Search
  • Qistina Khairudin

SARAWAK DIISYTIHARKAN ZON HIJAU


Pada hari ini, Sarawak telah diisytiharkan berstatus zon hijau selepas tiada jangkitan baharu Covid-19 selama 14 hari di daerah Kuching dan Serian.


Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata berikutan itu, pihaknya memutuskan operasi perniagaan di Zon 1 meliputi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian kembali beroperasi seperti biasa berkuat kuasa Sabtu ini.


"Selepas berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan industri pelancongan serta meneliti perkembangan terkini COVID-19 di Sarawak apabila semua kawasan menjadi zon hijau, maka operasi perniagaan yang sebelum ini dihadkan hingga jam 10 malam, akan dibenarkan beroperasi seperti biasa mulai 15 Ogos ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, sejak Mac lalu jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Sarawak adalah seramai 681 orang.


Bagaimanapun katanya, sebanyak 10 kluster masih aktif di negeri ini membabitkan sebanyak 70 kes.


Terdapat lagi kluster yang aktif itu ialah:

  1. Kluster Syarikat Kejuruteraan

  2. Kluster Mambong

  3. Kluster Pusat Perubatan

  4. Kluster Jupiter

  5. Kluster Pasar Stutong

  6. Kluster Jeti Kuching

  7. Kluster Sentosa

  8. Kluster PUI Melbourne

  9. Kluster Syarikat Pembinaan Kuching

  10. Kluster Pasar Satok



1 view

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf