Search
  • Alya Sham

Trip Trans Baltic gila-gila naik multimode transportation; udara, laut, darat, bawah tanah semua ada



Ya betul. Memang kita akan naik kesemua jenis pengangkutan di atas. Dari Moscow ke St Petersburg, sambung ke Helsinki dan terus ke Stockholm. Mungkin di negara sendiri kita jarang sekali naik LRT/MRT, tetapi di Moscow kita akan experience naik metro bawah tanah yang terkenal dengan kecantikan seni bina dan hiasan dalaman yang sangat WOW !! Dah sampai sana mesti rahang jatuh bawah sebab speechless sangat dengan hiasan crystal chandelier, ukiran dinding, wall painting, memang terasa seperti berada di dalam sebuah rumah mewah.

Crystal chandelier beserta ukiran dinding yang mewah salah satu lambang kemegahan Moscow

Kita akan ke Red Square, nak tengok bangunan cantik berwarna warni yang wajib kalau kita ke Moscow, iaitu St Basil Cathderal. Jalan depan sikit ada Zaryadye Park, sebelah kanan ada Spasskaya Tower, belakang ada bangunan bata merah (muzium), kiri ada GUM - shopping mall yang paling mahal di Eropah. Dah sampai sini wajib try ice-cream dia, sedap dan murah je dalam 100 rubble. Jangan terkejut kalau masa berjual beli, orang kedai tak senyum simpul macam orang melayu, sebab bagi mereka kalau tetiba senyum tu maknanya orang tu gila. Nanti ramai lah kita akan jumpa awek Russia yang comel comel tapi garangggg!


Nak beli cenderahati, kita pergi Arbat Street, kat situ macam macam ada. Kita boleh jalan sampai hujung. Ada kedai cenderhati yang murah disini dan dekat je dengan kedai Turki halal. Kemudian kita pergi Gorky Park, kalau cuaca baik, dengan sedikit bayaran tambahan, kita boleh naik river cruise menyusuri Sungai Moskva, sambil sambil tu boleh cuba Buchthorn Tea dalam flotilla river cruise tu. Jangan lupa berposing depan lensa camera kapten kita ya. Rugi kalau malu-malu depan kapten nanti balik sini gambar tak banyak, kan dah melepas.

Peserta kita teruja dengan makanan yang dihidangkan di dalam river cruise.

***********************************************

IKLAN : MOSCOW & TRANS BALTIC 19 - 29 October 2019


RM 11,970 seorang (join solo) RM 11,670 seorang (join berdua atau lebih) RM 11,470 seorang (2-11 tahun) RM 3,950 seorang (bayi)


PAKEJ TERMASUK:


1. Tiket penerbangan

2. Penginapan

3. Pengangkutan

4. Makan halfboard (Moscow)

5. Visa Russia

6. Travel insurance

7. Kapten dari Malaysia yang juga professional photographer

8. Gambar - gambar awesome sepanjang trip

9. Jaket Rarecation Limited Edition

10. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

***************************************************


Dah 4 hari kita di Moscow, kita teruskan pula perjalan ke St Petersburg menaiki keretapi bermalam. Dulu namanya Leningrad sempena mengenang Lenin kemudian ditukar setelah diundi oleh rakyat Russia. Kota yang moden dan merupakan pintu masuk utama dari Eropah dan agak berbeza dari Moscow dari segi kemudahan berbahasa inggeris, mungkin kerana lebih banyak menerima tetamu dari luar.

Salah seorang peserta kita bergambar di pintu masuk gerabak keretapi bermalam yang dinaiki

Kemudian, kita menuju pula ke Helsinki dengan menaiki Princess Anastasia , cruise dari St Peterline. Kapal mewah yang mempunyai lapan tingkat dengan berbagai kemudahan seperti cafe, kedai bebas cukai, sauna serta dek luar untuk kita menikmati angin malam dan bergambar dengan baju kurung raya. Baru lah boleh acah-acah beraya di perantauan.

Peserta kita bergambar di salah satu deck di atas cruise

Sampai di Helsinki, kita ronda bandar naik tram cari coklat sebagai buah tangan untuk di bawa balik Malaysia, lepas tu kalau sempat kita singgah makan di Kauppatori Square. Kalau gian char kuey teow boleh pergi Kamppi Mall makan kuey teow Ahseng, orang Taiping buka kedai kat Finland.

Merehatkan badan sambil minum petang di Singapore Hot Wok

Dah selesai semua, kita pergi pula terminal Olympia dan akan menaiki cruise (lagi). Kalau cruise St Petersburg - Helsinki tu rasa macam dah mewah dan besar, kena tengok pula cruise yang akan kita naiki dari Helsinki ke Stockholm. Cruise dari Tallink Silja Line ni lagi besar dan mewah. Ada 12 tingkat, lagi banyak cafe dan kedai tax free untuk shopping. Rugi sangat kalau nak berehat je di kabin sebab pukul 7 nanti akan ada persembahan trapeze dan berbagai-bagai pertunjukan lain yang menarik. Di Stockholm, kita ronda ronda Gramla Stan, iaitu kota lama Stockholm yang unik dengan bangunan lama berwarna warni dan boleh buat last minute shopping sebelum kita balik ke tanah air.


Begitulah rangka perjalanan kita selama 11 hari dari Moscow - St Petersburg - Helsinki - Stockholm. Semua jenis pengangkutan kita akan experience dalam trip Trans Baltic October ni. Kita hanya open slot untuk 15 ORANG SAHAJA lagi !! Boleh hubungi terus Travel Advisor kami, Alya di talian +6010 667 2731 .


Info lanjut boleh lihat di sini.












0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf