ALBANIA & MACEDONIA
ALBANIA & MACEDONIA
Tarikh Kembara
Tarikh Kembara
13 hari 10 Malam
07 - 19 May 2026
Maklumat Kembara
Maklumat Kembara
Penginapan: Local House / Apartment
Makan: Half Board
Pengangkutan: MPV
Kategori kembara: RARE - Kembara dengan kumpulan kecil 10-12 orang, tidur di penginapan seperti apartment, local house dan berjalan menggunakan MPV. Trip santai sahaja dan tidak lasak.
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Harga Pakej - Pergi/Balik KLIA (Malaysia)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: RM 17,250 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): RM 14,750 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): RM 11,750 per pax
Bayi: RM 3,500 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Harga Pakej - Pergi/Balik Changi Airport (Singapura)
Full Package (Dengan Tiket Penerbangan)
Dewasa: SGD 5,540 per pax
Kanak-kanak (5-11 tahun): SGD 4,750 per pax
Kanak-kanak (2-4 tahun): SGD 3,850 per pax
Bayi: SGD 1,200 per pax
*Rarecation juga menyediakan pakej Ground (tanpa tiket penerbangan). Sila hubungi pegawai kami untuk info lanjut
Info Pakej
Info Pakej
Harga Pakej Termasuk
- Tiket Penerbangan
- Pengangkutan
- Penginapan
- Makan Half Board
- Travel Insurance (Penerbangan dari Malaysia Sahaja)
- Sweater Exclusive Rarecation
- Luggage Cover Limited Edition
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Aktiviti Pilihan
- Makan Tengahari dan Makan Luar (Sendiri)
- Perbelanjaan Sendiri
Jadual Perjalanan Kembara
Jadual Perjalanan Kembara
Membelah Tirai Balkan: Menelusuri Albania & Macedonia Utara
Jauh dari laluan biasa pelancong, terselit dua negara Balkan yang jarang masuk senarai — Albania dan Macedonia Utara. Tapi siapa sangka, di balik nama yang asing ini, terbentang dunia yang sungguh luar jangka: masjid berukir bagai lukisan hidup, kota batu yang menyimpan kisah cinta dan dendam, dan tasik purba yang tenangnya menggetar rasa.
Hari Pertama - Kedua
Kuala Lumpur/Singapura - Tirana - Shkoder
Penerbangan kita menuju ke Tirana dari Kuala Lumpur/Singapura.
Perjalanan pada hari ketibaan akan membawa kita terus ke Shkoder selepas tiba di Tirana.
Hari Ketiga
Shkoder - Theth Valley
Theth Valley ni ibarat permata tersembunyi di utara Albania yang terletak dalam pelukan Pegunungan Alpen Albania. Penduduk tempatan mengggelarnya Bjeshkët e Namuna atau The Accursed Mountains. Namanya sahaja yang agak seram, tetapi pemandangannya memang luar biasa. Lembah ini dipagari tebing batu curam, sungai biru jernih dan rumah-rumah batu tradisional yang seolah-olah beku dalam zaman. Bila melangkah masuk ke Theth, serasa macam kembali ke dunia yang belum terusik dek arus kemodenan.
Dari Shkoder, perjalanan ke Theth memang mencabar, berliku dan berbatu. Tapi itulah yang menambah serinya. Sebaik tiba, Theth akan menyambut kita semua dengan air terjun memukau, gereja kayu kecil yang ikonik, dan Tower of Isolation yang penuh misteri.
Hari Keempat
Eksplorasi Shkoder
Shkoder adalah seperti pintu gerbang ke utara Albania, kota lama yang pernah menjadi nadi penting sejak zaman Illyrian lagi. Terdapatnya sebuah Tasik Shkoder yang tenang berlatarbelakangkan banjaran gunung-ganang, Bandar Shkoder ini agak tenang walau sarat dengan sejarah.
Antara tempat yang wajib kita singgah tentulah Ruzafa Castle iaitu kubu purba di atas bukit yang menghadap tasik, sungai dan kota. Kemudian kita boleh tenangkan jiwa di tepi Pantai Shkoder yang santai, atau mengayuh basikal keliling tasik sambil singgah makan byrek panas.
Hari Kelima
Shkoder - Tetovo - Mavrovo
Dari Shkoder, kita akan mendaftar keluar penginapan dan menyeberang ke Macedonia Utara. Perjalanan ke Tetovo mengambil masa lebih kurang 4 jam jika memilih laluan pergunungan yang indah. Di Tetovo, kita singgah di Masjid Šarena Džamija yang terkenal sebagai masjid dengan corak dinding berwarna-warni, hasil seni tangan sejak abad ke-15.
Selepas mencuci mata dan merakam gambar kenangan, kita sambung perjalanan ke Mavrovo. Mavrovo yang sejuk dan tenang dalam kawasan taman negara sangat sesuai untuk kita berehat semalaman sebelum mengembara esoknya ke Ohrid.
Hari Keenam
Mavrovo - Ohrid
Selepas mendaftar keluar penginapan di Mavrovo, kita akan menuju ke Ohrid. Perjalanan kita nanti sekitar 2 jam dari Mavrovo. Ohrid merupakan tempat penuh aura sejarah, tasik jernih dan angin yang membisikkan cerita lama.
Ohrid ini ibarat permata Macedonia. Tenang tapi sarat sejarah dengan tasik sejernih kristal yang diiktiraf UNESCO. Bila berdiri di tepi Lake Ohrid, terasa seolah-olah masa bergerak perlahan. Kombinasi bot-bot kecil dan suasana desa menjadikan tempat ni syahdu dan berjiwa. Kita mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di Old Town sambil mata mencuri pandang mutiara Ohrid yang terkenal di sini.
Hari Ketujuh
Ohrid - Gjirokaster
Kita akan ke Albania melalui Bilisht, lalu menyusuri jalan desa yang tenang menuju kawasan selatan Albania. Perjalanan ini mungkin lebih lama sedikit, tapi imbalannya ialah kampung-kampung Muslim, landskap lembah dan gunung yang nyaman untuk mata dan hati.
Jika berkesempatan, kita singgah rehat di kawasan Permet yang terkenal dengan Benjë Thermal Baths dan jambatan purba Ottomani. Kawasan ini juga lebih mudah untuk solat dan mencari makanan halal. Menjelang petang, kita tiba di Gjirokaster, kota batu bersejarah yang bersedia menyambut malam kita dalam suasana klasik Albania.
Hari Kelapan
Albanian Riviera
Dari Gjirokaster, kita akan mulakan perjalanan ke Llogara Pass, laluan puncak yang menyajikan pemandangan laut biru kehijauan dari ketinggian yang memukau. Kita akan singgah di Sarande untuk makan tengah hari dan solat. Semasa dalam perjalanan balik ke Gjirokaster, kita akan singgah di Blue Eye, mata air biru jernih yang muncul dari perut bumi. Satu hari yang penuh dengan penerokaan alam dan aura luar biasa!
Hari Kesembilan
Gjirokaster - Berat
Usai mendaftar keluar penginapan di Gjirokaster, kita akan memulakan perjalanan menuju ke Berat, si bandar putih berhias rumah Ottoman bertingkat-tingkat di lereng bukit. Berat memang tempat yang sesuai untuk perlahan sekejap. Seharian di sini bukan bermakna kosong, tapi peluang nak rasa hidup gaya klasik: jalan kaki atas batu cobblestone, duduk minum kopi di tepi sungai Osum dan merasai makanan tempatan dalam suasana yang damai. Kita juga akan meneroka Berat Castle yang masih berpenghuni.
Hari Kesepuluh
Berat - Osumi Canyon
Kita akan ke Osumi Canyon yang merupakan khazanah alam paling memukau di Albania. Tebing-tebing tinggi menjulang dengan sungai yang mengalir jernih di bawahnya, menjadikan lokasi ni destinasi sempurna untuk ambil angin dan tangkap gambar paling drama. Lepas puas bergambar dan cuci mata, kita kembali semula ke Berat.
Hari Kesebelas
Kruje - Tirana
Kita akan ke Kruje, nadi kebanggaan Albania berdenyut dan merupakan pekan warisan pahlawan Skanderbeg. Ada bazar lama, istana purba, dan suasana tenang desa gunung yang menyegarkan jiwa. Andai keadaan cuaca mengizinkan dan semangat masih menyala, ada satu viewpoint tersembunyi di banjaran Albania yang mungkin sempat dijeling dari jauh.
Seterusnya kita ke Laknas – kawasan pinggir yang tenang, sesuai sebagai noktah sebelum pulang ke dunia sebenar.
Hari Kedua Belas - Hari Ketiga Belas
Tirana - Kuala Lumpur/Singapura
Usai solat subuh dan sarapan pagi hari terakhir di Laknas, kita akan mengemas barang sebelum kita check-out dari penginapan dan bergerak ke airport. Sekiranya ingin bersiar-siar sekitar hotel buat kali terakhir, inilah masanya sebelum kita sama-sama menuju ke Tirana Airport.
Alhamdulillah, tanpa sedar hampir selesai sudah pengembaraan kita bersama di Albania & Macedonia. Pastinya pelbagai kenangan yang akan kita bawa pulang bersama. Paling utama, kita pulang sebagai sebuah keluarga yang besar dan bukan lagi orang asing kerana ukhwah yang telah pun terbina sepanjang kita mengembara bersama.
Share


























































