Search
  • Syibli

Tak ada yang gila-gila nak buat dari Stockholm ke Moscow merentas Lautan Baltic

Perjalanan yang sangat RARE dari Sweden kita naik Cruise di lautan Baltic sehingga ke Finland. Kemudian kita pergi ke St Pete sehingga ke Moscow. Yang berani, baca hingga habis

Berjalan di St Pete dengan view macam ni, lagi best ada pula photographer nak ambil gambar kita di sini

Tak ada yang gila-gila nak buat macam Rarecation buat. Multimode transport trip macam ni. Dari turun kapal terbang kita lepak di Stockholm . Sebelum itu, siapa tak baca sampai habis dia memang rugi. . Rasa fefeling romantik berjalan di bandar yang terbina dari berpuluh Pulau. Minum hot coffee duduk tepi jeti sambil layan sunset dan ada yatch & feri berselang seli. Macam dalam filem Hollywood . Esoknya kita naik Silja Line pula ke Helsinki.


Minum Caffe Latte di atas cruise sambil menikmati matahari terbenam di lautan baltic

Malam kita berbaju tradisi di aras teratas, sambil menikmati ribuan bintang di lautan Baltic, Rare kan

Ini di dalam cruise, ada shopping mall, sauna dan macam macam lagi. Bukan macam feri penang ya

Yang ini cruise yang sangat menarik. Since kita naik petang kita akan merasakan perjalanan dengan SUNSET FEELING yang lama sangat. Kalau di Malaysia ni, sunset macam matahari tercelup dalam air. Tapi di sana...slowwww sahaja sunset tu. 2 jam masih lagi warna kemerahan lagi kaki langit. Memang best. . Kita bermalam dalam pelayaran yang gelap tapi nampak semua bintang-bintang yang sangat cerah di tengah laut. Esok pagi-pagi kita sampai ke Helsinki Finland. Di sini kita ada 1 malam. Tapi tak ada masalah kerana Helsinki ni boleh explore jalan kaki sahaja. Kita ke Kauppatori Square sambil tengok kapal besar berlatarbelakang bangunan klasik yang masih terjaga. Ada apa di Kauppatori Square ni? Inilah market yang kalau nak rasa makan salmon fresh, di sini boleh makan salmon murah dan tak muak.


Ini di kluuvikatu tak jauh dari Kauppatori, banyak yang mengambil peluang nak tambah berat beg di sini (menyoping)

Salmon dia ori dari laut tau bukan bela dalam kolam belakang rumah. Kalau ada rezeki kita boleh terserempak dengan Ibu Dewi, warganegara negara jiran yang telah bermastautin disini. Tak pun kita pergi makan kuew teow goreng orang Tepeng kat sini, dah berpuluh tahun dia buka kedai kat sini. . Kita jalan-jalan cari coklat di Kluuvikatu ada banyak kedai coklat murah-murah dan sedap sehingga menjilat dinding. Kemudian kita rasa minum kopi di Kafe Carusel yang panaromic nampak kapal-kapal besar lalu dan tepi laut. Since laut dia di tepi pantai pun dah dalam, kita rasa kapal besar lalu macam rapat sangat dengan cafe kita minum kopi tu. Tapi kalau dah terlampau rapat sangaaatttt....jangan soal banyak, lari dulu (biasanya tak sampai macam tu lah). .


Fast forward kita NAIK TREN ke St Petersburg pula. Ini bandaraya paling cantik di Russia katanya. Ada banyak bangunan klasik dan sungai cantik yang banyak jambatan gerbang macam dalam cerita Troy, Jean of Arc. Rasa macam klasik sangat tempat ni. . Habis St Pete destinasi terakhir dan paling best adalah di Moscow macam orang Moscow. Nak jalan-jalan Moscow kita tak layan coaster bus. Kan kita nak feel macam orang Moscow. Kalau naik bas coaster, tak merasalah nampak cleaner & janitor cutting supermodel (How's life treating u unfair lady) dan pemandu tren Metro level George Clooney (Good for him). . .


Walaupun dah bercucu, tapi semua menjadi 30 tahun lebih muda bila join kami.

Di Moscow, kita habiskan banyak masa di Red Square pun makan hari. Yang minat shopping ala livin la vida come to me sayam sayam sayam tu...boleh teroka GUM, sebuah shopping mall paling classic di Eropah. Yang nak rasa ke toilet sangat, kita boleh pergi ke makam Lenin depan GUM tu sahaja. Yang rasa nak tengok bangunan macam candy warna warni tu belok kiri terus nampak gereja St. Basil. . Kita lama sikit di Moscow.


Terasa macam duduk dalam istana padahal ini cuma station keretapi metro di Moscow. Cantik sangat

Untuk mencari souvenir, kita ke Arbat Street. Nanti Kapten akan bawa ke kedai yang paling murah sepanjang Arbat Street tu. Nak tau mana, kena la ikut kami kesini. Sepanjang jalan tu pun banyak restoran halal, ada kedai Turki, kedai India, burger dan ayam goreng halal, tak usah risau nak makan. .


Banyak lagi yang menarik yang company biasa memang tak rajin nak bawa ke tempat-tempat mereka tak dapat kutip komisyen bila traveler membeli belah. . . Banyak lagi nak cerita, nanti dari iklan jadi travelog pula. Inilah iklan untuk orang yang terasa nak sangat pergi ke tempat rare di sudut dunia yang jarang orang nak pergi...boleh cuba trip ini



Keterangan lanjut semua ada di link https://www.rarecation.com/pakejmoscownordic . Tapi yang tak rajin buka link tu sila tengok summary berikut .


BILA : 11-21 MAC 2019 (11 hari 08 malam)

HARGA : RM11,970 seorang jika solo

RM11,670 seorang (jika berpasangan)

Bayi bawah 2 tahun RM3,950.

Bawah 11 tahun RM11,470.

.

VISA : KAMI URUSKAN DAN BAYARAN VISA

INCLUSIVE KAPASITI : 20 ORANG SAHAJA

KAPTEN : FATHUL (Pakar Kembara Russia & Negara Nordic) .

HARGA TERMASUK : Flight, tren, cruise, penginapan, makan halfboard. Juga tidak termasuk bayaran tempat-tempat berbayar. Biasanya kita pergi tempat yang free tapi lagi cantik dari tempat berbayar...kerana tak commercial.


BERMINAT?

Whatsap laju-laju 010 667 2731 (ALYA)

Whatsap laju-laju 010 667 2731 (ALYA)

Whatsap laju-laju 010 667 2731 (ALYA)

.

Cepat SEBELUM PENUH.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH SETELAH TRIP PENUH.

.

Mungkin juga trip penuh hari ini juga? Atau mungkin esok dah penuh....jangan tunggu lama-lama . DEPOSIT HANYA RM1000 DAHULU UNTUK LOCK THE DATE!!

246 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf