Search
  • akmalalamshah

Serangan pengganas di Masjid Christchurch, New Zealand. 27 terkorban

Updated: Mar 16, 2019




Polis New Zealand telah mengesahkan kejadian tembakan yang berlaku di Masjid Al Noor di Deans Ave, dan masjid Lindoon di Christchurch. Seramai 27 orang setakat ini dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian yang sangat mengejutkan itu.

Ketika kejadian terdapat lebih kurang 400 orang jemaah di dalam masjid dan penembak tersebut dilihat menembak mereka yang sedang berusaha melarikan diri. Beberapa mangsa dilihat sedang cuba melarikan diri sebelum ditembak bertubi-tubi.

Salah seorang penembak, yang dikenalpasti sebagai Brenton Tarrant 28 tahun, juga telah menyiarkan tembakan tersebut secara siaran langsung di akaun YouTube dan Facebooknya. Beberapa suspek juga telah ditangkap sehubungan kejadian ini.

Polis menasihatkan untuk semua penduduk berhampiran untuk menjauhi kawasan masjid buat sementara waktu untuk keselamatan.


Saranan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkaitan isu video kejadian yang disebarkan netizen

Video dilaman twitter yang dirakam oleh pemain ragbi New Zealand, Sony Bill Williams meluahkan perasaan sedih terhadap mangsa yang terkorban.


Apa agaknya motif kejadian sehingga berlaku musibah ini kepada umat islam di New Zealand? Sama sama kita doakan semoga semuanya dilindungi. InsyaAllah.











32,936 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf