Search
  • akmalalamshah

PLAN BERCUTI: TRAVEL AGENCY ATAU SENDIRI?

Updated: Mar 3, 2019

Ramai yang berada di dalam dilema bila nak rancang percutian. Samada nak plan sendiri percutian atau serahkan pada yang pakar untuk rancang percutian anda. Kepada mereka yang berhasrat untuk bercuti bersama keluarga atau sedang merancang untuk trip berbulan madu, sila baca perkongsian dari pakar pengurus percutian Rarecation ini supaya perjalanan anda lebih teratur dan bermanfaat. 


Jangan lupa kongsi dekat rakan-rakan ya, semoga bermanfaat kepada kita semua.




MASA / TEMPOH PERCUTIAN

Tak ramai yang ada peluang bercuti panjang untuk travel. Dilema yang selalu ada bila ada terlampau banyak aktiviti / destinasi nak pergi dalam satu trip. Travel sendiri hanya punya kelebihan jika anda ada masa yang panjang dan perancangan yang betul. Salah rancang, boleh buang banyak masa atas jalan. Serah saja pada yang pakar. Travel agency yang berpengalaman tahu macam mana nak susun tempat yang terbaik dengan ruang masa yang ada.

TIPS : Elakkan melawat terlampau banyak negara dalam trip yang singkat. Enjoy the culture di setiap tempat yang anda singgah.

KESELESAAN

Travel sendiri pasti menarik jika dah ada pengalaman. Tak semuanya mudah. Perlu mereka yang kental dan selesa dengan gaya hidup traveler bila ke luar. Bagi yang baru nak mula jadikan travel sebagai hobi. Mulakan dengan travel agency / guided tour bila anda travel ke negara asing. Ini membantu untuk anda menyesuaikan diri sehingga yakin untuk travel sendiri. Newbies jangan runsing ye.

TIPS : Fahami betul-betul travel concept, mode of transport, accommodation dan lain-lain sebelum pilih trip kembara anda.

JUMPA ORANG BARU

Bila travel by group, pasti jumpa ramai orang baru di sekeliling kita. Ini memberi peluang bagi mereka yang agak pasif atau pemalu untuk bawa diri bila travel. Anda hanya sentiasa bersikap toleransi dan beri kerjasama yang baik. Pasti seronok bila jumpa kawan baru yang share minat yang sama

TIPS : Masak sendiri ketika trip boleh jadi bonding time yang paling best antara peserta kembara. Bukan sahaja makanan ikut selera orang kita tapi cukup menjimatkan.

INFORMASI

Kebanyakan traveler yang travel sendiri juga biasanya gunakan tour guide bila melawat tempat bersejarah atau cultural experience. Ini untuk beri lebih informasi tentang tempat oleh mereka yang lebih tahu. Tak adalah anda sibuk dengan guide book saja sepanjang lawatan. Lebih menarik jika ikuti guided tour yang boleh cerita lebih tentang sesuatu lokasi / tempat bersejarah. Just sit back and relax.


TIPS : Anda boleh assign local tourist guide yang expert di tempat tertentu persinggahan anda. Mungkin agak costly untuk cover sepanjang trip. Atau boleh saja ikut fully escort trip oleh Rarecation. Captain bukan saja jadi guide, malahan teman baik anda sepanjang trip.

LESS HASSLE

Merancang percutian perlu banyak masa on research dan sentiasa ada ruang untuk perubahan di saar akhir. Perancangan yang perlukan anda untuk decide yang melibatkan flights, penginapan, makanan, apa aktiviti yang boleh buat, tukaran wang, emergency contact, insurans dan banyak lagi. Kadang-kadang urusan ini berterusan sehingga masa anda nak terbang.

Penyelesaian terbaik ialah ikut travel agency. Everything was arranged. Anda hanya perlu menikmati perjalanan dan tidur dengan lena.

TIPS : Perancangan percutian yang awal adalah lebih baik. Jangan lupa

KESELAMATAN

Ramai yang takut untuk travel sendiri kerana isu keselamatan. Ada sesetengah negara memang amat selamat untuk dilawati. Tapi ada yang buatkan anda rasa agak berbahaya untuk berjalan sendiri. Guided tour by agency membuatkan anda rasa lebih selamat. Isu keselamatan sepanjang laluan trip sudah difikirkan dan dielak dengan sebaik mungkin.

TIPS : Sentiasa baca review dari traveler lain tentang isu keselamatan di setiap tempat yang akan anda lawati. Wajib tahu do's and dont's di setiap yang kita lawati.

DESTINASI RARE

Ada kebanyakan destinasi yang rare hanya ada access bila anda ikuti group / guided tour. Lawatan ke Antartica dan night walking Safari hanya boleh dibuat untuk group tour. Tahap keselamatan dan pengalaman menyebabkan tidak semua pihak boleh access ke tempat tersebut. Jadi nak tak nak, anda wajib pakai travel agency untuk ke tempat seperti ini.

TIPS : Rarecation ada sediakan trip ke Antartica dan Great Migration Kenya. Jangan runsing. Kami ada kawan professional guide yang akan bawa kita semua.

Melancong sendiri atau guna khidmat ejen pelancongan. Mana lebih baik?

Mari kongsi pandangan anda.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf