Search
  • akmalalamshah

Ramai traveller ambil mudah tentang keselamatan semasa melancong


Ini juga satu masalah yang sering terjadi kepada pelancong ketika travel adalah soal keselamatan. Ini bukan sahaja melibatkan diri anda tetapi kepada yang lain juga. Lagipun melancong di luar negara tak sama melancong dalam negara sendiri. Soal keselamatan ni bukan hal kecil yang boleh dipermainkan. Jadi, marilah baca tips yang bakal dikongsikan ini sampai habis.





1. Beli travel insurans


Travel insurans sangatlah penting. Anda boleh beli insurans yang cover kos kemalangan dan perubatan, TETAPI, anda juga diingatkan tak semua hospital di luar mempunyai kos rawatan murah berbanding di Malaysia. Lagi satu, pilih juga pengurusan kematian jika ke luar negara supaya jika berlku kematian, segalanya akan diuruskan sehingga pulang ke tanah air.



2. Ambil tahu isu semasa


Sekarang ini isu pertama di Malaysia adalah mempunyai gelombang panas sehingga mencapai 40 darjah C. Isu semasa juga merupakan perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum travel. Jika destinasi yang anda pilih untuk travel mengalami bencana alam, jangan tergesa-gesa batalkan penerbangan. Anda boleh rujuk kedutaan Malaysia atau rakyat tempatan tentang keselamatan di sana. Sama ada masih selamat untuk ke sana atau pun tidak.


Tuan Haji Saiful Nang bersama H.E Ambassador Datuk Badruddin bin Abd Rahman, Duta Besar Malaysia di Sweden dan anak-anak beliau di kediaman rasmi.

2. Kedutaan Malaysia


Untuk kedutaan, anda juga boleh emelkan tentang diri anda ke kedutaan malaysia sebagai langkah keselamatan untuk ke luar negara. Boleh rujuk sumber ini sebagai panduan.

http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/borang/LuarNegara/Permohonan%20Perlindungan%20Insuran%20-%20Lampiran%20A%20&%20B.doc



3. Elak naik teksi bersendirian


Kalau anda seorang wanita, elakkan naik teksi bersendirian. Pilihan kenderaan awam lain seperti bas. Jika kawasan tersebut tinggi dengan kes jenayah, jangan berseorangan bila hendak kemana-mana. Elakkan melalui jalan gelap dan berhampiran pub.


4. Jangan tunjukkan harta benda anda


Pernah tahu tentang scam? Ha, kalau negara kadar jenayahnya tinggi, mestilah ramai kaki scam. Jadi janganlah tunjuk sangat yang anda ini berharta. Sorokkan lah sikit harta benda seperti kamera, barangan kemas dan sebagainya.  Contohnya peniaga kaki scam, kalau mereka tengok anda berharta, makin peramahlah memujuk anda membeli. Entah-entah harganya pun berganda ! Hati hati



5. ATM 


Dah sampai mesin ATM jangan lah tunjuk sangat yang anda mempunyai wang yang banyak. Masukkan wang anda ke dalam dompet sebelum keluar dari situ. Manalah tahu, ada mata-mata yang memerhati dan berminat dengan wang anda.


IKLAN


Trip ke New Zealand harus ada dalam bucket list semua orang yang suka travel dan banyak destinasi wajib dan menarik pergi di New Zealand pada 23/3 sehingga 01/04/ 2019 , Jika berminat tekan pada Link atau foto dibawah ini :




6. Simpan wang tunai di beberapa tempat


Jangan simpan wang anda di dalam dompet sahaja. Selitkan juga di bagpack atau di tempat yang selamat seperti poket bag atau di poket baju / seluar. Yelah, mana tahu dompet anda hilang, dan kalau semua wang ada dalam dompet, maka musnah lah mood bercuti !



7. Sorokkan passport


Jaga passport anda seloknya. Kalau hilang, maka jadilah anda pendatang tanpa izin di negara orang.



8. Jangan buka dompet depan khalayak ramai


Ini penting. Jika anda ingin membayar barangan yang dibeli, jangan keluarkan dompet anda. Nanti terkeluar pula duit yang berkepuk tu. Mana tahu, di situ ada penjenayah? Jadi, keluarkan jumlah yang ingin dibayar sahaja kepada penjual. Itukan lebih selamat.


8 tips yang mungkin boleh membantu keselamatan anda di tempat orang. Jagalah keselamatan sebaik mungkin. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.


Ada tambahan? Sila komen dibawah. Semoga perjalanan kita sihat inshaallah.





57 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf