Search
  • akmalalamshah

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGARA EROPAH TIMUR, ROMANIA

Updated: Feb 8, 2019


Romania ini terletak di Eropah Timur, mempunyai Pergunungan Carpathian yang menarik untuk dilihat melalui pusat yang tepat di negara ini. Kami Rarecation akan membawa anda tempat paling cantik hanya di Romania. Tempat ni memang wajib korang kena amik tahu sebelum berangkat bersama Kapten yang awesome dah juga pakar photographer yang sangat power.


Nah antara tempat-tempat yang menarik hanya di Romania. Jangan lupa share yer!


Team Rarecation 93 Romania.

Bucharest, Romania

BUCHAREST


Sebuah ibukota yang paling sesak di Eropah, Bucharest adalah dinamik dan paling aktif.

Kami akan membawa anda pengalaman bersama Rarecation ke Romania yang terkenal sebagai negara yang kaya dengan kisah legenda dan tempat yang ala-ala fairytales.


haa.. dekat Romania ni mereka amat berbangga dengan sejarah mereka dan tidak sabar-sabar untuk berkongsi bahagian yang unik dengan pelawat. Walaupun ia menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah sejak 2007, Romania dianggap oleh ramai warga asing destinasi off-the-jalan biasa dan penduduk tempatan memberi pujian hanya untuk muncul.


MERCA


Seterusnya, kita akan ke memandu ke Berca untuk merasai pengalaman berjalan di atas lumpur gunung berapi yang kelihatan seperti permukaan bulan. Haaa! Walaupun di bumi, kita ada pengalaman seperti pergi ke bulan.


Selepas daftar keluar penginapan, kita akan menuju ke Sinaia. Penginapan kita yang kedua di Romania ialah di Sinaia. Kita akan melawat ke Peles Castle dan juga Pelisor Castle.


BRAN CASTLE


Bran Castle ni pula tempat untuk menziarah drakula. Eh! Jangan takut pulak, mana ada drakulanya. Istana ini dulu didiami oleh pemerintah Romania, Vlad Tepes atau dikenali dengan nama Count Dracul. Tempat yang cantik dan menakjubkan dan istana rahang-menjatuhkan tersembunyi di bukit berbatu. Kalau anda semua nak tahu sebenarnya Drakula sebenarnya ciptaan semata-mata. Jangan percaya pula. Hahaha


Banyak kan sejarah yang perlu kita tahu pasal Romania ni? Ape tunggu lagi..


Ni pakaian tradisional bagi rakyat Romania. Cantik kan mereka?

Budaya rakyat di Romania masih dipertahankan oleh penduduk disana meskipun mereka seperti orang-orang yang telah hidup pada 2500 tahun lepas. Mereka mempertahankan tanah mereka dan tidak pernah cuba untuk menakluk sesiapa.


Ironinya, Romania mempunyai budaya petani. Hari ini kebanyakan negara telah berkembang banyak mempunyai Internet terpantas di Eropah dan banyak teknologi.



BRASOV – HOLBAV VILLAGE – SIGHISOARA


Pengembaraan ke Brasov salah sebuah bandar yang sering dikunjungi sekiranya ke Transylvania. Dari Brasov kita akan menuju ke Holbav Village yang terkenal dengan landskapnya yang ala-ala fairytales.Di Holbav, kita masih boleh melihat anak-anak bermain di lembah selain ox-drawn cart di perkampungan yang menjalankan aktiviti perladangan.

Selesai berkelah di kawasan ladang, pengembaraan akan diteruskan ke Sighisoara.


Sighisoara merupakan tempat kelahiran Vlad Tepes. Nanti boleh la kita mencuba kopi drakula yang terkenal di sana. Sighisoara merupakan tempat penginapan kedua kita di Romania. Sebelah malam kita akan berjalan-jalan di bandar Sighisoara bagi melihat penduduk tempatan membuat persediaan menyambut krismas.


Biasanya kita hanya melihat dalam drama dan telefilem sahaja, tetapi dengan trip ini, kita akan merasai sendiri suasana dan kemeriahan yang mereka lakukan.


Haa best tak kami bawak anda jalan-jalan? Next station..


Baru sampai, kambing sudah lari. Hahaha

Seterusnya dengan menuju ke Biertan Village. Biertan Village merupakan salah sebuah kampung yang tersenarai sebagai UNESCO World Heritage Sites semenjak tahun 1993. Jangan terkejut ya, di sini penggunaan kereta kuda masih lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk di sini. Salah satu pencapaian yang menjadi kebanggaan penduduk di sini ialah hanya satu rekod penceraian dalam tempoh 300 tahun.


Pengembaraan kita diteruskan dengan pemanduan ke Sibiu yang terkenal dengan bandar yang kaya dengan budaya dan tarikan pelancongan.


TURDA SALINA


Gambar di atas merupakan Turda bagi menerokai lombong garam bawah tanah sedalam 400 kaki yang tertua di dunia. Tapi aktiviti perlombongan tidak dilakukan lagi selepas tahun 1932. Sekarang ini, lombong garam tertua ini telah dijadikan taman rekreasi.



MARAMURES


Ini maramures sebuah tempat yang menarik dan kampung tradisional di sini. Jika bernasib baik, kita boleh melihat tarian tradisional oleh penduduk tempatan. Hey, majlis perkahwinan tradisional pun menarik tau. Inilah peluang untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan.


MERRY CEMETERY


Sepanjang berada disana, kami akan membawa anda ke satu tempat yang paling unik iaitu kawasan kubur diberi nama merry cemetery. Di dalamnya terdapat lebih dari 600 nisan berbentuk salib kayu yang dicat warna-warni dan dihias dengan lukisan yang menggambarkan kisah hidup, rahsia, atau saat-saat terakhir mendiang yang ditempatkan di makam masing-masing.

Anda berpuas hati dengan Rarecation? Tengok la reaction mereka.

Teruja tak tengok tempat yang cantik kat Romania ni?

Kalau anda pergi dengan kami team Rare, mesti anda puas hati!


Untuk pengembaraan rare ke Romania, kita akan pergi pada bulan April, dan juga bulan November.


Boleh click link https://www.rarecation.com/pakejromania untuk maklumat lanjut.








201 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf