Search
  • Saiful Nang

RAMAI PELANCONG KE TURKEY DAN CHINA KENA SCAM TAPI TAK SEDAR

Updated: Jan 31, 2019

Biasa dengar pakej ke Beijing China selama 8H7M hanya RM1999 di hotel 5 bintang? Secara matematiknya macam ada tak kena. Penerbangan sahaja sudah RM1000 kosnya. Jika pergi berkumpulan, biasanya tidak semurah beli di web syarikat penerbangan ataupun penengah atas talian sesawang seperti skyscanner atau cheapflight. Baki lag RM999 untuk tampung 7 malam di hotel 5 stars? Biar betul? Susah nak jumpa kira-kiranya kan? Tak cerita makan lagi, jalan-jalan lagi, WAH! Tapi memandangkan bila benda murah, kita pun cepat sahaja nak bayar. Tapi ini scam yang baik lah. Di China dan di Turkey, lebih kurang sahaja sama masalahnya. Yang bayar tetap dapat pergi dan dapat ambil gambar juga beri kawan-kawan cemburu sampai keluar bulu-bulu di leher. Cuma, berikut ialah situasi bila kita sebenarnya kena scam.


1. KENA PAKSA MEMBELI BELAH DI "PUSAT SEMBELIHAN"

Awak semua perlu tahu, pada setiap hentian mereka bawa kita shopping jika di Turkey mereka akan ambil sehingga 40% apa yang kamu belanjakan. Di China teruk lagi. Sebab itu syarikat penyedia khidmat pengurusan darat di negara itu boleh berikan harga termurah. Malah, harga itu di bawah paras untuk buat untung pun. Siapa nak bisnes kalau tak untung. Ketahuilah, tempat shopping itu kami panggil "Rumah Sembelih" dan siapa yang kena sembelih? awak lah yang terpaksa stop di situ.


Pemandu pelancong memang akan cakap tempat itu terbaik, barang berkualiti, kalau barang kulit siap buat pertunjukan fesyen di atas pentas peragaan. Masuk sahaja kita terasa ekslusif yang menyambut kita lelaki dan wanita segak juga ayu menghidangkan air jus yang air haram juga. Bila dah jamah, kemudian tengok-tengok tak beli itu memang mengundang kemarahan mereka. Kita pun jadi segan. Akhirnya kita meneroka ruangan beli belah mereka untuk mencari apakah barang termurah untuk di bawa pulang. Itupun barang termurah masih lagi mahal. Tak mampu beli jaket kulit berharga USD2000 kita beli lah dompet syilling kulit itupun harganya dah USD150. Melayanglah USD150 dan bagi orang seperti saya yang keras hati, just jalan sahaja dan bila digoda-goda dengan gadis-gadis yang kadangkala suka betul melabuhkan kolarnya untuk menguji getaran tulang rusuk. MINTA MAAF, SAYA TAK ADA DUIT. Dengan tarik muka, terus naik-kan semula kolar longgar tadi dan pergi layan orang lain.


Di China ia lebih kasar. Kadangkala sampai kita nak keluar dia kejar kita suruh beli juga. Ada yang kurang bijak dan terpedaya oleh jurujual tampan dan gadis yang panas beli jugalah sehelai jaket bernilai USD2000 dengan alasan mereka ini kilang yang sama membuat jaket untuk Fendi, LV, Prada, Hugo Boss dan macam-macam jenama terkenal yang lancar benar mulut mereka menyebut. Bangga berjalan keluar dengan jaket bernilaii USD2000 kemudian bila ke Grand Bazaar terlihat jaket yang sama salin tak tumpah hanya bernilai 600 Lira. Siapa tak menjerit.


Apa jadi bagi syarikat pengembaraan yang mahu menolak untuk berhenti di tempat beli belah ini? Kami akan dikenakan bayaran tambahan sehingga USD180 untuk setiap pelancong yang kami bawa. Tapi terpaksalah semua pilih untuk beli belah juga kerana pasaran sukakan harga pakej murah kan? Kalau kena bayar USD180 tu, siapa yang kena bayar? Pelanggan juga.


Kamu membeli belah, tukang bawa senyum meleret mengira 40% dari apa yang kamu belanjakan terus masuk dalam saku mereka. Pengiring kamu dari Malaysia cuma dapat dalam 10-20% sahaja dari 40% yang mereka beri kepada syarikat pengendali darat.


SCAM ini direstui oleh negara destinasi terutama Turkey dan China.

2. HARGA AKTIVITI YANG MENJERUT GINJAL DAN REKTUM


Hot Air Ballon yang boleh dapat dengan harga USD100 boleh sampai USD300. Kemudian kita ditakut-takutkan untuk tidak membuat aturan sendiri untuk aktiviti sebegini kononnya banyak penyedia murah tapi tidak selamat dan macam-macam ide mereka nak menjerut. Ini biasa terjadi di Turkey. Tapi biasalah kan, kita akan ambil juga walaupun ia lebih mahal dari maskahwin Julia Banos. Alasan kita ialah "Pengalaman sekali seumur hidup, nak berkira sangat kita sampai sini bukan selalu" maka berlakulah sekali lagi fasa penyembelihan yang direstui kerajaan.




3. TRIK MURAH HALF-BOARD


Bila kita travel mesti kita makan kan? Selalu orang nak rasa explorasi makanan tempatan dengan mengambil trip half-board. Biasanya sarapan dan makan malam sahaja di hotel. Makan tengahari di restoran yang penyedia suka. Perhatikan, bila mana kita turun sahaja makan tengahari, kita bukan boleh pilih restoran mana. Hatta, hentian rawat dan rehat mereka pun adalah hentian terpilih yang hanya ada bas pelancongan. Pelik kan? Kenapa pengguna lebuhraya lain tidak gunakan hentian tu? Rupanya di dalam itu harga seketul daging kofta sahaja sampai 20 lira. Habis makan-makan yang tak seberapa sahaja sudah kena bayar 60 Lira. Ini juga ialah harga sembelih dan hentian itu ialah hentian syaitan. Tanpa sedar, kita balik kampung cerita pada rakan surau "Best Turkey tu, tapi makanan dia MAHAL SANGATT".



4. SCAM HOTEL 5 BINTANG


Hotel seperti yang dimaklum sebelum kita berangkat dari Malaysia ialah berbintang 5. Sekali bila sampai ke hotelnya, ia kelihatan seperti Hotel Seri Malaysia yang hampir nak tutup. Asal ada kolam renang, terus jadi hotel 5 bintang. Bila dicari dalam Agoda, tak ada pula nama hotel ni. Penarafan 5 bintang itu ialah penarafan secara berpersatuan di kalangan pengusaha-pengusaha pelancongan di negara itu untuk mengiktiraf hotel murah itu sebagai 5 bintang. Kita kan seronok bila harga murah tapi boleh tinggal di hotel 5 bintang. Macam tak logik sangat kalau nak menipu pun. Pergi ke tengah bandar sikit nampak Hilton, Intercon semua tu penarafannya 5 bintang juga. Tapi bezanya macam langit dan bumi juga. Lain kali, jangan teruja sangat bila pakej yang dijual itu murah tapi tapi hotelnya dikatakan 5 bintang, itu nampak sangat menipunya. Hotel 5 bintang untuk 7 malam tidak-tidak pun dalam RM5000 jumlahnya, tapi kita bayar pakej semua sekali dengan penerbangan cuma RM1999. Mereka buat bisnes, tak ada maknanya mereka tu baik hati sangat nak subsidi hotel 5 bintang kecuali hotel itu tarafnya hanya 5 bintang di kalangan syarikat-syarikat pengendali urusan darat. Kalau RM1999 tapi setiap hari tinggal di Hilton atau Raffles ialah satu keajaiban. Mempercayai ia berlaku sama seperti mempercayai seorang lonte itu masih perawan.


Sebenarnya ada banyak lagi kalau nak dikongsikan. Hujungnya, tidak ada sesuatu itu datang dengan harga yang murah tanpa sebab-sebab yang tak boleh nak dijelaskan. Memang bayar trip ke Turkey RM3999 dan ke Beijing RM1999 tapi hujung-hujung bila balik Malaysia semula, tahu-tahu dah habis RM10k juga dalam pada ikat-ikat perut dan mengekang nafsu nak tayang berduit bila digoda jurujual cantik yang gedik. Sebab itu selepas melalui semua pengalaman melancong dengan harga murah masa bujang-bujang dulu, saya rasa itu bukan cara seorang pengembara nak bercuti. Lagi tertekan melancong dari duduk di rumah buat kira-kira cukai nak dibayar kepada lembaga. Sebab itu, untuk keluar dari industri scam terbuka dan halal ini, saya buat trip macam yang saya suka di RARECATION. Puas hati, mahal sikit sahaja tapi telus dan menggembirakan. Sebab tu kita pakai tagline dalam carian Google "Bukan yang termurah tapi selalunya yang terbaik". Kita pun tahu ramai yang cari yang murah-murah bila mereka menggugel.


Sampai jumpa lagi. SAIFUL NANG Pengasas / CEO Rarecation Travel Sdn Bhd


10,125 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf