Search
  • Qistina Khairudin

Tempat Best Bercuti Semasa Cuti Sekolah



Adakah anda masih terfikir "mana nak bawa anak-anak bercuti semasa cuti sekolah ni ya?", haa disini kami akan senaraikan 5 tempat yang best, gempak dan semestinya RARE untuk anda kunjungi pada cuti sekolah nanti. Kesemua tempat ini anda akan dapat menikmati indahan alam, pengalaman yang baru dan semestinya anda bergembira bersama yang tersayang.


SWITZERLAND

Tempat yang Pertama untuk kami kongsikan adalah di Switzerland. Tahukah anda di Switzerland ini terdapat banyak permandangan yang indah lagikan lawa tak perlu cerita lama-lama mari kami kongsikan, mesti ada yang tak sabar-sabar untuk melihat dimana akan kita terokai dia switzerland ni. Di Switzerland, kami akan terokai berbagai tempat seperti Lauterbrunnen, Grindelwald, Interlaken, Brunen, Bern, Zermatt, Gornegrat, Andermatt dan Locarno. Setiap tempat ini ada keunikannya yang tersendiri. Mari kita mengali lebih dalam ke tempat-tempat tersebut.


Lauterbrunnen adalah satu tempat dimana mempunya kampung-kampung kecil yang cantik dan banyak air terjun. Kampung disana juga mempuanyai lanskap permandangan yang cantik. Disana juga mempunyai akses kenderaan awam iaitu kereta api kuning. Stesen kereta api ini terletak di Lauterbrunnen. Kereta api ini boleh membawa kita ke Jungfraujoch iaitu tempat Top of Europe, selain dari Jungfraujoch, kereta api ini boleh sampai ke Kleine, Scheidegg dan banyak lagi.


Interlarken adalah sebuah pekan dimana kawasan sangat spesifik diantara 2 tasik, tasik Brienz dan tasik Thun. Kalau di Interlarken ni banyak makanan yang halal, kalau datang ke sana fuhh semua promoter kedai makanan serbu kita untuk masuk ke kedainya dan makan. Disini juga mempunyai banyak lauk-lauk yang sedap. Apa lagi kan, kalau anda adalah food hunter sejati jangan lepaskan peluang untuk merasai makanan di Interlarken ini. Semuanya sedap!!. Selepas sahaja makan kenyang-kenyang, anda dapat melihat tasik Thun dan ambil angin disana.


Bern adalah kota yang dinamakan dengan haiwan iaitu beruang. Waktu pembuka kota ni sampai dan dia nak buka kota bern ni, dia tanya siapa ada idea untuk namakan tempat ni apa, dan tiada seorangpun ada idea, jadi mereka memutuskan nama tempat itu akan dinamakan dengan nama binatang pertama yang mereka nampak maka terjadilah Kota Bern. Aktiviti utama bila tiba disana adalah mencuci mata dan melabur lah. Dikawasan Bern ni ada tempak yang unik dinamakan Factory Store. Didalamnya pula mereka jual pisau, berbagai jenis pisau, jam tangan dan banyak lagi. Tempat Penginapan disana amat selesa dan lanskapnya sungguh lawa dan mengujakan mata anda, jadi jangan lepaskan peluang untuk ke sini!!


Seterusnya adalah Zermatt, cara nk kesana adalah dengan menaiki kereta api furnikular dari Tasch ke Zermatt. Zermatt adalah tempat eco-friendly juga, kenapa eco-friendly antara sebabnya adalah semua kenderaan di Zermatt menggunakan elektrikdan tiada kenderaan yang menggunakan bahan api. Dikawasan Zermatt terdapat banyak kedai-kedai dan banyak butik disana, jadi kalau nak mencari gaya trending yang baru atau mahu mencari trend yang lain boleh kesini. Di Zermatt ini juga ada kedai orang Malaysia tau, jadi kita masih lagi mendapat masakan Malaysia walaupun kita berada diluar negara.


Gornegrat ini kawasannya lagi tinggi. Di Switzerland, lagi tinggi kita naik, lagi banyak saljinya. Cara untuk sampai ke kawasan ini adalah dengan menaiki kereta api juga sebabnya senang dan tak perlu tempuh salji yang banyak tu. Di Gornegrat ni, aktiviti yang menarik adalah bermain sledge. Aktiviti yang paling seronok bila musim salji. Kalau nak main sledge ni, anda perlu naik kereta api ke stesen Rotenboden, sampai je sana, starting point untuk sledge ni sebelah stesen Rotenboden sahaja. Semasa turun dengan sledge tu, anda dapat menikmati permandangan salji yang indah, katakan kalau penat boleh berhenti ditepi laluan itu untuk berehat atau berfoto disana dan anda dapat lah ambil angin juga sbb penat turun nanti. Finishing point sledge itu di stesen Riffelberg dan dari sini anda boleh naik ke Gornegrat atau turun ke Zermatt. Di Gornegrat kita dapat merasai air coklat panas yang lazat dan ada juga restaurant disana.


Locarno berada diselatan Swiss, kawasan ini banyak influence dari Italy malah bahasa disinipun guna bahasa Italy. Dikawasan ini terletaknya tasik Maggiore dan tasik ini mereka berkongsi dengan Italy. Disini juga ada tren Furnikular dan dari sini anda boleh ke Madonna del Sasso iaitu gereja di Locarno. Di Locarno juga mempunyai lanskap yang cantik untuk bergambar. Disini juga ada Jambatan Ponte Dei Salti merentasi sungai Verzasca di Lavertazzo.


TURKI

Tempat kedua adalah Turki. Tahukah anda Turki adalah tempat yang menarik juga untuk anda buat pilihan untuk kesana kerana di Turki mempunyai banyak bangunan bersejarah dan juga perihal-perihal sejarah disana juga, antara salah satunya adalah Sultan Muhammad Al-Fateh dimana beliau menakluki semula Kota Constatinople.


Istanbul adalah salah satu tempat yang menarik juga untuk dilawati. Antara sebabnya adalah disini lah tempat Wira Agung , Sultan Muhammad Al-Fateh berpendidika disini dari kecil sehingga beliau berjaya menakluki Kota Constatinople. Di Istanbul juga banyak kedai-kedai untuk kita membeli belah. Terdapat juga tempat diamana 70 buah kapal perang tentera Sultan Muhammad Al-Fateh ditolak hingga atas Bukit Tanduk Emas semasa percubaan unutk menembusi benteng Constatinople. Disana juga kita dapat berpengalaman untuk menaiki Bosphorus Cruise sambil-sambil kita menghirup udara angin laut dan memandangi langit yang penuh dengan Burung selat Bosphorus yang pasti mendamaikan.


Cappadocia adalah kawasan yang terkenal dengan Hot Air Balloon dan juga struktur muka bumi yang unik dan cantik. Disebabkan struktur muka disana unik aktiviti lain seperti paragliding pun ada dan ATV di atas tanah Cappadocia tu pun menyeronokkan dan itulah yang RARE bila berada dibumi Cappadocia. Disana juga kita dapat melawat beberapa tempat seperti Uchisar, Citadel, Avanos, Ortahisar dan kawasan berdekatan dengannya, anda memang akan terpakulah bila dapat melihat kesemua keindahan disana dan dapat belajar sejarah penempatan di Cappadocia.


Amasya, tempat dimana kecantikan alam berada dan disini juga lah Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat pendidikannya dulu. Anda boleh ronda-ronda pekan untuk buat sightseeing dan boleh ke kawasan tengah Anatolia rentas daerah seperti Corum, Yogzat dan Hacibektas menghala ke Amasya, ditemani dengan permandangan indah dinegeri antara dua benua. Amasya mempunya lanskap pergunungan yang begitu cantik dan di Amasya juga lah tempat Putera-putera raja dibesarkan termasuk Sultan Muhammad Al-Fateh. Anda juga boleh melawati Masjid Jamek Bayezid dimana sekitarnya mempunyai kota yang berada antara gunung dan sungai yang cantik dan menarik.


JEPUN

Jepun, bila kita sebut je Japan kita akan terfikir keindahan bunga sakuranya, budayanya, mahupun cara penduduk setempat macam mana hariannya. Disini kami nak kongsi perjalanan di Japan dimana anda akan melawat Osaka, Kyoto, Tokyo dan Kawaguchiko.


Osaka mempunyai permandangan yang indah dimana disana ada pokok sakura yang amat cantik, anda siap boleh berhanami disana disekitar Osaka Castle. Duduk dibawah pokok sakura, berpiknik disana dan dapat merasai pengalaman berasak seperti penduduk tempatan di Jepun, Di sekitar Osaka Castle, ada kenderaan awam yang lebih dikenali Tram untuk mengililingi istana, kalau anda ada kesempatan dapatlah merasai menjadi puteri dan samurai jepun disana dan kembali ke era samurai. Di Osaka juga ada satu jalan yang dipanggil Dotonbouri, tempat tu ala-ala macam Petaling Street, bermacam-macam benda ada disana dengan cara orang tempatan menjual produknya dan pelbagai bentuk makanan ada dan yang paling penting adalah makanannya adalam Halal dan Muslim friendly. Anda tidak akan ada masalah untuk mencari makanan di sekitar kawasan Dotonbouri ini, makanannya semua unik dan halal.


Kyoto adalah satu tempat dimana adanya hutan buluh. Untuk sampai ke Kyoto adalah dengan menaiki Shinkasen Nozomi, Kereta Api Laju yang lajunya boleh mencecah 350km/j dan mengambil masa dari Osaka ke Kyoto adalah 15 minit sahaja, menakjubkan!!. Di Kyoto mempunyai banyak kawasan yang cantik dan anda boleh berhanami disini juga dan anda dapat lihat pokok sakura disini juga.


Tokyo. Seperti yang anda tahu Tokyo adalah tempat terletaknya Gunung Fuji dan disana juga mempunyai lanskap yang sungguh indah. Anda boleh berjalan-jalan disana dan ambil angin disekitar Tokyo. Di Tokyo juga ada tempat yang menarik untuk para IT macam Akihabara, Pusat Elektronik dan juga ada tempat lain yang menarik disana.


Kawaguchiko adalah kawasan yang mempunyai permandangan yang menarik sebagai contoh disana ada tasik yang dipenuhi dengan berbagai bunga, apatah lagi bunga sakura. Disini juga kita boleh berhanami berlanskapkan Gunung Fuji. Kalau anda berhanami disini anda dapat merasakan semua makanan anda adalah SUPER SEDAP kerana pengalaman disini amatlah bermakna.



3 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf