Search
  • akmalalamshah

Rentas pergunungan Rocky dan tasik tasik biru di Canada




Pergi ke Canada dalam bas pelancong memang biasa, tetapi bila ada tempat cantik di tepi jalan pun tidak boleh nak berhenti ambil gambar dan selfie. Rarecation sahaja ambil cabaran untuk memandu sendiri supaya kita mampu jelajah ke tempat-tempat cantik yang jarang-jarang menerima pelawat.


Canada, bukan sahaja orangnya ramah, deretan gunung bersalji tasik berwarna turqoise, sekali lihat seumpama satu lukisan syurga. Tasik yang terkenal di sini adalah Tasik Louise, permata Canada, jika kita ke sini pada waktu pagi, sebelum matahari terbit lagi dengan secawan kopi panas di tangan, kita duduk di hadapan tasik ini, rasakan nikmat melihat landskap dan pergunungan Rocky disinari mentari pagi.



KUALA LUMPUR - EDMONTON

Penerbangan merentas separuh globe ini akan mengambil masa sedikit. Namun penerbangan ini tak terasa panjang apabila membayangkan kawasan pergunungan Rocky dengan tasik berwarna Turqoise sedang menanti.

EDMONTON

Edmonton adalah salah satunya bandar kedua terbesar di negeri Alberta Kanada selain Calgary. Hari pertama kita di sini setelah penat lelah perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang 26 – 28 jam.

BANFF

Kita akan menginap di Banff selama 2 malam kerana di Taman Negara Banff terdapat banyak tempat semula jadi yang menarik seperti tasik Moraine yang hijau kebiru-biruan berlatarbelakang gunung-gunung salji. Beberapa aktiviti menarik akan kita lakukan di Taman negara Banff seperti berkayak di Tasik Moraine dan kita akan menaiki Banff Gondola Cable Car.



BANFF


Hari ini kita kita akan pergi ke beberapa lokasi tasik seperti Vermillion Lake, Bow Falls Banff, Two Jack lake dan BankHead di mana terdapat sejarah orang Kanada menggunakan keretapi wap untuk dijadikan pengangkutan mereka dahulunya.

JASPER

Bandar alpine Jasper terletak di tengah-tengah taman negara, yang terletak di tengah-tengah gunung besar. Ianya sangat mencabar sekiranya kita menggunakan jalan darat untuk meneroka setiap sudut Taman Negara Jasper ini. Tapi jangan risau kerana langkah keselamatan akan diambil dan kita akan pastikan keselamatan peserta diutamakan.


JASPER

Berdekatan bandar Jasper terdapat Jasper SkyTram, yang akan membawa kita ke puncak Whistlers Mountain. Berdiri pada ketinggian 2,500 m (8,100 kaki), pemandangan di hadapan anda sangat indah, merangkumi bandar, pergunungan yang jauh yang kelihatan bersama-sama awan menghiasi pemandangan yang indah ini, dan tasik berkilauan biru dan perak di bawah sinar matahari. Kita tahu Rockies ini luas dan besar kawasannya, tetapi jika dapat melihat sedikit dari puncak ini, pasti dapat kepuasan yang tiada bandingan.

JASPER

Selain itu juga, kita akan melihat sendiri keunikan beberapa air terjun yg terdapat di sekitar Jasper ini sendiri seperti Athabasca Falls yang terletak 30 minit perjalanan keluar dari bandar Jasper. Anthabasca adalah air terjun semula jadi yang turun dari Rokies dan kadangkala percikan air terjun itu sendiri boleh menampakkan pelangi.

JASPER - EDMONTON

Daripada Jasper kita akan ke Edmonton untuk persiapan balik.

EDMONTON - KUALA LUMPUR

Alhamdulillah selesai sudah perjalanan kita di Canada. Pastinya kenangan indah dan kecantikan landskap di sana bersama kita di dalamnya sudah di rakamkan oleh kapten kita. Sepanjang perjalanan pulang akan terus termimpi lagi pemandangan indah pagi di Tasik Moraine.


Canada merupakan negara 4 musim. Bila sebut 4 musim ni, kenalah tahu, bila waktu yang sesuai untuk melancong. Jangan nanti, sampai di sana musim salji tapi tak bawa baju sejuk. Untuk elakkan perkara seperti ini berlaku, ini adalah panduan buat anda jika ingin travel to Canada. Musim luruh : September. Musim sejuk : Disember Musim bunga : Mei. Musim panas : Julai


Berminat untuk ke Canada tahun ini? Jum bersama kami hanya di Rarecation

Untuk makluman klik disini https://www.rarecation.com/pakejcanada




15 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf