Search
  • Nik Shafie

QATAR MENAWARKAN TIKET PENERBANGAN SAH SELAMA 2 TAHUN


Selepas memberi tiket percuma kepada frontliner, sekali lagi Qatar menawarkan berita baik kepada para traveler. Waktu ini Qatar Airways menawarkan pakej penerbangan paling berbaloi yang valid selama 2 tahun. Dipanggil "Travel With Confidence", Qatar Airways memberikan kelonggaran kepada semua penumpang untuk atur balik jadual penerbangan mereka tanpa tambahan kos. Polisi ini ditetapkan 2 bulan lalu, apabila berita tentang pandemik Covid-19 mula berleluasa. Mengikut polisi daripada laman web mereka, kalau kita ada buat tempahan atau plan untuk travel bersama Qatar Airways pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2020, kita boleh simpan tiket flight yang kita sudah bayar untuk digunakan pada masa yang lain-- paling lama 2 tahun.

Yang paling menarik tentang tawaran ini adalah pertukaran destinasi secara percuma-- tiada tambahan bayaran langsung. Dan ini bukan saja sah untuk pertukaran destinasi dalam negara macam dari Geneve Airport ke Bern Airport di Switzerland. Kita boleh tukar destinasi kita ke mana-mana negara lain yang dalam radius lebih kurang 8,047km. Cuba bayangkan: kita beli tiket ke Doha yang harga lebih kurang RM2,400 tapi kita tukar destinasi ke London yang harganya hampir lebih mahal dari harga tiket Doha. Lagi berbaloi, setuju tak? Lebih menarik lagi kita pun boleh beli tiket Business Class ke destinasi yang paling murah dan tukarkannya untuk ke tempat yang lagi jauh tanpa sebarang bayaran tambahan.

Kalau kita frequent flyer dalam Qatar Airways, tiket penerbangan itu juga boleh ditukarkan kepada Qmiles point, untuk 100 Qmiles setiap 1USD (RM4.35). Kita boleh tebus Qmiles untuk ganjaran seperti extra baggage dan cabin upgrade. Ataupun boleh tebus untuk voucher bernilai 10% lebih untuk penerbangan akan datang. Dan akhir sekali, Qatar Airways boleh memberi pulang bayaran kita jika penerbangan kita dibatalkan oleh Qatar Airways. Satu tawaran yang menarik bagi semua kaki travel.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf