Search
  • Travel Advisor

Pengembaraan terbaik merentas Jepun dari Sapporo hingga ke Fukuoka; dari Utara hingga ke Selatan

Updated: Apr 5, 2019


Dulu bila kami kata nak buat trip rentas satu Jepun, orang kata kami gila. Tapi kami dah buktikan ianya POSSIBLE dan kami telah pun lakukannya bagi dua tahun berturut-turut. Memang kebiasaan untuk kami tukar route every year supaya setiap trip Rentas Jepun, peserta kita akan mendapat berlainan experience, dan kapten kita pun tak suka dengan repetitive itinerary sebab boring.

SAPPORO - HAKODATE - KAKUNODATE BUKEYASHIMI - TOKYO - KAWAGUCHIKO - KUROBE GORGE - SHIRAKAWAGO - KYOTO - KURASHIKI GORGE - FUKUOKA

Map perjalanan pengembaraan merentas jepun 2019

Kelainan trip kita tahun ini, kita akan mendarat di airport yang terbesar di Hokkaido dan akan memulakan perjalanan di bandar Sapporo, iaitu bandar terbesar di Hokkaido. Kita akan strolling around the city dan masa ini lah untuk kita merasa pengalaman makan king crab yang segar bugar, manis dan bersaiz giant. Cakap je nak masak apa, sambal king crab, king crab salted egg, atau nak rebus kosong sahaja pun dah sedap. InsyaAllah semuanya kapten kita boleh tunaikan.


Tengoklah sendiri indeks kegembiraan peserta kita dapat makan king crab size sebesar lengan

Kemudian, kita akan ke Hakodate dan berjalan di sekitar Red Brick Warehouse dan yang paling best, kapten akan bawa semua peserta untuk menikmati "The Million Dollar View of Japan" dengan menaiki cable car. Masa kita pergi ni musim luruh, jadi pemandangan dari aras tinggi cable car memang sangat cantik dengan pokok dipenuhi dedaunan bermacam-macam colour dari oren kekuningan hingga kemerahan. Memang satu pemandangan yang sangat priceless.


Autumn foliage captured by our captain

Perjalanan memburu autumn foliage diteruskan lagi sehingga ke Kakunodate Bukeyashiki. Di perkampungan ini kita akan menikmati keindahan intense foliage di hadapan rumah tradisional samurai yang berusia ratusan tahun yang masih dipelihara dengan baik sehingga kini.

Dihadapan salah sebuah rumah tradisonal samurai


Dah tiba masanya kita masuk ke bandar yang paling sibuk di dunia, Tokyo. Antara bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia. Di sebalik 13 juta penduduk, metropolis ni surprisingly sangat bersih dan antara yang paling selamat di dunia. Bersedialah untuk pengalaman menaiki subway dan metro yang super berselirat tetapi sangat efisyen. Dari Tokyo ke Kawaguchiko pula untuk menikmati Fujisan dari jarak dekat sambil ambil gambar bergolek bermain daun ginko berguguran.

Peserta kita dengan Gunung Fuji yang malu-malu nak menunjukan puncaknya

***************************************************

*IKLAN*


TRIP: RENTAS JEPUN (SETAHUN SEKALI) TARIKH: 5 - 16 NOV 2019 (12 hari 10 malam) HARGA PAKEJ: RM 9,690 per pax (join solo) RM 9,390 per pax (join berdua atau lebih) PAKEJ TERMASUK: 1. Tiket penerbangan pergi balik 2. Pengangkutan 3. Penginapan

4. Makan halfboard 5. Travel insuran 6. Kapten dari Malaysia yang juga professional photographer 7. Gambar-gambar sepanjang trip 8. Baju Rarecation Limited Edition 9. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

***************************************************


Selesai semua hal shopping menyopping (di Tokyo), kita teruskan perjalanan ke Kurobe Gorge. Kurobe Gorge ini sebenarnya adalah antara jurang terdalam di seluruh Jepun. Bukan hanya yang terdalam malah tercantik sehingga menjadi tarikan local Japanese dari seluruh pelosok Jepun apabila menjelangnya autumn. Kita akan menaiki keretapi menelusuri terowong dan memerhati gunung serta sungai yang berwana turqoise.


Dah sampai sini memang wajib okay nak bergambar dengan railway ni

Seterusnya kita ke Barat Jepun pula, Shirakawago which needs no introduction. Kalau kita sampai time peak autumn ni memang sangat indah. Ada satu kawasan tu kita boleh jumpa dedaunan bewarna kuning merah oren. Kat sini nanti boleh jumpa ‘longkang’ orang Jepun yang boleh bela ikan dalam tu. Punyalah bersih dan jernih je air longkang diorang kat situ, ikan gemuk gemuk.




Macam sawah bendang kat Kedah, tapi bukan! Haha.. Ni kita duduk-duduk di salah sebuah rumah di Shirakawago

Eh tungguuuu, pengembaraan kita belum habis lagi. Kita akan teruskan pula perjalanan kita ke Kyoto, yang dulunya merupakan ibu negara asal Jepun sebelum beralih ke Tokyo. Yang menariknya, Kyoto merupakan bandar yang menarik dari segi gabungan tradisional dan moden intrastruktur dan budaya. Toleh kanan nampak building canggih bertingkat-tingkat. Toleh kiri pula nampak rumah lama Jepun dengan makcik kimono tengah siram pokok bunga. Satu experience rare yang kita akan dapat ketika di sini.



Kita turun bawah lagi sehingga ke Kurashiki, keindahan perkampungan tradisional di Okayama ini memang tidak asing di kalangan pencinta sejarah Jepun. Nanti di sini kita boleh menaiki sampan yang didayung oleh pakcik pakcik yang berusia tapi masih maintain kekacakannya. Jalan kaki depan sikit, kita akan jumpa dengan longkang yang bukan sahaja bersih malah ada ikan koi berenang bebas di dalamnya.



Seterusnya kita ke selatan Jepun, kita akan ke canyon yang sangat cantik yang terbentuk dari plat gunung berapi. Lagi syok bila kita dapat menaiki sampan sambil menikmati keindahan air terjun yang mengalir masuk ke dalam sungai. This is definitely rare as this is the first time we are going here, especially in the peak autumn. Ramai Malaysian tak tahu mengenai destinasi yang super awesome ni.


Sebelum kita pulang ke Malaysia, kita meneruskan pula pengembaraan kita ke lokasi terakhir untuk siri pengembaraan ini, Fukuoka. Dikenali sebagai compact city, harga makanan disini juga paling murah antara 20 bandar utama Jepun. Selepas seharian stroll di Ohori Park untuk pemandangan dedaunan autumn kita yang terakhir dan melakukan sedikit last minute shopping, bersiap sedialah untuk kita pulang semula ke tanah air selepas 12 hari pengembaraan kita merentas seluruh pelosok Jepun.



TRIP NI SESUAI UNTUK SIAPA?


(i) Die-hard-fan Jepun

(ii) First timer

(iii) Nak explore Jepun sekali gus


Untuk maklumat lanjut mengenai trip merentas jepun, boleh click sahaja link ini


YANG BERMINAT NAK IKUT KAMI MENGEMBARA KE JEPUN, BOLEH CALL/WHATSAPP


+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)



1,286 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf