FAROE ATLANTIK - THE ISLAND OF MAYBE
FAROE ATLANTIK - THE ISLAND OF MAYBE
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
11 Hari 9 Malam
15 Mei - 24 Mei 2026
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai dan tidak lasak. Aktiviti yang dinyatakan di dalam ini adalah sebagai pilihan (optional) sahaja.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: RM 25,000 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun):
Kanak-kanak (2-4 tahun):
Bayi:
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: SGD 7,700 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun):
Kanak-kanak (2-4 tahun):
Bayi:
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan Antarabangsa & Domestik
- Pengangkutan
- Penginapan
- Makan Half Board
- Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
- Sweater Exclusive Rarecation
- Luggage Cover Limited Edition
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
- Perbelanjaan Sendiri
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
Kembara Atlantik : Faroe Island, The Land of Maybe
Nama yang jarang disebut dalam dunia wisata. Baru 10 tahun negara di tengah Atlantik ini membuka pintu kepada pelancongan. Seperti sebuah kampung tradisional yang tidak dicemari budaya moden namun terletak di antara Iceland dan Scotland. Gelaran The Island of Maybe hanyalah gelaran orang tempatan yang biasa akan menjawab MAYBE jika soalannya "Esok sampai ke Faroe Island kan?" -- Mereka akan jawab MAYBE. Kerana cuacanya yang eratik namun cantik, membuatkan kadangkala penerbangan juga terpaksa ditunda.
Faroe seperti syurga yang baru mengenali pelancongan. Masih asli dan setiap tahun, akan ada 3 hari istimewa yang dipanggil "CLOSED FOR MAINTENANCE". Apabila waktu ini, seluruh dunia berkumpul dan 3 hari itu, tiada pelancongan kerana 3 hari itu, sukarelwawan seluruh dunia akan bekerja untuk memulihara Faroe dari kesan pelancongan.
Tak pernah traffic jam
Tak pernah mengecewakan
Ke mana sahaja sudut kepulauan ini, bibir kita akan bertasbih.
Satu-satunya destinasi yang Tuan CEO Saiful Nang dan COO Syibli Fakih pergi dan bila ditanya apakah tarikan utama di Faroe Island?
Jawapannya...SEMUANNYA ADALAH TARIKAN.
Kerana setiap sudut pulau ini, UNIK dan tiada di tempat lain.
Day 1: Kuala Lumpur/ Singapura – Copenhagen
Perjalanan bermula! Kita akan berlepas dari Kuala Lumpur/Singapura menuju Copenhagen, ibu negara Denmark. Tiada jalan pintas ke Faroe. Minima bertukar 3 penerbangan dari Malaysia / Singapura ke Copenhagen sebagai pintu masuk utama ke Faroe.
Day 2: Tiba di Copenhagen
Trip ini untuk orang yang mahu relaks bukan yang nak kejar-kejar pergi banyak tempat dalam waktu singkat. Tunggu seharian untuk penerbangan ke Faroe esoknya. Sampai di Copenhagen kita ke Pusat Bandarnya dan menginap semalaman di sini. Sempat lah kalau nak naik cruise di Nyhavn pusing satu bandaraya. Ini Bandaraya paling menghormati orang asing. Kita akan rasai keramahan mereka. Berehat dahulu di sini, ada masa untuk healing jetlag sebentar. Yang nak ikut buat kerja gila, kita boleh terjun di terusan yang banyak di Copenhagen. Ya, mereka benarkan. Cuma kalau terjun masa musim sejuk, mungkin orang pandang kita macam tak berapa betul. Disebabkan Faroe ialah Island of Maybe, bersedia sahaja jika penerbangan kita ditunda waktu dan ada kala ditunda hari bergantung pada cuaca Faroe.
Day 3-10: Faroe Island
Mungkin dalam banyak pakej kembara Rarecation, itinerary ini paling mudah ingat. Faroe ialah Island of Maybe. Perancangan biasa di buat hari ke hari. Pulau ini sangat cantik di mana sahaja kita pergi. Namun apabila angin bertiup dari Selatan, kita akan ke Utara. Jika angin bertiup dari barat, kita ke timur. Semua itu berubah ikut hari.
Namun berikut ialah milestone yang akan kita lakukan dan pergi sepanjang berada di sana nanti.
1. Memancing di Nolsoyarfjordur (pilihan)
2. Air terjun majestik Mulafossur
3. Kampung Gasadalur
4. Rumah bumbung rumput dengan pemandangan cantik di Bour
5. Traelanipa (Perlukan kekuatan kaki untuk trekking tanpa mendaki)
6. Kampung Tjornuvik
7. Saksun
8. Gjorv
9. Elduvik
10. Torshavn
Dan banyak lagi tergantung cuaca. Yang paling menarik, Faroe Island ialah tempat yang kita boleh berkampung di satu tempat yang sangat cantik dan menghabiskan masa hanya di situ dan di sekitarnya secara berjalan kaki sahaja. Untuk tahu lebih, cerita sahaja dengan kapten atau trip konsultan kami, banyak yang mereka tahu kerana kami BUKAN AGEN tetapi kami juga traveler seperti anda semua yang dah pernah ke sini. Kami boleh cerita setepat mungkin dan bukan sekadar dari tengok gambar.
Day 10 : Faroe - Copenhagen
Terbang pulang bermula hari ini dengan persinggahan di Copenhagen. Sempat jika masih nak jalan-jalan melihat pemandangan malam semasa di Kotaraya ini. Berehat-rehat sementara menanti penerbangan pulang esoknya.
Day 11 : Copenhagen ke tanah air masing-masing
Selamat tinggal kenangan manis. Kita jumpa lagi di kembara akan datang.
Explorasi Gastro
Tak perlu risau, Chef Rarecation juga gembira ada banyak lamb, ayam dan semestinya ikan-ikan segar di Faroe yang halal. Di Faroe, mereka makan ikan yang hari ini atau semalam ditangkap. Melangkau 2 hari, mereka kata dah patut dibuang atau dikeringkan. Salmon di sini juga salmon terbaik dunia kerana salmonnya diternak di laut secara organik. Pada waktu tengahari kita lihat nak explore mana fish & chip yang paling segar dan baik.
Perlu diingatkan, Faroe Island perlukan kesihatan dan kecergasan aras pertengahan. Mudahnya jika boleh melangkah 10,000 step sehari, anda sangat sesuai untuk ikuti trip ini. Jika tidak, masih ada masa untuk berlatih.
Ubah persepsi bahawa hujan itu cuaca buruk. Faroe Island ini cantik ketika hujan, mendung dan cerah. Apapun keadaannya, kita tetap ada cara untuk enjoy
Share


















