Search
  • akmalalamshah

Tempat tempat menarik yang perlu anda lawati di Lapland

Updated: Mar 19, 2019


Lapland adalah sebuah wilayah yang berada dalam lingkaran Kutub Utara. Wilayah Lapland terbagi menjadi 4 buah negara, iaitu negara Finland, Sweden, Norway, dan Rusia. Terdapat beberapa tempat yang menarik pastinya anda akan pergi pengembaraan bersama Kapten dan Photographer Rarecation.

STOCKHOLM


Setibanya kita di Ibu negara Sweden di Stockholm, kita akan mengambil kenderaan dan akan menghala ke kediaman kita. Sesampai kita di rumah, suasana 'One Big Family' akan kita terapkan terutama ketika sama2 menyediakan juadah untuk makan malam pertama kita di kota Stockholm. Suasana keakraban ini lah yang akan kita bina sepanjang 13 hari kita bersama di Rarecation. Suasana kenduri Melayu, di bumi Lapland.


STOCKHOLM-KIRUNA


Pagi-pagi lepas bersarapan, kita akan check-out dan bersiap untuk ke Airport. Kita akan menyambung kembara kita menaiki penerbangan domestik, menuju ke Swedish Lapland. Kita perlu bertolak awal untuk menguruskan juga pemulangan kenderaan kita di Airport.


Penerbangan mengambil masa dalam sejam lebih. Ambil peluang untuk melihat pemandangan Lapland dari pandangan mata burung. Setiba di Kiruna, kita bersiap2 dengan urusan kenderaan kita. Selesai urusan kenderaan, kita pergi ke kediaman kita. bersiap2 untuk makan tengahari, dah selesai, yang nak berehat boleh berehat. Yang nak explore pekan Kiruna, kita bole pusing2 naik kenderaan untuk merakam kenangan sekitar pekan Kiruna.


Malam itu kita berehat secukupnya, pengembaraan ke bumi Lofoten, akan bermula esok. Lofoten here we go!! Tapi, malam ini, kita akan beraktiviti memburu Aurora Boreallis.



KIRUNA-LOFOTEN


Pagi2 lagi. kita bersiap bersarapan, dan siap2 juga tapau makanan untuk kembara ke Lofoten nanti. Maklumlah, di bumi scandinavia, mustahil kita bole jumpa kedai mamak tepi jalan. hehe jadi, kita siap2 makanan lunch kita, dan suasana kembara kita akan rasai masa kita bermusafir menuju ke bumi Lofoten. perjalanan lebih kurang 4 jam. Kalau ada spot2 yang menarik, kita singgah, rakam gambar terindah untuk kenangan terindah.


Sampai di Ballstad Lofoten, mungkin dalam waktu petang. Kita akan berkampung di situ selama 4 hari. Kita sama-sama unloading barang-barang keperluan, stock makanan, di situlah nanti kita akan makan dan bergelak ketawa sewaktu makan. Siap2 untuk persediaan lunch kita atau makan petang.




LOFOTEN (Svolvaer & Kabelvag)


Macam biasa, pagi2 kita sarapan dulu. Dan seperti hari2 lain juga kita tapau juga siap2 lunch box untuk bekal makan tengahari kita nanti.


Hari ini, kita akan explore perkampungan Nelayan. kita lihat bagaimana ikan2 cod yang besar tu diproses. Kalau kat Malaysia kita tak tahu macamana pemprosesan ikan masin, kat sini kita tengok macamana ikan masin kat Norway ni di proses. Ikan masin diorang bukan ikan sepat macam yg kita makan kat malaysia tu. Ni ikan cod yang besar2 gedabak.


LOFOTEN (Hamnoy, Reine & Å)


Seperti hari2 sebelum ini, rutin kita adalah bersarapan bersama, dan bersedia dgn lunch pack. Kerana hari ini kita akan bergerak ke perkampungan yang diibaratkan sebagai Jantung Lofoten.


Reine, adalah salah sebuah kampung dengan pemandangan tercantik di Lofoten. Kecantikan suasana Reine tidak perlu diulas dengan banyak lagi. Reine diibaratkan sebagai Jantung kepada Lofoten. Dalam perjalanan ke Reine, kita akan singgah untuk menyaksikan pemandangan indah di Hamnøy. Kita akan singgah di satu lokasi yang telah menjadi iconic kepada gambar pemandangan di Lofoten. Å juga adalah sebuah tempat dengan pemandangan yang indah. Namun setiap lokasi ada keunikannya sendiri. Kita amati dan hayati pemandangan2 indah di Lofoten selagi kita berada di sana.


LOFOTEN (Vestvagøy, Trollfjord)


Hari ini, kita akan ke Vestvagøy. Kita pelajari sejarah viking di negara Norway. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Tetapi, dengan sekali pandang dengan pemandangan cantik di Lofoten, ramai orang sudah jatuh cinta. Tetapi untuk berkenalan dengan lebih mendalam tentang sejarah Viking di Norway, kita akan pelajari sesuatu ketika melawat Muzeum Viking yang terletak di Vesrvagøy.


Norway memang terkenal dengan pemandangan antara fjord yang tercantik di dunia. Oleh kerana itu, hari ini kita akan menuju ke Trollfjord. Jika ada budget lebih, ada berpeluang untuk menikmati pemndangan fjord dari atas cruise. Pemandangan semulajadi Lofoten yang berkeadaa mukabumi Archipelago, pasti akan meninggalkan memori yang dalam kepada kita semua.


LOFOTEN-GRATANGEN


Hari ini kita akan meninggalkan Lofoten, untuk aktiviti kita seterusnya ke bumi Lapland Sweden. Sementara itu, kita akan singgah di sebuah perkampungan indah di Gratangen. Di Gratangen, kita akan tinggal dengan penempatan penduduk tempatan. Kita ambil pengalaman untuk beramah mesra dengan pengalaman tinggal bersama penduduk tempatan. Melawat kebun binatang, jika ada bajet lebih, ambil kesempatan untuk menunggang kuda, menjelajah kawasan2 pedalaman untuk menambah pengalaman indah dalam percutian anda.


Macam biasa, untuk dinner, kita akan bergotong-royong untuk dinner kita. Selesai, kita sambung lagi misi mencari Aurora Boreallis dari pemandangan di Gratangen. Malam ini, kita perlu bersiap awal, kerana esok hari kita ada aktiviti tour yang kita nanti-nantikan.

Kita akan ke Abisko, untuk aktiviti Deer Sledging.


GRATANGEN-ABISKO


Selepas siap-siap bersarapan, dan siap sedia dengan lunch box. Aktiviti hari ini agak adventure. Kita akan menuju ke Abisko dari Gratangen. Perjalanan mungkin mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ambil peluang ini untuk merakamkan detik-detik indah dengan view pemandangan bumi Lapland. Kita akan merentas sempadan Norway untuk ke Sweden.


Setibanya di Abisko, kita akan menjelajah ke perkampungan orang asli Lapland dengan kenderaan tradisional masyarakat asli Lapland, Reindeer Sledge. Alami pengalaman melihat sendiri suasana masayarakat asli dan alami pengembaraan rare bersama-sama. Ia akan meninggalkan kenangan dan memori indah untuk percutian anda.


Petang itu, kita akan menikmati alam di Abisko. Setelah selesai kita pulang semula ke Gratangen.


KIRUNA-STOCKHOLM


Hari ini, kita akan bersarapan bersama-sama kali terakhir di bumi Sweedish Lapland, sebelum kita pulang ke kota besar Sweden, Stockholm. Kita bersiap-siap pagi dan ke Lapangan Terbang seawal mungkin untuk memudahkan pengurusan kita di sana.



Kita tidak menginap di hotel 5 bintang kerana pada Rarecation itu ialah anti-social. Kita akan menyewa beberapa unit apartment yang mencukupi untuk keluarga, pasangan dan solo traveler juga. Biasanya kami ambil apartment yang cozy seperti dalam foto ini, lengkap dengan kitchen dan dan pemandangan scenery yang sangat indah.


Keselesaan, kebersihan, privasi semua keutamaan dalam pemilihan apartment. 

Sepanjang pengembaraan kita, kita akan menggunakan kenderaan sendiri yang kita sewa. Barulah kita boleh merasa suasana ala-ala 'local people' sepanjang perjalanan kita. Keseronokkannya adalah seperti suasana balik kampung di hari raya. Malah ianya lebih memberi impak kenangan dengan suasana Lapland dan Lofoten yang memang pasti akan menggamit kenangan percutian kita di sana.


Best ke tak best?

Untuk tahun ini kita akan pergi pada 16/3 - 27/3/2019 dan 29/3 - 9/4/2019

Jadi apa tunggu lagi?

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link ini

29 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf