Search
  • Syibli

Solat berjemaah di Masjid kini dibenarkan di Saudi bermula 31 Mei


Para jemaah mengambil peluang berehat pada waktu Dhuha di Masjid Nabawi

Bermula 31 Mei ini, kerajaan Saudi mengumumkan lockdown di negara tersebut akan dilonggarkan. Para pekerja di sektor kerajaan dan swasta dibenarkan untuk bekerja semula, pergerakan merentas negeri juga dibenarkan dan yang paling ditunggu iaitu kebenaran untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid juga akan dibenarkan.


Kementerian Hal Ehwal Islam dan Dawah Saudi memberikan beberapa panduan solat berjemaah di Masjid iaitu :


1) Setiap jemaah perlu membawa sejadah sendiri

2) Bacaan Al Quran hanya dibenarkan pada Quran yang dibawa sendiri atau di dalam smartphone

3) Kekalkan jarak 2 meter antara jemaah

4) Ambil wuduk lebih awal dari rumah

5) Dilarang untuk bersalaman

6) Elakkan bersesak ketika masuk ke masjid

7) Mereka yang mempunyai masalah kesihatan, warga emas dan kanak-kanak dibawah umur 15 tahun tidak dibenarkan masuk ke Masjid

8) Masjid hanya akan dibuka 15 minit sebelum azan dan ditutup 10 minit selepas solat.

9) Untuk solat jumaat, masjid akan dibuka 20 minit sebelum azan dan ditutup 20 minit selepas solat.

10) Solat jumaat dan khutbah jumaat tidak melebihi 15 minit

11) Ceramah, hafalan Al quran dan aktiviti lain masih tidak dibenarkan di Masjid

12) Pengedaran makanan di kawasan masjid tidak dibenarkan.

13) Tandas dan tempat mengambil wuduk tidak dibuka


Namun kedai gunting rambut, gym dan aktiviti ekonomi yang melibatkan perjumpaan orang ramai dan sentuhan masih tidak dibenarkan. Kerajaan Saudi merancang untuk perintah lockdown ditamatkan pada 21 Jun kecuali di Mekah.


Kelonggaran ini akan dilaksanakan diseluruh Saudi kecuali di Mekah. Di Mekah, lockdown akan tetap diteruskan dan solat berjemaah di Masjidil Haram masih ditutup dari orang luar. Perlaksanaan ibadah umrah masih lagi tidak dibenarkan dan buat waktu ini masih tiada lagi keputusan rasmi dari Kementerian Haji Saudi sama ada Haji tahun ini akan dilaksanakan ataupun tidak.


Pada waktu ini, jumlah kes di Saudi mencecah 76,726 dengan 411 kematian dengan kes tertinggi dicatatkan di Kota Mekah sebanyak 29,919 dan 308 kematian.

294 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf