Search
  • akmalalamshah

Tempat- tempat menarik untuk dilawati di New Zealand sempena cuti sekolah


Kali ini, Rarecation akan membawa anda mengembara ke sebuah negara yang berkedudukan geografinya yang terpencil namun terdapat tempat yang WOW untuk kami bawakan kepada anda jika pergi bersama kami.


Tempat-tempat yang kami lawati seperti Queestown - Mildford Sound Adventure - Lake Wanaka - Lake tekapo - Timaru - Christchurch.


Perjalanan yang memakan masa sekitar 16 - 18 jam sahaja dari KL ke New Zealand. Penerbangan kita terus ke Queenstown, New Zealand. Kita akan tiba kesesokkan harinya.

Pengembaraan ini memang sesuai untuk yang mencari pengalaman serta kenangan yang tak dapat dilupakan semasa cuti sekolah.


Gelagat seperti Jack dan Rose dalam cerita Titanic. Dorang memang sporting habis!

Gelagat pengembara kita setelah sampai di Queenstown. Memang cantik permandangan di sana.

*Iklan*


TRIP CUTI SEKOLAH KE NEW ZEALAND:

23/03 - 01/04/ 2019

24/7 - 02/08/2019

28/08 - 05/09/2019

20/11 - 29/11/2019


HARGA PAKEJ:

RM 7.640 per pax (join solo) RM 7,340 per pax (join berdua atau lebih)

RM 7,140 per pax (2-11 tahun)

RM 2,890 per pax (0-23 bulan)


Setibanya di Queenstown, kita berehat dahulu. Harini kita berjalan-jalan di bandar Quensstown dan dah boleh mula fikirkan aktiviti apa yang ingin dilakukan esok. Kerana esok adalah Activity Day.

Permandangan waktu malam di Queenstown memberi seribu makna kepada pengembara rarecation.

QUEENSTOWN ACTIVITY DAY


Terbang dari ketinggian 15,000 kaki ? meluncur selaju 85km/hr di tebing sungai yang berwarna turqoise atau bungy jumping bagi yang berani ? Antara aktiviti wajib apabila di New Zealand adalah mencuba aktiviti lasak yang ditawarkan. Jika nak lebih santai, kita naik sahaja kapal Steam klassik merentas Tasik Wakatipu atau menaiki Gondola melihat bandar Queenstown dari pemandangan udara.  

Seperti mana tradisi Rarecation, memang biasanya 1 hari kita akan mengambil foto dengan baju raya kita. Waktu inilah nak merasa macam beraya di perantauan kan.

Masih di Queenstown, jet ni telah dibuka pada tahun 1965. Setiap perjalanan bot jet adalah kira-kira 25 minit. Memang puas hati kalau main game ni.

MILFORD SOUND ADVENTURE


Jangan tidur, perjalanan paling cantik hari ini ke kawasan yang tercantik di New Zealand. Sebelum tiba ke Milford Sound lagi kita sudah terpesona dengan kecantikan pergunungan dan landskap unik Fjrodland ini. 


Milford Sound ini adalah kawasan Fjord yang bersambung dengan laut. Lebih menarik laut ini di atasnya adalah air tawar yang datang dari puluhan air terjun dari Fjord. Kita nikmati pemandangan luar biasa ini dengan menaiki Cruise yang selesa.


Destinasi seterusnya adalah ke pokok sepi selamanya. Atau nama mat salehnya The Lonely Tree di tasik Wanaka. Destinasi wajib singgah.

QUEENSTOWN - LAKE WANAKA - TWIZEL


Destinasi wajib singgah. Hari ini isitmewanya kita akan singgah ke Twizel, Salmon Farm, saksikan sendiri ikan Salmon yang masih hidup. Rasa sendiri perbezaan Salmon yang baru meninggal di sana  dan Salmon yang ada di Malaysia. Ternyata berbeza, menjilat-jilat pinggan kalau makan. Kita akan tanggkap seekor untuk di buat asam pedas, memang ngam!

LAKE TEKAPO


Tasik berwarna turqiose seluas mata memandang dan dihujungnya gunung bersalju. Hati-hati sekali angin dari gunung datang menerpa kita, mengigil kesejukan walaupun pada musim panas. Jika pada musim panas, kia boleh melihat bunga Lupin.

Bermula 2018 kembara kami ke New Zealand kita lebih menggunakan MPV yang selesa untuk pemanduan dan perjalanan

LAKE TEKAPO - CHRISTCHURCH


Perjalanan santai menuju ke Christchurch. Sebelum sampai ke Christchurch kita singgah ke lokasi yang sangat RARE, iaitu lokasi dimana penggambaran Lord of The Ring di lakukan namun tidak ramai yang tahu lokasinya. 

Permainan skydive harus memberi seribu makna jika yang ingin mencubanya. Tempat ini langsung mencuri perhatian anda dengan pemandangannya yang aduhai.

CHRISTCHURCH 


Waktu ini membeli cenderamata dan berjalan jalan di bandar Christchurch. Kita boleh ke taman Botani dan berpunting di sungai yang jernih ditemani itik-itik comel. Atau rasa pengalaman menaiki Tram meronda bandar Christchurch.

CHRISTCHURCH - KUALA LUMPUR


Sedar tidak sedar sudah tiba hari terakhir di dalam kembara kita. Pastinya perjalanan selama 10 hari 7 malam ini akan memberikan pengalaman kembara terisimewa dan lebih menarik lagi setiap pengalaman ini di rakam dengan indahnya oleh kapten kita. Pastinya akan merindui dan susah nak "move on " dari trip ini.


Untuk maklumat lanjut, boleh klik link ini

Atau boleh juga hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

+6013 249 5462 (SYIBLI)

+6013 249 5462 (SYIBLI)

+6013 249 5462 (SYIBLI)



0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf