Search
  • akmalalamshah

Pengembaraan Yang Penuh Rahsia Yang Tersimpan Rapi Dalam Dunia Eropah, Balkan.


Pengembaraan akan bermula menuju ke Zagreb, Croatia dari Kuala Lumpur. Penerbangan menaiki peneraju servis penerbangan terbaik dunia Qatar Airways dengan satu transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha kemudian meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Franjo Tudjman di Zagreb. Keseluruhan perjalanan akan mengambil masa 18 jam termasuk transit.



Zagreb


Ibu kota Croatia, iaitu Zagreb, landmark terbesarnya adalah Zagreb Cathedral, sebuah gereja yang tidak siap lagi dibina sejak tahun 1600-an. Selain daripada itu, antara lokasi yang menarik di Zagreb adalah pasar paginya yang menjual sayur dan buah-buahan segar dan kita akan beli untuk stok makan kita untuk beberapa hari pertama.


Selepas selesai jelajah mini di Zagreb, kita akan ke Masjid Zagreb untuk makan tengahari di Restoran di dalam Masjid Zagreb, kemudian kita akan "check-in" di penginapan untuk beristirehat menghilangkan letih, selepas mengembara jauh. Malam ini, kita akan makan malam pertama bersama, serta sesi ice breaking untuk mengenali kesemua ahli keluarga Balkan kita yang baru.



LJUBJANA, SLOVENIA


Dari Zagreb kita akan terus ke sebuah negara jiran iaitu Slovenia.

Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah sahaja kita akan tiba di kota naga Ljubljana.

Ljubljana sangat terkenal dengan istana di atas bukit, Istana ini sering menjadi ilham untuk watak-watak cerita dongeng seperti Sleeping Beauty dan lain-lain kerana struktur istana di atas bukit dikelilingi dengan sungai.


Kita akan ke pekan Ljubljana, menaiki Funicular ke Ljubljana Castle, dan pasar tani di Ljubljana. Malam akhir ini, kita akan masak sehabis baik dan habiskan stok makanan sebagai malam terakhir kita di Balkan.



BLED - LJUBJANA, SLOVENIA


Bled, sebuah tasik simbolik kepada Slovenia. Pagi ini kita akan berpiknik di tepi tasik Bled, sambil melihat matahari terbit. Geng hiking? jangan lepaskan peluang untuk hiking mendapatkan view tercantik di Bled menaiki anak bukit lebih kurang 20 minit.

Yang tak hiking, jom kita menaiki bot mengelilingi tasik Bled dan ke pulau kecil Bled mendapatkan view yang tidak kurang cantiknya.



PLITVICE LAKE


Hari ini kita akan berpindah daripada Zadar ke Slovenia. Sambil itu, kita akan berhenti di taman negara Plitvice, sebuah kawasan yang telah dijaga oleh UNESCO Heritage.

Kita akan menghabiskan keseluruhan hari ini trekking di Plitvice Lake yang mengambil masa lebih kurang 3 jam menikmati pemandangan yang sangat cantik trekking serta menaiki bot di sekitar taman negara ini.



ZADAR

Kita akan mengambil peluang hari ini untuk menikmati cruise setengah hari ke pulau-pulau seberang Zadar, di sini kita akan dapat melihat "perkampungan" nelayan Croatia yang sangat lain daripada perkampungan nelayan di Malaysia!


Cuba bayangkan penduduk nelayan tidak menaiki perahu, tetapi menaiki bot putih yang besar serta peralatan yang canggih menangkap ikan.

Selepas itu kita akan menghabiskan masa di Kota Lama Zadar, menikmati pemandangan cantik dan kalau berkesempatan kita dapat melihat ikan lumba-lumba diperairan Zadar ini. Jangan lupa ke Sea Organ, sebuah alat musik yang melodinya terhasil daripada pukulan ombak.



DUBROVNIK

Hari ini kita akan ke kota mainan takhta atau dalam bahasa inggerisnya Game of Thrones. Dubroknik sangat terkenal disebabkan filem ini.

Tempat ini sangat unik dan cantik, terasa seperti di sebuah planet asing apabila berada di dalam kota ini.

Pelbagai aktiviti boleh kita lakukan, seperti boat ride, cable car dan shopping!



KOTOR, MONTENEGRO


Kotor ini indah khabar dari rupa. Terletak di selatan Balkan, Montenegro dahulunya tanah jajahan Serbia, dan mereka mendapat kemerdekaan dan kini keluar dari Serbia.

Kota Kotor lebih cantik apabila kita melihat dari atas. Siapa yang mampu, jom hiking!




MOSTAR​


Mostar merupakan bandar yang terletak di Herzegovina, merupakan bandar Muslim yang telah ditawan hak untuk mengembangkan agama dan kedaulatan di atas pemerintahan Croatia. Malam ini kita akan makan di restoran di dalam bandar Mostar. Tak perlu risau, restoran di Mostar menghidangkan makanan yang halal dan menunya ala Arab dan Turki. Saiz hidangan pula? Hidangan seperti orang Arab!

Kita akan menginap di Mostar selama 3 malam, dan memberi peluang untuk mengenali dan mengetahui kisah-kisah disebalik peperangan dan perjuangan saudara semuslim kita di negara ini.



SARAJEVO


Hari ini kita akan ke Sarajevo, ibu negara Bosnia dan Herzegovina. Mostar terletak di Herzegovina, manakala Sarajevo pula terletak di Bosnia. Jangan tekejut apabila mereka tidak menggunakan nama Sarajevo tetapi menggunakan ganti nama Bosnia merujuk kepada ibu negara tersebut.


Kita akan menziarahi Tunnel of Hope (juga dikenali sebagai Tunnel of Life), sebuah laluan yang memberi harapan kepada bangsa Bosnia dan Herzegovina yang menyalurkan makanan dan bantuan sewaktu mereka tidak dibenarkan menentang tentera Serbia oleh United Nation sewaktu tempoh perperangan.



KRAVICE FALLS - POCITLJ - MOSTAR


Kita akan mengambil peluang pagi ini untuk ke Air Terjun Kravice yang terletak lebih kurang 30 minit daripada bandar Mostar. Keluarkan kamera dan tripod masing-masing, kita akan mempraktikkan teknik mengambil gambar dengan jaminan lebih 20 like satu gambar!

Kemudian kita akan berhenti seketika di Pocitelj (Pocitely), sebuah kota yang ditawan sewaktu kejatuhan pemerintahan Khalifah di muka bumi ini. Kita akan solat dua rakaat di sini serta menawan menara tinjauan Pocitelj dengan pemandangan yang super cantik.



BANJA LUKA


Subuh pagi ini, kita akan ke Masjid Fehrat Pasha, yang dikenali sebagai Masjid Banja Luka, antara masjid yang dimusnahkan oleh pemberontak Serbia, yang kini dilindungi oleh UNESCO, serta menikmati sarapan pagi seperti orang lokal menikmati Pite yang sangat sedap sehingga termimpi-mimpi selepas 6 bulan akan datang.

Dalam perjalanan ke Mostar kita akan berhenti di sebuah air terjun Jajce yang tingginya 10 meter dan kemudiannya ke Masjid Malaysia di Turbe yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu peperangan di Bosnia, serta makan tengahari, sebelum meneruskan perjalanan ke Mostar.

Malam berganti siang, siang berganti malam, akhirnya perjalanan kita di bumi Eropah akan berakhir pada hari ini, kita akan bertolak ke Zagreb pada pagi ini dan menaiki penerbangan pada belah petang.


13 hari 10 malam sangat cukup, melawat kubu-kubu lama yang kukuh, perang yang berpanjangan dan mendapat pengaruh dari tamadun yang berbeza-beza menjadikan tempat ini sangat unik. Orang-orang di Montenegro sangat tinggi, dan berada dalam kekeluargaan, 1 kampung 1 keluarga. Orang Bosnia sangat peramah dan baik. Croatia yang sangat cantik taman negaranya tetapi barang agak mahal, Slovenia amat tenang dan pengaruh Eropah barat sangat ketara.


0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf