Search
  • akmalalamshah

Wartawan India punca krisis hubungan Pakistan-India hancur?



Pada jumaat, juruterbang Tentera Udara India yang dibebaskan Pakistan, Abhinandan Varthaman dilaporkan dipaksa merakam satu video mengkritik media di India kerana mengapi-apikan ketegangan antara kedua-dua negara.

Laporan pelbagai media antarabangsa menyebut, video tersebut turut memuji sikap profesional tentera Pakistan yang menahannya.

Laporan The Japan Times menyebut media di India mengkritik keras video berkenaan dan menyifatkannya jelik dan melanggar undang-undang berhubung tahanan perang.


Semakan di media sosial mendapati wartawan India, Sudhir Chaudhary dengan 3.19 juta pengikut Twitter, dari Zee News Hindi, menggesa Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan untuk bebaskan Abhinandan atau ucapannya tidak bermakna.


Wartawan lain yang turut terlibat memuat naik kenyataan yang bersifat nasionalistik termasuk Rahul Kanwal dari India Today yang mempunyai sekitar 4 juta pengikut di Twitter.


Tambahnya, tindakan Tentera Udara India yang memasuki kawasan Pakistan adalah tindakan yang berani dan tindakan jelas berbanding mana-mana kerajaan India sebelum ini.


Wartawan lain termasuk Barkha Dutt, wartawan Tiranga TV dengan lebih 6.8 juta pengikut di Twitter, mengkritik video yang memaparkan Abhinandan mengecam media India dan mendakwanya sebagai satu video propaganda.


Beliau turut mengemaskini Twitternya dengan menyatakan sokongannya kepada tentera India namun menyifatkannya sebagai bukan satu gesaan perang tetapi keadilan.


Konflik ini tercetus apabila pada 14 Feb apabila konvoi tentera India diserang oleh JeM dan mengakibatkan 40 orang tekorban.


Sumber : Astro Awani


Agak nya bila 2 buah negara ini akan bersatu? Sama sama kita doakan yang terbaik!

12 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf