-lain. Kita juga tidak lepaskan peluang untuk bergambar sepuas-puasnya di sini. 

Hari Kesepuluh 

Geiranger - Trollstigen - Andalsnes

Trollstigen atau dipanggil juga sebagai Troll's Road atau Troll’s Ladder. Ia adalah salah satu jalan pelancongan yang paling banyak dikunjungi di Norway. Sebuah jalan yang curam dan sempit dengan 11 selekoh tajam yang menghubungkan kampung Valldal dan Andalsnes di Norway Barat. Jalan gunung yang menakjubkan ini memang menarik ramai pelancong dari seluruh dunia. 

Hari Kesebelas 

Andalsnes - Oslo

Andalsnes adalah sebuah kota yang dipanggil “Ibu kota pergunungan" kerana ia dikelilingi oleh gunung tinggi dan puncak tajam yang cantik setinggi 1800 meter. Pada hari yang sama juga kita akan mula bergerak pulang semula ke Oslo.

Hari Kedua Belas 

Oslo

Ini adalah hari untuk kita melakukan eksplorasi ibu kota Oslo yang unik dan menenangkan. Sebuah bandar yang indah dan santai di bahagian paling selatan Norway. Meskipun ibu negara, ia adalah bandar yang agak kecil dan menyeronokkan untuk kita teroka. Selain itu, inilah masanya untuk kita membeli buah tangan untuk orang yang tersayang di tanah air nanti.

Hari Ketiga Belas - Keempat Belas

Oslo - Kuala Lumpur/Singapura

Pejam celik, sudah tiba kita di penghujung explorasi ke Norway. Hari ini merupakan hari terakhir kita di Norway. Kita akan berkemas dan berangkat pulang ke Kuala Lumpur membawa 1001 kenangan yang indah sepanjang pengembaraan Fjord Adventures Norway ini. Jika rindu, boleh belek kembali gambar-gambar sepanjang 14 hari bersama kami.  

 

View full details