SOALAN UMUM

KENAPA 10 HARI 7 MALAM ?

Tempoh dan masa penerbangan akan mengambil masa 2 hari, tanpa mengira malam.

BOLEH SAYA PANJANGKAN LAGI KEMBARA SAYA ? PERGI AWAL ATAU PULANG LEWAT ?

Extend pergi awal atau balik lewat adalah dibenarkan, tetapi Rarecation tidak akan bertanggungjawab atas risiko yang dihadapi oleh peserta, dan segala kos penambahan adalah di atas tanggungan peserta. Kami juga boleh menguruskan perjalanan awal/lewat dari jadual, caj akan di kenakan 

APAKAH YANG TERMASUK DALAM PAKEJ ?

  1. Tiket penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke destinasi.
  2. Penginapan sepanjang kembara.
  3. Penggangkutan sepanjang kembara seperti yang telah dirancang (termasuk tol, minyak, parking tiket jika mengembara menggunakan kereta/motorhome)
  4. Insuran perjalanan (bagi yang mengambil pakej penuh)
  5. T shirt khas dari Rarecation (Limited edition)
  6. Kelas Asas Fotografi/smartphone fotografi percuma dari Saiful Nang Academy
  7. Sesi briefing sebelum pergi
  8. (sila semak dengan pegawai kami untuk pengesahan) 
  9. Makanan (Halfboard) sila semak dengan pakej kami

APA YANG TIDAK TERMASUK DIDALAM PAKEJ ? 

1. Kos Visa

2. Makan (kebiasaan makanan secara campcook dengan purata budget cuma sekitar RM350 bergantung pada kembara yang anda ikuti)

3. Penggangkutan yang tidak dirancang oleh Rarecation dan yang bergantung pada faktor cuaca. (feri, bot, berbasikal, cable car, kereta api, etc)

4. Aktiviti berbayar yang bergantung pada faktor cuaca (bot, mandi kolam air panas, berbasikal, etc)

5. Lokasi berbayar

BAGAIMANA DENGAN VISA ?

Ada kembara yang memerlukan visa, dan ada trip yang tidak memerlukan visa.

Harga visa adalah berbeza mengikut keperluan peserta, oleh hal yang demikian, yuran tidak termasuk visa.

Pihak Rarecation akan membantu dalam proses pengurusan visa, namun mengikut masa yang kami tetapkan.

MAKAN BAGAIMANA?

Makan kami berikan Half Board dan makan tengah hari tidak termasuk. Sila semak setiap trip untuk info lebih tepat

BERAPA ANGGARAN BUDGET UNTUK MAKANAN ? 

Bajet yang perlu disediakan adalah RM300 - 350 seorang untuk sepanjang trip bergantung kepada lokasi.

BERAPA ANGGARAN BUDGET UNTUK PERBELANJAAN PERIBADI ?

Untuk perbelanjaan peribadi, boleh disediakan RM500, cukup untuk beli ole-ole dan sebagainya. Melainkan anda mempunyai niat untuk memberanakkan beg anda. Bergantung kepada destinasi.

SAYA BERSAMA KAWAN, BUKAN PASANGAN, ADAKAH SAYA LAYAK MENDAPAT HARGA BERPASANGAN / ADA DISKAUN ? 

Boleh, Tuan/Puan/Cik layak mendapat diskaun (harga berpasangan) apabila menyertai kembara kami lebih dari 1 orang (berpasangan adalah termasuk suami-isteri, adik-beradik, sahabat baik, anak-beranak). 

SAYA SEORANG WARGA EMAS, TIADA HARGA KHAS ?

Mohon maaf tiada buat masa ini, tetapi boleh Tuan/Puan layak mendapat harga pasangan apabila menyertai kembara kami bersama pasangan/anak/rakan. 

ANAK SAYA BERUMUR 2 TAHUN 1 BULAN, PAKEJ APA YANG SESUAI UNTUK ANAK SAYA ? 

Untuk anak yang berumur 2 tahun dan ke atas, pakej adalah mengikut pakej untuk umur 2 - 11 tahun. Pakej mengikut umur semasa tarikh kembara tersebut. 

SAYA INGIN MEMBELI TIKET SENDIRI, ADA PAKEJ GROUND SAHAJA ?

Tiada masalah. Pakej Ground tidak termasuk travel insuran. Sila berhubung dengan pegawai kami, untuk khidmat nasihat waktu perjalanan. 

SAYA BUKAN DARI KUALA LUMPUR, BAGAIMANA DENGAN TIKET PENERBANGAN ATAU KOS PENGANGKUTAN DARI LOKASI SAYA KE KLIA ? 

Maaf, segala perbelanjaan peserta dari lokasi peserta ke KLIA/KLIA 2 adalah tanggungan peserta sendiri. 

SAYA DARI BRUNEI / SINGAPORE, BOLEH SAYA SERTAI KEMBARA INI ? 

Boleh tiada masalah, maklumkan kepada pegawai kami Tuan/Puan berminat untuk mengikuti kembara kami dari Malaysia atau dari negara Tuan/Puan. 

SAYA MEMPUNYAI INSURAN (ATAU TIDAK MAHU INSURAN). BOLEH SAYA DAPAT DISKAUN ?

Tidak. Setiap pakej kami sudah termasuk insuran, kecuali pakej ground. Peserta boleh memilih untuk mengambil insuran yang kami sediakan atau tidak. 

SAYA INGIN SEBILIK BERSAMA PASANGAN SAYA SEPANJANG KEMBARA.

Mohon Maaf. Bergantung pada kekosongan penginapan. Namun kami memang meletakkan keutamaan bagi pasangan dan keluarga. Jika anda memerlukan bilik bersama pasangan, boleh berhubung dengan pegawai kami, tetapi, mungkin ada kos tambahan yang akan ditanggung oleh peserta, sila rujuk pegawai kami.

BERAPA DEPOSIT UNTUK MENYERTAI KEMBARA RARECATION ? 

Deposit : RM3,000 - RM5,000 (bergantung kepada nilai kembara tersebut, sila semak dengan pegawai kami)

(Deposit tidak akan dipulangkan jika pembatalan dari pihak peserta) 

BAYARAN YURAN SECARA PENUH ATAU ANSURAN

Bayaran yuran boleh secara penuh atau secara ansuran.

Untuk ansuran, pembayaran adalah seperti berikut

  1. Deposit Penuh (harga mengikut pakej) 

  2. 100% dari harga pakej - 60 hari sebelum tarikh berlepas

Pihak kami menggalakkan pembayaran awal untuk mengelakkan sebarang kenaikkan harga pada harga tiket penerbangan. 

SAYA TERPAKSA MEMBATALKAN PENYERTAAN SAYA ATAS FAKTOR KECEMASAN, BOLEH SAYA DAPAT BALIK DEPOSIT SAYA ?

Pihak kami memohon maaf, sebarang pembatalan daripada pihak peserta deposit tidak dikembalikan.

SAYA BERMINAT DENGAN AKTIVITI TAMBAHAN KETIKA PROGRAM, BAGAIMANA?

Pihak kami memohon maaf, sebarang aktiviti tambahan berbayar yang tidak ada di dalam pakej kami berada di luar tanggungan kami. Aktiviti tambahan adalah seperti skydiving, island hoping, atau local guide tambahan. Namun pihak kami membenarkan aktiviti itu dijalankan dengan syarat ianya tidak menganggu aktiviti dan aturcara perjalanan asal.

ADAKAH KEMBARA INI UNTUK MUSLIM SAHAJA ? 

Tidak. Kembara kami di uruskan oleh Muslim dan kembara kami terbuka untuk semua pengembara diluar sana.

BOLEHKAH SAYA BERPISAH DARI GROUP UNTUK AKTIVITI SENDIRI ? 
(Tidak digalakkan, tetapi dibenarkan jika..)

Jika anda mempunyai aktiviti sendiri yang berada diluar dari jadual program kembara Rarecation. Tiada masalah untuk anda keluar dari aturcara Rarecation dan kembali semula ke dalam group selesai dari aktiviti anda. Namun segala perbelanjaan tersebut dibawah tanggungan peserta sendiri. Aktiviti tersebut juga tidak dibenarkan untuk menggunakan sewaan kenderaan yang telah ditetapkan.

ADAKAH SAYA PERLU MEMANDU ? BAGAIMANA DENGAN LESEN ? 

Kebiasaannya dalam 1 kembara dengan kereta atau motorhome, kita cuma memerlukan sekitar 4-6 orang pemandu dari 20 orang peserta yang menyertai.

Lesen memandu Malaysia boleh diguna pakai di negara-negara eropah (Swiss, Itali, Austria, German, etc) dan negara komanwel (Australia, New Zealand, India). Sila semak dengan pegawai kami untuk maklumat lanjut 

SIAPA KAPTEN UNTUK KEMBARA INI?

Dalam setiap trip akan ada seorang kapten atau 2 orang kapten bergantung kepada jumlah peserta di dalam setiap kembara.

Kapten merupakan seorang yang berkelayakan untuk membawa peserta dalam trip, dan mahir dalam bidang fotografi.