DSC01180
DSC01501
12191142_10208181305800105_7905139377007263814_o
27680369905_072667b40b_o
DSC07591
IMG_9202
DSC08009
IMG_9087
DSC05438

RATING KEMBARA RARECATION

PANDUAN PEMILIHAN KEMBARA OLEH RARECATION

 

Bermula dari bengkel fotografi luar negara, Rarecation berkembang menjadi sebuah konsep ​pengembaraan yang UNIK membawakan konsep pengembaraan dan bukan konsep melancong (free n easy) di dalam kembara kami. Dari yang muda hingga senior semakin ramai yang semakin berminat untuk menjadi sebahagian dari pengembara kami. Ramai yang seronok dan gembira dengan konsep kembara ini namun kami tahu konsep kembara ini bukanlah untuk semua orang.

 

Untuk menaikkan lagi mutu kembara kami dan memastikan pengembara kami tahu dan lebih memahami kembara kami. Di sini kami kongsikan tips bagaimana untuk memilih kembara kami yang sesuai untuk anda

WELL DONE

Untuk mereka yang ingin mengembara bersama kami ke lokasi rare namun mempunyai sedikit masalah kesihatan atau ingin membawa anak kecil. Kembara kami dengan kategori WELL DONE adalah untuk anda. Kembara ini kita tidak lasak, perjalanan yang tidak begitu jauh dan aktiviti yang tidak terlalu padat. 

MEDIUM RARE

Ingin membawa keluarga dan mahu juga mengalami pengalaman pengembaraan. Kembara MEDIUM RARE kami masih sesuai untuk keluarga dan anda masih dapat pengalami lokasi yang Rare. Jadual lebih padat namun kebiasaannya malam adalah Free n Easy. Pengembaraan pula dengan kereta atau pun Coaster.

RARE

Maaf untuk yang ini, kami tidak galakkan untuk membawa anak kecil atau yang mempunyai masalah kesihatan. Kembara kategori RARE ini mengikut cara pengembaraan orang tempatan. Seperti memandu sendiri, pemanduan melalui laluan kampung dan mengembara menaiki kenderaan awam. Di sesetengah kembara mungkin memerlukan aktiviti fizikal. Walaupun agak memenatkan namun setiap kepenatan itu sangat berbaloi dengan pengalaman yang kita perolehi.

EXTREME RARE

Untuk mereka yang betul betul mahukan cabaran dan keselesaan di letakkan faktor yang terakhir. Meneroka laluan yang sangat jarang dijejaki namun menjanjikan keindahan dan pengalaman yang sangat sukar untuk di temui. Tidur di dalam keretapi, menaiki jip , adakalanya kereta lembu atau kenderaan yang jarang di jumpai untuk tiba ke destinasi. Di destinasi pula, tiada hotel berbintang bintang di janjikan cuma cukup untuk rehat dan keselesaan yang ng mencukupi untuk kita meneruskan pengembaraan. Kembara ini kebiasaannya di beri nama "Explorer Trip". 

"Jadi pastikan anda memilih kembara yang sesuai untuk anda"