KEMBARA WAHYU: SIRAH NABI
KEMBARA WAHYU: SIRAH NABI
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
10 Feb - 22 Feb 2024 (FULL)
10 Feb - 23 Feb 2024 (FULL)
03 Dec - 15 Dec 2024
17 Dec - 29 Dec 2024 (FULL)
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Local House / Apartment
Makan: Half Board (Restoran / Crew Masak)
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak. Trip ini juga adalah trip MENYELUSURI SIRAH NABI.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: RM 16,340 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 14,900 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 12,600 per pax
Bayi: RM 3,500 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: SGD 5,450 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 5,100 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 3,900 per pax
Bayi: SGD 1,200 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan
- Penginapan
- Pengangkutan
- Makan Half Board
- Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
- Sweater Exclusive Rarecation
- Visa Pelancong
- Ihram (Lelaki) atau Tudung Werda (Wanita)
- Luggage Cover Limited Edition
- Kapten Mutawif yang Berpengalaman
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
- Perbelanjaan Sendiri
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
HARI PERTAMA
Kuala Lumpur - Jeddah - Mekah
Jemaah akan berlepas dari Klia siap berpakaian Ihram untuk kita masuk ke Kota Mekah dan tunaikan umrah wajib. Selesai mengerjakan umrah, kita akan urus diri di hotel seterusnya ke Jabal Nur untuk memulakan perjalanan kembara kita bermula di lokasi wahyu pertama diturunkan. Memahami bagaimana surah IQRA’ itu disampaikan sebagai satu strategi pembangunan agama untuk mengeluarkan umat Makkah dari fahaman jahiliyah. Dari sini, bermulanya langkah dakwah Rasulullah dalam kembara 23 tahun wahyu diperjalankan. Tahun pertama kenabian sehingga turunnya perintah untuk dakwah secara sembunyi dan terbuka. Kita akan ziarah beberapa lokasi penting melibat permulaan sejarah risalah agama disampaikan sehingga lengkapnya Assabiqul Awwal (40 orang pertama yang menerima Islam).
Antaranya lokasi penting untuk kita fahami bagaimana dakwah Nabi bermula ialah Darul Nadwah (parlimen kota Mekah), Rumah Arqam Abi Arqam, Rumah Siti Khadijah dan lokasi rumah Abu Jahal. Falsafah di sebalik rumah (Al-Bait) Allah itu sangat penting difahami secara maqasid.
Umrah dan ziarah Masjidharam
Ziarah Jabal Nur/Gua Hira
HARI KEDUA
Makkah - Taif
Ziarah Makam Ma’ala, Masjid Kuk, Rumah Zaid bin Haritsah di Taif, Masjid Addas, Masjid Ibnu Abbas
Pada tahun ke-9 kenabian, isteri kesayangan baginda Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia. Tahun ini dikenali sebagai Tahun Kesedihan. Selesai check out dari Hotel Makkah kita akan bergerak menuju ke Makam Ma’la untuk ziarah makam Siti Khadijah, sebelum ke Taif untuk menelusuri perjalanan dakwah Baginda yang membawa diri mencari perlindungan politik daripada penduduk Taif. Malangnya kedatangan Nabi berdama Zaid Al-Haritsah disambut dengan rejaman batu.
HARI KETIGA
Taif - Mekah
Turun dari Mekah, kita akan singgah di Qarnul Manazil mengambil ibrah pertemuan Rasulullah dengan Jibril dan malaikat penjaga gunung yang menawarkan diri untuk terbalikkan gunung ganang Taif ke atas penduduk kota yang mencederakan Nabi. Tawaran itu ditolak baginda. Sebaliknya Nabi berikrar untuk kembali semula ke Taif satu hari nanti membawa kemenangan kepada Islam.
Dalam perjalanan pulang ke Mekah, Nabi berehat sebentar di satu lembah bernama Wadi Nakhlah. Di sini Rasulullah berhenti solat malam dan ditegur sekumpulan Jin seramai 7 orang yang terpikat dengan bacaan surah Arrahman yang Nabi baca. Rasullallah menulis surat ke Ibnu Mas’ud ketika menerima rombongan jin yang ingin mambai’ah Nabi, setelah sebelumnya mereka pernah bertemu dengan Nabi di Wadi Nakhlah dalam perjalanan pulang dari Thaif pada tahun ke-10 kenabian. Kita akan singgah di Masjid Wadi Nakhlah untuk mengambil ibrah penting dalam memahami bagaimana perjalanan wahyu ini disampaikan kepada manusia dan jin.
Pulang ke Mekah, Rasulullah bertemu dan membacakan ayat suci Al quran kepada para jin, mereka pun mengimani Allah dan kerasulan Muhammad SAW di lokasi yang telah Ibnu Mas’ud sediakan. Bagi umat Islam, masjid ini juga dikenal sebagai Masjid al-Haras atau Masjid Jin.
Kemudian kita akan terus mendaki ke atas bukit Khandamah dengan kereta, melihat panorama kota Mekah dari atas bukit sambil memahami strategi agama bagaimana Rasulullah mengalami peristiwa israk dan mikraj dari Masjidiharam ke Masjidil Aqsa. Sambil makan malam melayan suasana atas bukit, kita sambung Table Talk di bawah langit Mekah.
Ziarah Masjid Qarnul Manazil, Masjid Wadi Nakhlah, Masjid Jin, Bukit Khandamah
HARI KEEMPAT
Mekah - Madinah
Pada tahun 620 masehi, sekumpulan pemuda dari Yathrib datang ke Mekah untuk menunaikan haji. Mereka bertemu Rasulullah di Mina dan baginda menyampaikan dakwah mengajak mereka kepada Islam yang sebenar. Tertarik dengan seruan agama yang hak, mereka bersetuju untuk berbai’ah kepada Rasulullah sebagai tanda keislaman mereka. Maka terjadilah peristiwa Bai’ah Aqabah pertama di sebuah lokasi di sempadan Mina. Kini ia dikenali dengan nama Masjid Bai’ah.
Tahun haji seterusnya seramai 75 orang dari Yathrib datang untuk mengangkat bai’ah kepada Nabi dalam peristiwa Bai’ah Aqabah kedua.
Selesai ziarah di Masjid Bai’ah kita akan terus bergerak ke Madinah bagi menyambung fasa Kembara Wahyu Rasulullah seterusnya. Hijrah Nabi melalui laluan yang sangat sukar dan getir. Bermula dari lokasi persembunyian Nabi bersama Abu Bakar di dalam Gua Thur selama 3 hari. Kemudian baru meneruskan perjalanan ke Yathrib.
Ziarah Masjid Baiah, Jabal Thur, Perkampungan Quba
HARI KELIMA
Madinah
Di kampong Quba Rasulullah bersama para sahabat tinggal selama 3 hari sementara menanti kedatangan Ali bin Abi Talib menggantikan tempat Nabi dalam peristiwa Hijrah. Nabi tiba di Quba pada hari Isnin dan berangkat ke kota Yathrib pada hari Jumaat. Baginda dan sahabat singgah solat Jumaat di sebuah lokasi 750m dari Masjid Quba. Sampai di kota Yathrib, baginda mula membina rumah baginda yang hari ini dikenali sebagai Masjid Nabawi.
Ziarah Masjid Quba. Masjid Jumaah, Masjid Nabawi, Masjid Qiblatain
HARI KEENAM
Madinah - Badar
Pada tahun kedua Hijrah, Rasulullah bersama 313 umat Islam berangkat ke Badar untuk berperang menghalang kaum Kafir Quraisy merosakkan pembangunan Islam di Madinah. Hari kedua di Madinah, mengambil ibrah peperangan pertama dalam sejarah Islam kita akan bertolak ke Badar dari hotel untuk ziarah lokasi perang, makam syuhada dan sekitar Badar.
Pada Tahun ketiga hijrah, tercetus perang Uhud. Di sinilah Saidina Hamzah wafat dan tentera pemanah telah ingkar kepada perintah Nabi untuk kekal di posisi atas Jabal Rummah. Nabi tercedera dan luka. Sehingga lari bersembunyi di dalam gua di kaki Jabal Uhud.
Pada tahun keempat hijrah, terjadinya peperangan Khandak atau perang Al-Ahzab. Nabi dan sahabat mengambil tindakan menggali parit sebagai benteng pertahanan Madinah. Hari ini lokasi peperangan hanya tinggal satu monumen sejarah dikenali sebagai Masjid Tujuh.
Ziarah Badar, Uhud,Masjid Tujuh lokasi perang Khandak
HARI KETUJUH
Kesan dari peperangan Khandak, ramai Yahudi dan Nasrani yang telah diusir keluar dari Madinah apabila mereka telah mengkhianati Piagam Madinah yang telah dipersetujui. Kontrak sosial antara umat Islam dan 12 kabilah Yahudi telah gagal. Yahudi lari membawa diri ke Khaibar dan mengumpul kekuatan ketenteraan untuk menyerang Madinah. Nabi mengumpulkan umat lalu maju ke Khaibar, berlakulah peperangan antara Yahudi dan kaum Muslimin demi mempertahankan Madinah. Kubu Yahudi berjaya ditawan. Mereka berundur dan lari ke Tabuk.
Hari ini kita akan bertolak ke Khaibar melihat sendiri lokasi peristiwa penting dalam sejarah umat Islam. Di sini Rasulullah diracun oleh seorang wanita Yahudi. Kesan racun ini menyebabkan Baginda sakit sehingga membawa kepada kematian baginda.
Ziarah Khaibar
HARI KELAPAN
Madinah - Osfan - Hudaibiyah
Berangkat ke Mekah untuk tunaikan umrah pertama mengikut timeline Nabi pada tahun ke-6 Hijrah. Malangnya Nabi dan sahabat gagal masuk ke Mekah. Terjadinya perjanjian Hudaibiyah. Nabi terpaksa pulang ke Madinah dan kembali semula ke Mekah pada tahun ke-7 hijrah untuk menunaikan umrah Qodho sebagaimana yang dipersetujui di dalam perjanjian Hudaibiyah. Umat Islam hanya dibenarkan masuk ke Mekah selama 3 hari sahaja.
Ziarah Osfan, Masjid Hudaibiyah
HARI KESEMBILAN
Mekah
Selesai kita tunaikan umrah kedua. Kita akan sambung ziarah ke lokasi peristiwa futuh Mekah. Nabi bersama sahabat berkumpul di sebuah khemah di Jumum. Di sinilah Abu Sufian di bawa bertemu Rasulullah dah terpaksa berbai’ah kepada Nabi untuk menerima sistem Islam. Dengan kehadiran Abu Sufian, Nabi memberi jaminan tiada pertumpahan darah dan Nabi akan masuk ke Kota Mekah dengan aman.
Selesai peristiwa futuh Mekah, Nabi melancarkan serangan ke Taif dan tercetusnya peperangan Hunain. Harta rampasan perang dikumpul di Ju’ranah. Di sini lah bermulalah satu perselisihan umat yang sangat besar melibatkan harta, takhta dan kuasa.
Ziarah Masjid Al-Fath, Masjid Ju’ranah, Umrah (Syawal) ketiga
HARI KESEPULUH
Mekah - Madinah
Nabi pulang semula ke Madinah selesai futuh Makkah. Kemudian kembali semula pada tahun ke-10 hijrah untuk menunaikan Haji terakhir bersama 124000 sahabat. Hari paling penting dalam sejarah umat ialah pada Hari Wukuf di Arafah apabila Nabi menyampaikan khutbah wadak terakhir dengan pesanan dan wasiat yang sangat tegas di satu lembah bernama Wadi Namirah.
Ziarah Masjid Namirah, Masjid Masyaer Haram, Arafah, Muzdalifah dan Mina, Jamarat
Tawaf wadak kemudian berangkat ke Madinah, singgah di Ghadir Khumm.
HARI KESEBELAS
Madinah
3 bulan terakhir hayat Nabi di Madinah sebelum Rasulullah wafat pada Hari Isnin, 12 Rabiul Awwal 632 Masehi. Kita akan manfaatkan ziarah terakhir di Madinah untuk masuk ke Raudah dan ziarah ke Saqifah Bani Saidah untuk conclude peristiwa selepas kewafatan Rasulullah dan bagaimana bermulanya sistem Khalifah dalam sejarah pembangunan Islam.
Ziarah Masjid Nabawi, Raudah, Saqifah Bani Saadah
HARI KEDUA BELAS - TIGA BELAS
Madinah - Jeddah - Kuala Lumpur
Hari terakhir di Madinah, bertolak ke Jeddah tiba di Kuala Lumpur keesokkan harinya.