Search
  • Syibli

New Zealand dan Australia mahu mewujudkan "Travel Bubble" Apa itu "Travel Bubble"



Kerana Covid 19, kini seluruh dunia telah menutup sempadan negara dan secara tak langsung industri pelancongan dunia terjejas teruk. Selepas hampir 2 bulan lockdown di kebanyakkan negara, kini beberapa negara sudah bersedia untuk membuka sempadan negara mereka kepada pelancong dan menghidupkan kembali industri pelancongan menggunakan konsep "Travel Bubble"


"Travel Bubble" adalah konsep dimana kebenaran diberikan untuk merentas negara kepada negara yang sudah berjaya "flatten the curve" dan mengawal kes Covid 19. Untuk mudah faham, Contoh seperti di Malaysia, Perlis dan Kedah merupakan zon hijau, maka pergerakan merentas negeri antara Perlis dan Kedah dibenarkan namun tidak bagi negeri lain. Ini konsep Travel Bubble.


Semenjak bulan yang lalu New Zealand dan Australia sudah berbincang bagaimana kedua negara ini mahu membina "Trans-Tasman Travel Bubble". Iaitu kebenaran mengembara di antara 2 negara ini tanpa perlu melalui prosess kuarantin, kewujudan Travel Bubble ini secara tidak langsung akan menggerakkan semula sektor ekonomi pelancongan bagi 2 negara ini. Permulaan Travel Bubble kebiasaanya antara negara jiran terlebih dahulu kemudian secara bertahap bubble ini akan dibuka kepada negara lain yang berjaya mengawal kes Covid 19 mereka.


Jika di New Zealand dan Australia mereka masih di dalam peringkat perbincangan, negara Baltic iaitu Lithuania-Latvia-Etonia sudah membuka sempadan negara antara mereka dan membuat "Baltic Travel Bubble". 3 negara Baltic ini telah berjaya untuk melandaikan graph covid 19 dengan jumlah kes yang rendah dan pada waktu ini kebanyakkan negara sedang melihat bagaimana kejayaan perlaksaan travel bubble ini. Jika berjaya, terdapat beberapa negara Eropah juga sudah mula merancang untuk membentuk "Travel Bubble" mereka sendiri kerana beberapa minggu lagi musim panas akan tiba dan di Eropah, musim panas merupakan waktu hampir semua warga eropah bercuti.


Namun begitu, masih terdapat kerisauan akan perlaksanaan Travel Bubble ini kerana tanpa perlaksanaan yang betul, Travel Bubble ini boleh menyebabkan gelombang Covid19 yang lebih teruk lagi. Buat waktu ini kita tunggu dan lihat





1,131 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf