Search
  • Alya Sham

PENGEMBARAAN PALING RARE DI JEPUN MERENTASI SELATAN KE UTARA; DARI FUKUOKA KE SAPPORO

Asal namanya trip RARE, itulah keistimewaan kami. Ada yang pernah kata kami gila kerana nak buat trip yang tak pernah di buat dek orang. Tapi kami dah buktikan mereka salah dan ianya POSSIBLE kerana kami telah pun melakukannya dua tahun berturut-turut. Trip ini hanya ada pada musim luruh kerana musim luruh di Jepun memang terkenal antara yang paling cantik dalam dunia. Memang kebiasaan untuk kami tukar route every year supaya trip Rentas Jepun kita kekal RARE, dan setiap peserta akan mendapat experience yang berlainan.

FUKUOKA - TAKACHIHO GORGE - KURASHIKI GORGE - KYOTO - SHIRAKAWAGO - KUROBE GORGE - KAWAGUCHIKO - TOKYO - KAKUNODATE BUKEYASHIMI - HAKODATE - SAPPORO


Kita akan memulakan perjalanan kita di Fukuoka; dikenali sebagai compact city dengan harga makanan yang paling murah antara 20 bandar utama di Jepun. Waktu kita di sini, tengah peak autumn jadi boleh lihat autumn foliage yang awesome sebelum kita mengembara ke destinasi yang seterusnya.

Anak kecil juga sesuai jika nak mengikuti kembara merentasi Jepun ini

Setelah merehatkan badan, kita teruskan pula destinasi ke canyon yang sangat cantik yang terbentuk dari plat gunung berapi. Lagi syok, kat sini bila kita dapat menaiki sampan sambil menikmati keindahan air terjun yang mengalir masuk ke dalam sungai. Bayangkan dedaunan yang berwarna merah kekuningan contrast pula dengan sungai yang berwarna turqoise. Fuh! Jangan lupa datang sini bersama dengan yang tersayang, memang romantik! This is definitely rare as this is the first time we are going here, especially in the peak autumn. Ramai Malaysian tak tahu mengenai destinasi ni.

Pemandangan memukau di Takachiho Gorge

Kita naik lagi sehingga ke Kurashiki, keindahan perkampungan tradisional di Okayama ini memang tidak asing lagi di kalangan pencinta sejarah Jepun. Nanti di sini kita boleh menaiki sampan yang didayung oleh pakcik pakcik yang berusia tapi masih maintain kekacakannya. Jalan kaki depan sikit, kita akan jumpa dengan longkang yang bukan sahaja bersih malah ada ikan koi berenang bebas di dalamnya.


Belum sampai separuh lagi pengembaraan kita ya, ini baru mukadimah orang kata. Kita teruskan lagi perjalanan kita ke Kyoto, yang dahulunya merupakan ibu negara asal Jepun sebelum beralih ke Tokyo. Yang menariknya, Kyoto merupakan bandar yang menarik dari segi gabungan tradisional, moden intrastruktur dan budaya. Toleh kanan nampak building canggih bertingkat-tingkat. Toleh kira pula nampak rumah lama Jepun dengan makcik kimono tengah siram pokok bunga. Memang satu pengalaman RARE yang tidak akan dilupakan.

Autumn foliage everywhere.. Setiap ceruk yang kita pergi semua boleh jumpa daun-daun warna merah kekuningan..

Seterusnya, kita ke Barat Jepun pula, Shirakawago which needs no introduction. Sebuah perkampungan kecil yang juga diiktiraf sebagai Japan's UNESCO World Heritage site. Kalau kita sampai time peak autumn ni memang pemandangan dia sangat memukau. Ada satu kawasan tu kita boleh jumpa dedaunan warna kuning merah oren. Kat sini nanti boleh jumpa 'longkang' orang Jepun yang boleh bela ikan dalam tu. Punyalah bersih dan jernih je air longkang diorang kat situ, ikan semua gemuk-gemuk.

***************************************************

*IKLAN*


TRIP: RENTAS JEPUN (SETAHUN SEKALI)

TARIKH: 18 - 29 NOV 2019 (12 hari 10 malam)


HARGA PAKEJ:

RM 9,690 per pax (join solo)

RM 9,390 per pax (join berdua atau lebih)


PAKEJ TERMASUK:

1. Tiket penerbangan pergi balik

2. Pengangkutan

3. Penginapan

4. Makan halfboard

5. Travel insuran

6. Kapten dari Malaysia yang juga professional photographer

7. Gambar-gambar sepanjang trip

8. Baju Rarecation Limited Edition

9. Kelas fotografi percuma dari Saiful Nang Academy

***************************************************

Tengok gambar ni je pun dah boleh imagine betapa cantiknya kawangan ni. Memang secluded area, dan tiada pengangkutan awam di sekitarnya seperti train station.

Berlatarbelakangkan rumah tradisional di Shirakawago

Posing jangan tak posing..

Eh tungguuuu, kita baru sampai pertengahan pengembaraan ini - Kurobe Gorge. Kurobe Gorge ini sebenarnya adalah antara jurang terdalam di seluruh Jepun. Bukan hanya yang terdalam malah tercantik sehingga menjadi tarikan local Japanese dari seluruh pelosok Jepun apabila menjelangnya autumn. Kita akan menaiki keretapi menelusuri terowong dan memerhati gunung serta sungai yang berwarna zamrud.


Dah tiba masanya kita masuk ke bandar yang paling sibuk di dunia, Tokyo. Antara bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia. Di sebalik 13 juta penduduk, metropolis ni suprisingly sangat bersih dan antara yang super berselirat tetapi amat efisyen. Dari Tokyo ke Kawaguchiko pula untuk menikmati Fujisan dari jarak dekat sambil ambil gambar bergolek bermain daun ginko berguguran.

Peserta kita bergambar dengan Mount Fuji yang malu-malu nak menunjukkan puncaknya

Selesai semua hal shopping menyopping (di Tokyo), kita teruskan pula perjalanan memburu autumn foliage di Utara Jepun; Kakunodate. Di perkampungan ini kita akan menikmati keindahan intense foliage di hadapan rumah tradisional samurai yang berusia ratusan tahun yang masih dipelihara dengan baik sehingga kini.

Bergambar di hadapan salah sebuah rumah tradisional di perkampungan samurai

Kemudian kita akan ke Hakodate dan berjalan di sekitar Red Brick Warehouse dan yang paling best, kapten akan bawa semua peserta untuk menikmati "The Million Dollar View of Japan" dengan menaiki cable car. Masa kita pergi ni musim luruh, jadi pemandangan dari aras tinggi cable car memang sangat cantik dengan pokok dipenuhi dedaunan bermacam-macam colour dari oren kekuningan hingga kemerahan. Memang satu pemandangan yang sangat priceless.

Peserta kita bergambar dengan autumn foliage yang sangat cantik dan sungguh memukau!

Akhirnya, tiba juga kita ke penghujung trip ini. Kita akan akhiri perjalanan kita di bandar Sapporo, iaitu bandar terbesar di Hokkaido. Kita akan strolling around the city dan masa ini lah untuk kita merasa pengalaman makan king crab yang segar bugar, manis dan bersaiz giant. Cakap je nak masak apa - sambal king crab, king crab salted egg, atau nak rebus kosong sahaja pun dah sedap. InsyaAllah semuanya kapten kita boleh tunaikan.

Kita belt king crab size giant, lepas tu bawa balik dan masak ikut tekak melayu. Pehh terangkat!

Tak puas lagi makan kat rumah? No problem, kita boleh terjah market dia pula dan makan fresh seafood di sana terus.. Memang rasa dia berbeza dengan yang kita beli di supermarket.

TRIP NI SESUAI UNTUK SIAPA?

(i) Die-hard-fan Jepun

(ii) First timer

(iii) Nak explore Jepun sekali gus


Untuk maklumat lanjut mengenai trip merentas jepun, boleh click sahaja link ini


YANG BERMINAT NAK IKUT KAMI MENGEMBARA KE JEPUN, BOLEH CALL/WHATSAPP


+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)

+6010 667 2731 (ALYA)



112 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf