Search
  • Syibli

Travel percuma apabila anda dijangkiti Covid 19, Cyprus


Pantai berwarna turqoise dan jernih yang menjadi pilihan ramai pengembara eropah.

Cyprus, sebuah negara kepulauan yang terletak di Laut Mediterranean yang terkenal dengan kecantikan pantainya dan salah satu destinasi kegemaran warga eropah pada musim panas. Untuk menggalakkan warga eropah yang mencari destinasi bercuti pada musim panas yang akan tiba tidak lama lagi, negara ini menawarkan akan membayar segala kos travel anda di sana jika anda dijangkiti Covid19 ketika bercuti di sana.


Kos penginapan, makanan dan juga kos perubatan bagi pelancong dan juga keluargar mereka akan ditanggung oleh kerajaan Cyprus. Pesakit cuma perlu membayar kos teksi ke lapangan terbang dan penerbangan pulang sendiri


Kerajaan Cyprus juga menyediakan hotel yang dikhaskan untuk pelancong sahaja dan mampu untuk menempatkan sehingga 100 pesakit covid 19. Juga hotel kuaranting sebanyak 500 bilik untuk ahli keluarga pesakit.


Cyprus merancang untuk membuka sempadan negara mereka secara berperingkat bermula 9 Jun ini. 19 negara sudah dibenarkan untuk mengembara ke Cyprus kerana jumlah kes yang rendah dan pada 20 Jun ini tambahan 13 negara akan dibenarakan melawat Cyprus termasuk negara German, Finland, Israel, Greece dan Norway.


Semua pelancong diwajibkan menunjukkan kad pengesahan bahawa mereka sudah diuji negatif dari Covid19 sebelum dibenarkan terbang ke Cyprus. Mereka juga perlu mengesahkan tidak mempunyai apa-apa simtom Covid 19 sepanjang 72 jam yang lepas dan tidak berjumpa dengan sesiapa yang sudah dijangkiti Covid 19.


Pada waktu ini Cyprus mempunyai 939 kes Covid 19 dan 17 kematian.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf