Search
  • Syibli

Selepas Masjid Nabawi, Masjid Al Aqsa juga kini dibuka selepas 2 bulan ditutup


Para peserta Rarecation mengambil foto kenangan sambil berbaju raya ketika lawatan kami ke sini pada tahun lepas

Masijid Al Aqsa kini muka dibuka bermula ahad yang lepas (31 mei), selepas 2 bulan ditutup.Pembukaannya sama seperti masjid yang lain, setiap jemaah perlu memakai topeng muka dan membawa sejadah sendiri namun mereka tidak menghadkan jumlah jemaah di dalam masjid


Omar al-Kiswani, pengarah Masjid Al Aqsa, mengucapkan terima kasih kepada semua jemaah atas kesabaran menanti Masjid dibuka semula. Umm Hisham, penduduk jurusalem menangis dan mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt atas selepas dapat memasuki semula masjid. Lihat liputan pembukaan masjid tersebut oleh Al Jazeera di video ini :




Masjid Al Aqsa ditutup semenjak Mac yang lalu, dengan negara haram Israel mencatatkan 17,000 kes dan 284 kematian. Manakala di West Bank dan Gaza mencatatkan kes Covid 19 sehingga 500 kes.


45 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf