Skip to product information
1 of 18

ALPS GOLDEN CIRCLE

ALPS GOLDEN CIRCLE

Tarikh Kembara

29 Apr - 11 Mei 2024 (FULL)
05 Sept - 17 Sept 2024 (FULL)
07 Oct - 19 Oct 2024
21 Oct - 02 Nov 2024
27 Nov - 09 Dec 2024
10 Dec - 22 Dec 2024

21 Apr - 02 Mei 2025

Maklumat Kembara

Penginapan:  Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai dan tidak lasak.

Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: RM 17,200 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 15,300 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 12,100 per pax
Bayi: RM 3,500 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)

Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)

Dewasa: SGD 5,600 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 4,900 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 4,000 per pax
Bayi: SGD 1,100 per pax

*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut

Info Pakej

Harga Pakej Termasuk

  • Tiket Penerbangan
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Makan Half Board
  • Travel Insurance (Warganegara Malaysia Sahaja)
  • Sweater Exclusive Rarecation
  • Luggage Cover Limited Edition

Harga Pakej Tidak Termasuk

  • Aktiviti Pilihan
  • Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
  • Perbelanjaan Sendiri

Jadual Perjalanan Kembara



Hari Pertama - Kedua

Kuala Lumpur/Singapura - Milan - Venice

Perjalanan kita akan dimulakan dengan penerbangan dari Kuala Lumpur/Singapura, menyusuri langit biru menuju bandar fesyen Milan yang menawan. Tiba di sana, kita melanjutkan perjalanan ke Venice, kota yang berjarak sekitar 3 jam dari Milan. Di sini, kita akan bermalam untuk merasakan pesona keindahan Venice.

Hari Ketiga 
Venice

Hari ini seharian kita meneroka keindahan kota Venice, bandar terapung yang merentasi zaman dengan senibina berusia berabad-abad. Apabila penat, kita ambil waktu untuk menikmati secawan kopi di tepi Grand Canal, memerhatikan barisan Gondola yang lembut meluncur melalui alur air yang mempersona, diterangi sinar mentari pagi. Setiap sudut kota Venice ini tersangat unik dan indah menanti untuk diabadikan dalam lensa kamera. Tak perlu gusar, kerana Kapten Rarecation siap untuk mengabadikan kenangan indah kita di sini.

Hari Keempat 
Venice - Hallstat

Dari Kota terapung kita teruskan perjalanan ke Austria, perjalanan sekitar 4 jam namun membawa kita ke persinggahan yang cantik ke laluan-laluan unik dikawasan pergunungan Alps.

Hari Kelima
Hallstat

Waktu untuk melihat sendiri keindahan kampung yang pernah dinobatkan antara kampung tercantik di dunia. Kampung yang menjadi salah satu tempat penghasilan garam utama pada zaman dahulu tersergam indah di tepi tasik berlatarbelakangkan puncak gunung bersalji. Kita berjalan kaki sahaja ke sini, menikmati kedamaian yang dibawa di kampung ini, sekali sekala ada sekawan Swan jinak datang menegur dan jangan tak tahu swan di sini mesra kamera. Boleh sahaja kita bergambar bersama mereka tapi hati-hati jangan sampai tergigit dengan mereka. Lewat petang kita nikmati keindahan sang mentari yang perlahan-lahan tengelam diantara gunung bersalji mengucapkan selamat tinggal kepada kita. Esok perjalanan kita ke German bermula.



Hari Keenam
Hallstat - Munich

Dari Austria kita menuju ke Munich, German, namun sebelum tiba di salah satu kota besar Eropah ini kita singgah dahulu di Salzburg, kota garam yang terkenal dengan Mozart dan juga filem "The Sound of Music".



Hari Ketujuh
Munich - Schwangau

Seawal pagi kita melawat keindahan istana legenda yang menjadi inspirasi kepada kisah Cinderella, Neuschwanstein Castle. Istana ini terletak di atas gunung bersalji menangkap imaginasi kita apabila berada di sini. Menjadi ikon kepada Bavaria dan destinasi wajib singgah bila kita ke sini. Untuk ke atas ini kita boleh memilih sama ada untuk menaiki kereta kuda atau hiking ke atas menikmati kehijauan gunungnya dengan lebih dekat.

Di petang hari kita ke Munich pula, bandar yang menjadi pertembungan keindahan senibina klasik ratusan tahun bersama tamadun moden yang masih memelihara sejarah dan tradisi asal.



Hari Kelapan
Munich - Bolzano

Kita teruskan perjalanan ke pergunungan Alps di Itali, perjalanan sekitar 4 jam lebih kita akan dijamu dengan landskap pergunungan bersalji dan kawasan perkampungan utara Itali, destinasi yang kurang di kenali dan dikunjungi namun menyimpan keindahan yang luar biasa dan mendamaikan.



Hari Kesembilan
Italian Alps Adventure

Kita akan sambung meneroka keajaiban kawasan perkampungan di pergunungan Itali ini, tasik umpama cermin berwarna turqoise berlatarbelakangkan gunung bersalji menanti kita. Menelusuri kawasan kampung ini sekali sekala kita ditegur oleh sekawan kambing biri-biri meragut di lapangan hijau seluas mata memandang. Sekali sekala terlihat warganya berbasikal keliling kampung dan menghirup kopi panas sambil menikmati cahaya matahari, inilah kedamaian kampung Itali di pergunungan Alps yang tidak di komersialkan.



Hari Kesepuluh 
Bolzano - Lake Como

Tasik Como, terletak di Lambordy adalah tasik yang terhasil dari cairan glacier ini indah dengan warna biru yang menenangkan. Ini destinasi kita hari ini, menariknya kita akan bermalam selama 2 malam di sini. Tasik Como juga adalah destinasi utama ramai selebiriti terkenal dunia untuk bercuti.



Hari Kesebelas
Lake Como - Milan

Sebelum berangkat pulang keesokkan harinya, kita ambil peluang melawat Milan, kota fesyen dunia. Selain dari kecantikan di Duomo, kita ambil peluang juga untuk membeli cenderamata sebagai kenangan perjalanan kita.



Hari Kedua Belas - Ketiga Belas
Lake Como - Milan - Kuala Lumpur/Singapura

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan kita, dari kota terapung Venice, sehingga ke pergunungan alps di Austria, Itali dan German. Pastinya 1001 kenangan indah sudah tersemat. Lebih mengusik perasaan bila setiap perjalanan kita di rakam indah oleh Kapten Rarecation. Penerbangan pulang sekitar 18-20 jam dan kita akan tiba di tanah air pada keesokkan harinya.

 

View full details