Search
  • Qistina Khairudin

Tips Penjagaan Mencegah Penyakit Coronavirus (COVID-19)


Kita digemparkan dengan penyakit terbaru iaitu Coronavirus (COVID-19). Saban hari kes virus ini semakin meningkat bukan sahaja didalam Malaysia bahkan diluar negara juga sedang melambung dengan tinggi. Jadi apakah langkah-langkah untuk kita mencegah penyakit Coronavirus ini?. Pada kali ini kami akan berkongsi tips penjagaan mencegah penyakit coronavirus ini dengan harapan penyakit ini mengurang dan kita boleh hidup didalam kesihatan yang baik.



Baiklah tips yang akan kami kongsikan nanti ini, anda semua boleh mengamalnya untuk aktiviti harian anda supaya keadaan diri kita setiap hari terjaga dan sentiasa bersih.

1) Kerap mencuci tangan


Setiap hari kita harus mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun. Praktikkan "7 langkah mencuci tangan yang betul" sebagai sebahagian dari aktiviti harian kita dan jangan lupa untuk menggunakan hand sanitizer untuk menambahkan protection di bahagian tangan kita.




2) Elakkan makan produk haiwan yang tidak dimasak dengan sempuna


Elakkan dari makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna seperti produk haiwan yang mentah, daging dan telur. Jika anda nak makan daging dan telur juga, makanan itu haruslah dimasak dengan sempurna jika tidak makanan yang tidak dimasak dengan sempurna itu akan senang dijangkiti kuman dan bakteria.



3) Elak bersentuhan dengan individu yang mempunyai gejala


Didalam Malaysia ada beberapa tempat dimana virus ini berjangkit dan mempunyai kes yang aktif dan di tempat itu juga mungkin virus sudah merebak ke kawasan tertentu. Apa yang anda harus lakukan adalah elakkan dari pergi ke kawasan itu dan cari jalan alternatif untuk meneruskan perjalana anda. Bagaimana pula jika anda tiada jalan alternatif lain?, anda haruslah sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung dan jangan lupa hand sanitizer kerana selepas sahaja anda lalu dikawasan itu, gunakan hand sanitizer untuk membasmi kuman yang berkemungkinan dah melekat pada tangan anda.


Dalam pada yang sama juga elakkan dari mengunjugi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala. Ini kerana peratusan untuk virus sudah merebak dikawasan itu adalah tinggi kerana terlalu ramai orang dan bahkan kita sendiri tidak akan perasan dengan keadaan sekeliling kita dan virus dapat merebak dengan senang

4) Sentiasa bersedia


Kita perlu sentiasa bersedia dengan penutup mulut dan hidung (mask) dan juga hand sanitizer untuk sentiasa dalam keadaan bersih dan basmi kuman yang ada dan sentiasa praktik kebersihan diri yang tinggi.




Jadi itulah tips untuk mencegah Coronavirus, kita perlu mengamalnya setiap hari supaya kita sendiri dapat hidup dengan sihat dan jangan ambil lewa mengenai hal ini. Kalau bukan kita yang bertindak, siapa lagi yang mahu?


0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf