Skip to product information
1 of 20

ICELAND RINGROAD & WESTFJORD

ICELAND RINGROAD & WESTFJORD

Tarikh Kembara

Tarikh terbuka mengikut kelapangan masa anda. Kembara ini sesuai di lakukan ketika musim panas antara bulan 5-8 sahaja. Jika anda mempunyai minimum 5 orang, boleh terus hubungi kami di talian ini (+6010 667 2731 Alya) untuk dapatkan info lanjut.

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai dan tidak lasak, ada beberapa destinasi yang memerlukan kita berjalan kaki sedikit dari kawasan letak kenderaan ke destinasi (contoh seperti kawasan air terjun, dan ice cave). Aktiviti yang dinyatakan di dalam ini adalah sebagai pilihan (optional) sahaja.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 28,800 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 27,800 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 16,600 per pax
Bayi: RM 3,000 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 9,100 per pax
Kanak-kanak (4-11 tahun): SGD 8,700 per pax
Kanak-kanak (2-3 tahun): SGD 5,300 per pax
Bayi: SGD 1,000 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Entrance Fee
  • Aktiviti Pilihan
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara

Iceland, salah satu negara sub Artik yang penuh dengan keajaiban lanskap dan fenomena semulajadi yang tidak wujud di negara lain di dunia. Negara yang baru sedekad tersohor dalam pelancongan, dan syurga kepada jurugambar, pemandu 4WD dan juga yang sukakan negara yang sejuk. 

Hari Pertama - Kedua 

Kuala Lumpur/Singapura - Keflavik 

Iceland terletak di salah satu lokasi paling utara di Dunia. Penerbangan dari Malaysia/Singapura akan mengambil masa 2 hari 1 malam dengan 2 transit. Kerana lokasinya di penghujung dunia, landskap luar biasa tidak terlihat sedang menanti kita. Kita mungkin tiba lewat di Iceland dan pada malam pertama kita akan menginap di lokasi berdekatan dengan lapangan terbang sahaja.

Hari Ketiga

Keflavik - Reykavik - Selfoss

Selesai berehat dari perjalanan yang panjang, kita teruskan perjalanan ke sebuah bandar kecil Selfoss. Perjalanan tidak jauh sekitar 1 jam 20 minit sahaja tetapi sebelum ke Selfoss kita akan ke bandar utama Iceland iaitu Reykavik. Bandar yang sekitar besar Seremban tetapi kurang padat dan lengang, di sini kita juga akan mengambil stok barangan makanan untuk perjalanan kita yang seterusnya.

Hari Keempat

Selfoss - Landmanalaugar - Selfoss

Hari ini perjalanan amat menarik, kita menaiki 4x4 menuju ke kawasan Iceland Outback. Kawasan pergunungan yang sangat cantik dengan gunung bersalji, mata air panas, tasik berwarna turqoise. Untuk ke sini tiada laluan bertar di sediakan, hanya F-road iaitu laluan gravel, kerana itu hanya kenderaan 4x4 dibenarkan untuk melalui kawasan ini. Seharian kita menikmati kawasan yang masih tidak terusik dengan pembangunan dan ada masanya kereta kita akan merentasi sungai, pastinya pengalaman yang sukar kita lupakan. Di mana ada lokasi yang cantik kita akan berhenti untuk makan tengahari dengan landskap yang luar biasa, sekali sekali akan ada kambing biri-biri akan datang menyapa.

Hari Kelima

Sellfoss - Hofn

Perjalanan hari ini agak panjang tetapi menarik kerana kita akan menyinggah di bebeberapa lokasi terkenal seperti Seljalandfoss, Ship wreck dan juga Black Sand Beach. Kesemua lokasi ini menjadi terkenal kerana video klip lagu Gerua oleh Shah Rukh Khan. Di Seljalandfoss jangan lupa bawa baju hujan kalau tak nak kuyup bila kita melalui belakang air terjun ini. Di Ship wreck pula jika dahulu kita perlu berjalan kaki jauh,tapi kini sudah ada coaster yang selesa boleh kita naiki dengan bayaran tambahan. Destinasi terakhir kita pada hari ini pantai pasir hitam akan membuat kita terkesima melihat formasi gunung di pantai dan butiran pasir hitam yang sangat unik terbentuk kerana gunung berapi. 

Hari Keenam

Hofn - Egilsstadir

Destinasi kita hari ini pertama adalah ke Jokursolun, di sini kita akan terkesima melihat keajiban fenomena alam yang diciptakan Allah. Pecahan glacier dari glacier terbesar di Iceland terdampar di sebuah lagoon. Perlahan-lahan ketulan ais ini akan dihanyutkan ke laut kemudian terdampar semula ke pantai menjadi pantai berlian. Tempat wajib kita pergi bila ke Iceland. Kita teruskan perjalanan ke Stockness, di sini kita akan mengalami pengalaman berjalan di atas air tanpa tenggelam. Luar biasa sekali lanskap dan alam yang tercipta di sini. Perjalanan masih panjang untuk tiba ke Egilsstadir, kita mungkin akan tiba lewat tetapi jangan risau kita akan bermalam 2 hari di sini.

Hari Ketujuh

Eastjord exploration

Sepanjang hari ini kita akan "get lost" berjalan meneroka kawasan jejari pergunungan di bahagian timur Iceland ini. Antara lokasi yang kurang dilawati tidak dikenali menanti kita untuk di terokai keindahan yang masih tidak terusik.

 

Hari Kelapan

Egilsstadir - Akureyri

Dari timur kita ke bandar kedua terbesar di Iceland terletak di utara Iceland. Perjalanan membawa kita ke kawasan dalam Iceland yang tidak berpenghuni, kiri kanan terlihat gunung ganang dan tanah lapang seluas mata memandang. Di antara perjalanan kita berhenti sebentar di sebuah kedai kopi unik di tengah lapangan yang tidak berpenghuni. Juga station geothermal akan kelihatan di dalam perjalanan kita, jangan terkejut jika ada bau lain macam menganggu deria bau kita kerana itu bau dari station geo thermal. 

Hari Kesembilan

Akureyri activity day

Kita ada seharian di Akureyri, boleh ambil kesempatan untuk membuat aktiviti seperti berkuda, melihat ikan paus atau memancing. Bergantung pada cuaca kita juga boleh sekadar duduk mengirup kopi panas sambil melayan kedamaian bandar Akureyri. Terletak di antara banjaran, bandar ini persis bandar Queenstown di New Zealand. Tenang, dan mendamaikan.

Hari Kesepuluh

Akureyri - Stadur

Selatan sudah, timur pun sudah, utara selesai, harini kita mulakan perjalanan ke bahagian barat Iceland pula, WestFjord. Dari Akureyri kita tidak lalu laluan biasa tetapi kita naik ke perkampungan nelayan yang cantik di Siglofjodur. Ambil masa untuk melihat bagaimana nelayan di sini menangkap ikan, nikmati hidangan ikan segar mereka dan ambil foto di salah satu kampung nelayan tercantik di Iceland ini.

Hari Kesebelas

Stadur - Isafjordur

Bermulanya perjalanan di kawasan Westfjord, kita akan melalui jejari pergunungan bersalji, sekali sekala kita akan di sapa dengan puluhan waterfall di kiri dan kanan. Jika cuaca baik kita berhenti di mana-mana kawasan cantik untuk mencicip secawan kopi di tepi laut bertemankan gunung bersalji. Malam ini kita akan menginap di kampung nelayan klasik yang bukan kawasan pelancongan.

 

Hari Kedua Belas

Isafjordur - Hagi

Explorasi Westfjord diteruskan, kita teroka bahagian bawah Westfjord ini dan antara lokasi menarik akan kita jejaki, kapal laut yang ditinggalkan, kawasan pergunungan yang kita akan naiki tanpa perlu berpeluh dan melihat landskap Westfjord dari atas, bagaimana gunung dan laut bertemu yang menjadi habitat ikan paus.

Hari Ketiga Belas

Hagi exlporation

Di kawasan ini jika kita mahu, kita boleh memancing dengan bot kecil dan kelaut melihat ikan paus dengan bot nelayan tempatan. Kawasan ini memang kurang dikunjungi pelancong komersial. Orang di sini juga sangat mesra dan ramah untuk kita bersilaturahim. Berbeza dengan bahagian lain di Iceland, terdapat banyak lokasi menarik yang tidak terkenal tidak ada di dalam google maps yang akan kita terokai bersama.

Hari Keempat Belas

Hagi - Reykavik

Kita kembali semula ke bandar Reykjavik, hari terakhir sebelum kita berlepas pulang esoknya. Boleh ambil masa untuk mendapatkan souviner jika mahu tetapi di Iceland mungkin tiada LV/Prada mahupun barangan yang unik untuk kita bawa pulang sebagai cenderahati, tetapi yang paling kita ingati adalah lanskap luar biasa tidak terjumpa di negara lain dan keramahan penduduknya. Semua memori ini akan dirakam indah oleh kapten-kapten kami.

Hari Kelima Belas - Keenam Belas  

Reykavik - Keflavik - Kuala Lumpur/Singapura

Sedar tak sedar sudah 2 minggu kita mengembara mengelilingi Iceland. Walaupun penerbangannya panjang tetapi pastinya tersenyum terkenang kembali pengalaman kembara kita yang luar biasa. InsyaAllah kita akan tiba di negara kita hari esoknya.

 

View full details