JAPAN ALPS
JAPAN ALPS
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
16 Hari 13 Malam
15 Nov - 30 Nov 2026
13 Apr - 28 Apr 2027
27 Mei - 11 Jun 2027
17 Ogos - 01 Sep 2027
12 Nov - 27 Nov 2027
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan pengangkutan utama menaiki MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak. Aktiviti yang dinyatakan di dalam ini hanyalah sebagai pilihan (optional) sahaja.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: 22000
Kanak-kanak (5-11 tahun):
Kanak-kanak (2-4 tahun):
Bayi:
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: 7350
Kanak-kanak (5-11 tahun):
Kanak-kanak (2-4 tahun):
Bayi:
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan (luggage allowance 23/25kg)
- Pengangkutan
- Makan Half Board
- Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
- Merchandise Rarecation
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Entrance Fee
- Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
- Perbelanjaan Sendiri
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
Pengembaraan Alps Jepun bersama kami selama dua minggu merentasi Tokyo, Kawaguchiko, Nagano, Hakuba, Kanazawa, Ine, Kyoto dan Osaka. Menyusuri tasik, gunung, hutan, perkampungan tradisional dan bandar-bandar unik sambil menghayati budaya serta cara hidup masyarakat Jepun. Nikmati keindahan negara ini dari sisi jiwa pengembara yang sentiasa mencari pengalaman yang lebih autentik, santai dan berbeza daripada percutian biasa.

Hari Pertama
Kuala Lumpur/Singapura - Tokyo
Hari perjalanan bermula dari Kuala Lumpur atau Singapura ke Tokyo.

Hari Kedua
Tokyo - Kawaguchiko
Perjalanan bermula meninggalkan Tokyo menuju Kawaguchiko yang damai di kaki Gunung Fuji. Singgah di Oshino Hakkai untuk melihat kolam air jernih hasil salji Fuji yang mencair, sebelum menikmati panorama ikonik di Lake Kawaguchiko. Suasana di sini memberi ruang untuk bernafas lebih perlahan sambil menikmati keindahan alam Jepun yang sebenar.

Hari Ketiga
Kawaguchi Exploration
Hari ini fokus kepada keindahan Fuji dari pelbagai sudut. Kita ke Arakurayama Sengen Park untuk view pagoda dengan latar Fuji yang sangat ikonik, kemudian ke Saiko Iyashi no Sato yang mengekalkan rumah tradisional Jepun. Hari santai yang penuh visual dan ketenangan alam.

Hari Keempat
Kawaguchi - Nagano
Perjalanan diteruskan ke Nagano melalui laluan pergunungan yang menenangkan. Setibanya di Matsumoto, kita melawat Matsumoto Castle yang klasik dan masih kukuh berdiri sejak zaman feudal. Kemudian berjalan di Nawate Street yang penuh suasana retro Jepun lama.

Hari Kelima
Hakuba Exploration
Hari ini dikelilingi keindahan Alps Jepun di Hakuba. Kita naik ke Hakuba Iwatake untuk panorama gunung yang luas dan menenangkan, sebelum ke Happo Pond yang terkenal dengan refleksi air yang sangat cantik. Hari ini benar-benar pengalaman alam alpine yang rare.

Hari Keenam
Nagano Exploration
Nagano membawa kita lebih dekat dengan alam dan budaya tempatan. Kita ke Jigokudani Snow Monkey Park untuk melihat monyet liar mandi di onsen, satu pengalaman unik Jepun. Kemudian ke Obuse Old Town yang tenang dengan seni, budaya dan suasana desa yang autentik.

Hari Ketujuh
Nagano - Kanazawa
Perjalanan menuju Kanazawa melalui kawasan gunung dan lembah yang cantik. Singgah di Kurobe Gorge untuk menikmati pemandangan sungai dan tebing tinggi yang dramatik, sebelum berehat di kawasan Unazuki Onsen yang tenang di tengah alam.

Hari Kelapan
Shirakawago
Hari ini khas untuk Shirakawago, kampung warisan UNESCO yang terkenal dengan rumah Gassho-zukuri. Kita berjalan di antara rumah tradisional yang unik sebelum naik ke Shiroyama Viewpoint untuk melihat keseluruhan kampung dari atas. Suasana sangat nostalgic dan tenang.

Hari Kesembilan
Kanazawa Exploration
Kanazawa penuh dengan warisan budaya Jepun lama. Kita melawat Kenrokuen Garden yang dianggap antara taman paling cantik di Jepun, kemudian berjalan di Higashi Chaya District yang masih mengekalkan rumah teh dan suasana zaman Edo.

Hari Kesepuluh
Kanazawa - Ine
Perjalanan ke Ine membawa kita ke Amanohashidate, salah satu view alam paling unik di Jepun. Selepas itu kita tiba di Ine, perkampungan nelayan dengan rumah bot di atas air yang sangat rare dan tidak ramai pelancong biasa sampai.

Hari Kesebelas
Ine Exploration
Hari santai di Ine menikmati kehidupan tepi laut yang tenang. Kita naik bot menyusuri Teluk Ine untuk melihat Funaya dari perspektif air, kemudian berjalan di kampung untuk merasai sendiri kehidupan nelayan yang masih kekal tradisional.

Hari Kedua Belas
Ine - Osaka
Dalam perjalanan ke Osaka, kita singgah di Miyama Kayabuki no Sato, kampung jerami yang sangat klasik dan tenang. Kemudian tiba di Osaka untuk menikmati suasana malam di Dotonbori yang penuh cahaya, makanan dan tenaga bandar besar.

Hari Ketiga Belas
Kyoto Exploration
Kyoto memperlihatkan sisi Jepun yang paling klasik dan memukau. Kita memulakan hari di Sannenzaka dan Ninenzaka, lorong batu bersejarah yang dipenuhi bangunan tradisional, kedai-kedai unik dan suasana Kyoto zaman dahulu. Dari sini, kita dapat menikmati pemandangan ikonik Hokan-ji Temple (Yasaka Pagoda) yang menjadi antara lokasi fotografi paling terkenal di Jepun. Sambil berjalan santai di kawasan ini, setiap sudut menawarkan pengalaman budaya, seni bina dan pemandangan yang membuatkan anda terasa seolah-olah kembali ke era lama Kyoto.

Hari Keempat Belas
Osaka Exploration
Osaka menutup kembara dengan gabungan sejarah, budaya dan suasana bandar yang hidup. Kita memulakan hari di Osaka Castle Park, simbol kebanggaan Jepun dengan latar sejarah yang kuat dan taman yang luas untuk bersantai. Kemudian perjalanan diteruskan ke Shinsekai, kawasan retro yang penuh karakter lama Osaka. Menjelang malam, kita menikmati keindahan dan tenaga tanpa henti di Dotonbori, dengan lampu neon, sungai bandar dan deretan makanan jalanan yang menjadikan Osaka begitu ikonik dan tidak pernah tidur.

Hari Kelima Belas
Osaka - Kuala Lumpur/Singapura
Bergantung kepada masa penerbangan, kita akan bersedia untuk perjalanan balik dari Kansai International Airport pada hari ini.

Hari Keenam Belas
Kuala Lumpur/Singapura
Ketibaan di Kuala Lumpur/Singapura. Semoga pengembaraan selama 16 hari kita merentas negara matahari terbit ini menjadi satu memori terindah. Jika rindu, bolehlah lihat semula gambar-gambar kualiti tinggi bidikan kapten sepanjang trip.
Share
