Search
  • akmalalamshah

Lelaki ini buktikan tidak perlu meminta 1 juta dollar untuk mengembara




Berikutan isu permohonan dana untuk 1 juta USD untuk mengembara Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia. (Lihat foto)




Melalui survey dari instagram story kami, Ramai yang memberikan pandangan yang tidak bersetuju.







Dan paling menarik perkongsian menarik dari Amir Arsad melalui Facebook page nya yang bukan sahaja memberikan pandangan malah membuktikan sendiri, tidak perlu 1 Juta USD dan tidak perlu meminta-minta dengan orang untuk mengembara dan memulakan ekspedisi sendiri.


Dengan izin beliau, kami kongsikan pandangan beliau tentang isu ini :


Berkenaan dengan isu Dr. Suwaibah yang memerlukan dana sebanyak USD1 Juta itu, aku sendiri terpanggil untuk bersuara untuk menyatakan ketidak puas hatian aku dalam hal tersebut. Aku tak sangka juga suara aku itu mendapat perhatian dari netizen yang sama-sama juga tidak berpuas hati dengan isu berkenaan.

Isu utama

Yang aku persoalkan adalah jumlah dana sebanyak USD1 Juta yang diperlukan dalam misi beliau. Pada pandangan aku, kos sebanyak USD1 Juta itu adalah satu jumlah yang terlalu besar dan tidak masuk akal. Apakah keperluan yang diperlukan sehingga kos misi tersebut mencecah sehingga USD1 Juta? Itu persoalan utama dalam fikiran aku.

Isu Kedua

Walaupun beliau belum mendapat dana yang mencukupi, tetapi tindakan meminta sumbangan untuk menjayakan misi tersebut bagi aku adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan. Walaupun beliau orang yang ternama, pernah mencipta beberapa rekod, mungkin ada pihak yang sudi memberikan sumbangan dan tajaan kepada beliau.


Tetapi ianya perlulah dilakukan melalui saluran yang betul dengan melakukan kertas kerja yang 'proper', bukan dengan meminta sumbangan daripada orang ramai. Walaubagaimanapun berbalik kepada isu yang pertama, jumlah itu sangat lah besar dan tidak masuk akal. Sumbangan itu boleh disalurkan kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah untuk tujuan kebajikan, pembangunan masyarakat dan sebagainya daripada menghantar beliau untuk melakukan misi yang belum tentu dapat memberikan pulangan yang berfaedah.

Isu Ketiga

Perlukah kita memberikan sumbangan kepada beliau semata-mata untuk membayar penerbangan beliau, membayar hotel beliau dan lain-lain? Sepertinya kita melaburkan wang kita untuk menghantar beliau bercuti dan melihat dunia, tetapi apakah pulangan atau faedah yang boleh kita dapati dari beliau?

Isu Keempat

Berkenaan dengan misi kemanusiaan yang dibawa oleh beliau, apakah misi yang dibawakan tersebut? Adakah dengan sumbangan dan pelaburan yang diberikan kepada beliau akan menjanjikan misi kemanusiaan tersebut tercapai?

Isu Kelima

Sekiranya beliau ingin mengharumkan nama negara, aku tidak rasa cara ini adalah cara yang sesuai untuk mengharumkan nama negara. Melalui pengalaman pengembaraan aku, Malaysia ni sudah cukup terkenal di serata dunia. Ramai orang di luar yang mengenali Malaysia dan kagum dengan Malaysia. Tidak perlu lagi untuk melakukan perkara-perkara seperti ini dengan alasan membawa nama Malaysia.

Kalau korang fikir aku cemburu dengan rezeki beliau dimana ada pihak yang menaja tiket penerbangan beliau dan sudi memberi sumbangan untuk menjayakan misi beliau, cuba bagi tahu aku siapa yang tak cemburu bila kau dapat tiket percuma untuk pergi melancong? Aku pun nak juga!

Kalau korang rasa aku lantang bersuara dalam isu ini kerana aku juga mengharapkan bantuan, sumbangan, atau tajaan dalam misi yang sedang aku jalankan ini terpulang kepada korang untuk menilai. Sejujurnya aku tidak pernah mengharapkan sebarang bantuan, sumbangan, atau tajaan sejak dari awal lagi kerana ini adalah misi peribadi dan aku tidak suka perbuatan meminta-minta untuk tujuan peribadi. Pernah nampak ke aku meminta sumbangan atau memaparkan nombor akaun dalam posting-posting di Facebook aku? Tidak kan? Aku pun tidak pernah membuat sebarang kertas kerja untuk memohon tajaan dari pihak kerajaan atau syarikat-syarikat ternama. 100% duit poket sendiri.

Bersama Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Tuan Hendy Assan.

Dalam isu Dr. Suwaibah ni, aku ada tengok satu video di YouTube, beliau telah ditemubual oleh Selamat Pagi Malaysia di RTM pada tahun 2016, beliau mengharapkan sumbangan orang ramai untuk menjayakan misi tersebut dengan mengumumkan nombor akaun untuk sumbangan tersebut dimasukkan. Reaksi aku dalam hal ini, seperti kata orang putih, "What the he**!!!" Boleh tengok video tersebut di sini : https://youtu.be/6LCTKQ5BPX0 Aku lantang bersuara dalam isu ini disebabkan aku tidak gemar dengan perbuatan meminta-minta sumbangan demi menjayakan misi peribadi ni. Ianya sudah menjadi trend masa kini dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal sebagai contoh alasan untuk mencabar kemampuan diri, membuktikan semangat Malaysia Boleh, mengharumkan nama negara dan sebagainya. Macam mana nak membuktikan kemampuan diri sedangkan korang sendiri pun tidak mampu dan meminta-minta sumbangan daripada orang ramai? Deyyyy! Marah betul aku! Ni 'begpackers' level dewa-dewa ni. Tahu pulak korang marah backpackers Eropah yang buat street performance, jual barang kat tepi jalan sebab nak membiayai pengembaraan mereka. Bab meminta tajaan dari syarikat-syarikat dengan mengemukakan kertas kerja yang 'proper', bagi aku itu bukan menjadi masalah yang besar. Pada pandangan aku, itu merupakan satu hubungan yang aku anggap sebagai 'business relationship' dan mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua pihak. Tetapi kalau nak minta tajaan sehingga USD1 juta, masih juga bagi aku tidak masuk akal dan melampau. Sikit-sikit sudah lah. Sejujurnya aku melihat misi beliau ini adalah satu misi peribadi dimana beliau ingin memecahkan rekod peribadi. Perbuatan meminta sumbangan untuk membiayai misi beliau ini adalah satu perbuatan yang ... korang sambung lah. Aku malas nak membebel lagi sebab aku nak sambung kayuh ni. Insyaallah kami akan tiba di Almaty, Kazakhstan dalam beberapa hari lagi.


Ikuti pengembaraan berbasikal mereka di page mereka :

AMIR ARSAD


Follow Instagram (@amir_arsad) untuk melihat gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan dan follow 2 rakan yang lain dalam ekspedisi ini (@_mashigerex_) dan (@iggy.mlq).



Pada pandangan anda, wajar atau tak wajar meminta sumbangan sebanyak USD1 Juta semata mata untuk menjelajah satu dunia? Share sikit pandangan anda

567 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf