Skip to product information
1 of 16

TURKI RARE

Regular price RM12,800.00
Regular price Sale price RM12,800.00

30 Sept - 12 Oct 2022 
14 Oct - 26 Oct 2022 (FULL)
28 Oct - 09 Nov 2022 (FULL)

2023 [Pendaftaran sudah dibuka]
31 May - 12 June 2023
15 Sept - 27 Sept 2023


Trip Turki Rare kita keluar dari destinasi yang terlalu 'biasa' buat warga Malaysia. Kita akan mengembara ke sisi Turki yang jarang sangat-sangat orang Malaysia pergi iaitu di wilayah Anatolia di kawasan Laut Hitam. Paling menarik, Trip RARE Turki, kita akan lihat landskap secantik Switzerland, Canyon dan Fjord yang hebat secantik Norway dan paling best, mudah untuk mendapatkan makanan halal dan sedap-sedap di Turki!

Hari Pertama 

Kuala Lumpur - Istanbul 

Penerbangan kita akan bermula dari KLIA ke Istanbul yang mengambil masa lebih kurang 11 jam dari Kuala Lumpur.

Flight bergantung kepada availability. Jika kita terbang menggunakan Turkish Airlines, tiada transit.

Hari Kedua

Istanbul - Trabzon - Uzungol 

Sebaik sahaja kita menjejakkan kaki di Istanbul Airport, kita akan ambil domestic transfer untuk flight ke Trabzon yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit penerbangan.

Di kota Trabzon, kita akan ambil sim card dan kemudian menikmati makanan tempatan di kota Trabzon. Sepanjang perjalanan ke Uzungol kita boleh lihat keindahan pantai Laut Hitam yang memukau dan 'Snow Capped Mountains' yang indah.

Kita akan melalui terowong-terowong dan melihat sungai-sungai di sebalik pergunungan di sepanjang perjalanan. Kita akan menginap di pekan Uzungol dan 'sight seeing' di sekitarnya.

Hari Ketiga 

Uzungol - Firtina - Zilkale 

Di perkampungan Uzungol kita boleh melihat keindahan Masjid berdekatan tasik yang dikelilingi "Snow Capped Mountains yang cantik". Kita berpeluang untuk menikmati "Cheese Kuymark" yang merupakan makanan tradisi masyarakat Trabzon yang sukar didapati di bahagian Istanbul sambil menikmati pemandangan yang memukau dari atas bukit.

Bergerak menuju ke Firtina, sebuah kawasan yang sangat memukau. Di sepanjang perjalanan kita mampu menikmati pemandangan indah gunung-ganang dan sungai-sungai yang jernih disamping menyaksikan jambatan-jambatan unik yang dibina di sekitarnya. 

Kita boleh bermain Water Rafting dan Zipline di Firtina. Juga kita ada pilihan untuk menikmati cay / kopi panas sambil menikmati keindahan sungai Firtina. Kemudian, perjalanan diteruskan menuju ke sebuah Istana Kuno sejak pemerintahan Uthmaniyyah yang dipanggil Zilkale di kaki bukit yang sangat cantik.

Kita akan menginap di Firtina.

*activity optional

Hari Keempat 

Firtina - Pokut - Camlihensin 

Dari Firtina kita akan sewa kenderaan 4wd untuk mendaki Pergunungan Pokut di wilayah Rize yang indah. Pemandangan yang memukau sambil melayan makanan tradisional dan teh Turki pastinya satu pengalaman indah yang ingin kita alami ketika di Turki.

Kita akan menginap di Cemlihemsin, sebuah kawasan penanaman teh secara meluas di wilayah Rize. 

Hari Kelima 

Camlihensin 

Bergambar di sekitar kawasan Camlihemsin dan kemudian kita akan menuju ke Kota Trabzon semula dan ke Sumela Monastery. Sebuah bangunan unik yang berada di tebing gunung yang curam. 

Bahagian malam kita boleh layan makan malam di sebuah restoran yang menyajikan kambing panggang dan makanan tradisional Trabzon yang lazat dan unik.

Hari Keenam 

Trabzon - Amasya 

Perjalanan dari Trabzon ke Amasya memakan masa selama lebih 7-8 jam. Namun, perjalanan sesuatu pengalaman yang sangat RARE di mana kita akan mampu menikmati keindahan alam di wilayah Laut Hitam ini. Kita akan berhenti singgah makan dan kemudian menginap di Amasya, sebuah kota bersejarah di mana tempat  'Crown Prince' Uthmaniyyah mendapat pendidikan awal satu ketika dahulu.

Hari Ketujuh 

Amasya - Sahinkaya - Amasya 

Perjalanan selama 1 jam 30 minit ke Sahinkaya pastinya unik. Di Sahinkaya kita mampu menikmati keindahan Canyon yang memukau tidak ubah seperti fjordland di Norway! Kita akan merentas tasik dengan feri kereta. Untuk sampai kemuncak, kita akan mendaki dalam 20-30 minit. 

Bagi yang rasa kaki sudah tak kuat untuk mendaki, jangan risau, kita juga boleh menaiki boat untuk menikmati keindahan fjord. Memang best! Jika berkesempatan, kita boleh juga picnic dan menikmati makanan melayu sambil melihat pemandangan fjord yang terbentang luas depan mata. 

Kita akan pulang semula ke penginapan Amasya dan belah malam kita boleh menikmati kecantikan pemandangan kota Amasya yang bercahaya dan unik.

 

Hari Kelapan 

Amasya - Cappadocia 

Perjalanan memakan masa selama 4 - 5 jam untuk sampai ke Cappadocia. Sebuah kawasan gurun unik yang dilindungi oleh UNESCO. Kita boleh menginap di dalam Hotel Gua yang unik.

Kita akan bawa ke pekan Avanos untuk menikmati Ice Cream Turkey yang unik dan juga cuci mata dengan Seni Seramik mereka yang halus dan unik. 

Hari Kesembilan 

Cappadocia - Avanos - Uchisar 

Kita boleh bermain ATV, Hot Air Balloon, Paragliding, Horse Riding ketika berada di Cappadocia. Selain itu, Kapten akan bawa peserta melihat Istana dan juga kubu pertahanan yang unik di mana ia dicipta dari tebukan batu-batu gunung di Cappadocia.

*aktivity optional

Hari Kesepuluh 

Cappadocia

Sekiranya pada hari sebelum cuaca tidak berapa baik, kita masih mampu menikmati pengalaman menaiki Hot Air Balloon. Aktiviti Jeep Safari juga antara pilihan terbaik yang kita boleh cuba ketika berada di Cappadocia.

Hari Kesebelas 

Cappadocia - Istanbul 

Kita akan buat serahan kereta sewa dan kemudian bergerak ke Istanbul menggunakan penerbangan domestik yang memakan masa 1 jam 15 minit sahaja. Kita akan check-in penginapan dahulu sebelum Kapten bawa membeli-belah di sekitar Istanbul sambil menikmati kecantikan kota Istanbul yang bersejarah.

Hari Kedua Belas 

Istanbul 

Kita boleh 'explore' kota bersejarah ini menggunakan pengangkutan awam. Eksplorasi berkonsepkan 'play like tourist' dan 'live like local' antara konsep yang menarik ketika berada di Istanbul. Kita akan 'experience' local food yang sedap, aktiviti-aktiviti yang menarik seperti visit ke bangunan2 bersejarah di Istanbul.

Hari Ketiga Belas 

Istanbul - Kuala Lumpur

Berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Proses pengambilan PCR Test akan dibuat 72 jam sebelum perjalanan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 


Harga Pakej Termasuk:

1. Tiket penerbangan international & domestic
2. Pengangkutan 
3. Penginapan 
4. Makan fullboard 
5. Travel insurance 
6. PCR Test (balik ke Malaysia)
7. Percuma 1 kelas fotografi Saiful Nang Academy
8. Sweater exclusive Rarecation 

Harga Pakej Tidak Termasuk:

1. Aktiviti pilihan
2. Makan luar (sendiri) 
3. Perbelanjaan peribadi