Search
  • akmalalamshah

5 TEMPAT WAJIB JIKA KE KYRGYZSTAN.

Updated: Feb 19, 2019


Kecantikan landscape di Kyrgyzstan

Terletak di Asia Tengah, ramai yang tidak tahu tentang keindahan negara Kyrgyzstan ini. Negara yang mempunyai kebudayaan & tempat-tempat yang menarik, pasti akan meninggalkan memori indah buat para pengembara khususnya yang nak pergi dengan kami ke sana.


Negara Kyrgystan ini agak jarang dijadikan destinasi pilihan untuk percutian. Mungkin tidak ramai yang mengetahui keunikan negara ini. Jadi, apa tempat-tempat menarik yang wajib kita kunjungi di Kyrgyzstan ni? Meh kami share kepada anda..


1. TAMAN NEGARA ALA ARCHA


Ala Archa adalah tempat terbaik untuk memulakan sesi kembara Kyrygzstan kerana lokasi yang agak dekat dengan bandar Bishkek. Kyrzygstan adalah negara yang 90% kawasannya diliputi oleh pergunungan yang masih terpelihara daripada sebarang pencemaran alam.

Kita akan ada hiking untuk menikmati pemandangan hutan dan pergunungan. Ada beberapa air terjun dan sungai yang menarik yang boleh kita terokai hanya dengan light trekking.


Air sungai yang jernih, boleh cuci muka dan celup-celup kaki untuk kesegaran selepas penat trekking.

2. CHON KEMIN


Chon Kemin ini terletak sekitar 150km dan mengambil masa sekitar 3 jam menaiki bas atau coaster. Kita akan berhenti di Tokmok untuk melawat Burana Tower. Pada sejarah kurun ke 9, kebanyakannya telah dimusnahkan semasa penaklukan Genghis Khan dan Soviet Union, kecuali Burana Tower. Menara Burana ini tingginya mencapai 25 meter.



3. KARAKOL


Tempat yang kita akan mengelilingi Tasik Issyk Kul dan akan berhenti dan melawat pusat kebudayaan Ruh Ordo untuk mengenali budaya masyarakat nomad Kyrzygstan ini. Di Karakol, terdapat satu masjid iaitu Masjid Dungan Karakol dimana sebuah masjid yang dibina dari kayu dan tidak menggunakan sebatang paku pun.


Biasanya kalau sampai sini memang wajib untuk korang bergambar dengan berlatarbelakangkan panorama Tasik Issy Kul yang dihiasi dengan gunung-ganang yang membelah awan. Serius cantik gila!


Masjid yang dibina pada tahun 1910 dan tidak menggunakan sebatang paku pun. Hebat kan orang zaman dulu?

4. BOKONBAEVO


Salah satu bandar di pesisir pantai Tasik Issyk Kul. Kita akan berhenti di beberapa tempat, antaranya Jeti Oguz dan Fairy Tale Canyon. Sekiranya ada kelapangan, kita boleh menaiki cruise mengelilingi Tasik Issyk Kul untuk melihat matahari terbenam dengan sedikit bayaran tambahan. Bagaimanapun, ia bergantung dengan cuaca dan masa kita disana nanti. Kapten kita bersedia untuk merakam foto-foto yang indah dan menarik sewaktu semua aktiviti korang kat sana.


Inilah dia Jeti Oguz, yang juga dikenali sebagai 'seven bulls' yang terhasil daripada formation red sandstone.

5. TASIK ISSYK KUL


Salah satu tempat menarik yang dilawati ialah Tasik Issyk-Kul yang merupakan tasik kedua terbesar dunia. Tasik ini dikelilingi oleh kawasan pergunungan tetapi ajaibnya ia tidak pernah beku. Berada pada ketinggian 1,600m dari aras laut, ia merupakan tempat perkelahan popular pada musim panas.



Di Kygyzstan, pengembara mengalami sedikit kesukaran berkomunikasi ketika melawat negara ini kerana tidak ramai penduduknya yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, walau bagaimanapun Kyrgystan tetap menjadi salah satu destinasi yang wajib dilawati oleh setiap pengembara tegar.



Jom ikut kami ke Kyrgyzstan pada 27 Ogos - 6 September 2019. Pakej kita sudah pun termasuk tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, travel insurance, makan halfboard dan juga yang paling best, kapten dari Rarecation yang juga seorang professional photographer. Sejurus habis trip, semua peserta akan dapat gambar-gambar awesome sepanjang trip secara percuma. Semua pengalaman hebat ini boleh didapati pada harga RM 9,620 seorang (join berdua atau lebih).


Untuk info lanjut, boleh klik sahaja di link ini. Atau boleh juga hubungi Travel Advisor kami untuk sebarang pertanyaan;


+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)




621 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf