Search
  • akmalalamshah

PENGEMBARAAN MERENTASI 8 NEGARA EROPAH DALAM TEMPOH 15 HARI PENUH KETERUJAAN !


Baca itinerary di bawah untuk mengetahui ringkasan perjalanan trip EUROPE GOLDEN CIRCLE, pengembaraan merentasi 8 negara eropah, France, Belgium, Netherlands, Germany, Austria, Liechtenstein, Italy & Switzerland!



AMSTERDAM CANAL.

HARI PERTAMA KUALA LUMPUR - PARIS ​ Penerbangan kita menuju ke Paris dari Kuala Lumpur Perjalanan kebiasaanya mengambil masa sekitar 12-14 jam termasuk masa transit HARI KEDUA PARIS - BRUSSELS - AMSTERDAM

Kita tiba di Paris dari Malaysia pada harini dan meneruskan perjalanan ke Kota Amsterdam . Dalam Perjalanan kita akan singgah di Ibu negeri Belgium , Brussels untuk minum Kopi dan merehatkan diri sebentar sebelum menyambung perjalanan ke Amsterdam dan Daftar Masuk . Sepanjang perjalanan akan disajikan dgn pemandangan ladang-ladang canolla dan kincir angin moden.

PARIS, FRANCE.

KOTA PARIS DI WAKTU SENJA.

HARI KETIGA AMSTERDAM - VOLEMDAM

Hari ini kita memulakan perjalanan ke destinasi pertama kita ke Keukenhoff iaitu antara ladang tulip terbesar didunia (Hanya dalam musim bunga). Selepas itu kita akan meneruskan perjalanan menuju ke perkampungan Nelayan di Volemdam , Disini anda akan mengambil gambar bersama Kincir Angin Belanda traditional . Di pekan Volemdam anda juga boleh mencuba pakaian tradisional orang belanda sambil mencuba beberapa makanan laut sambil menikmati pemandangan di sini. HARI KEEMPAT AMSTERDAM - FRANKFURT - NUREMBERG

Kita meneruskan kembara kita hari ini dengan memasuki negara jerman , Kita akan singgah sebentar di kota frankfurt dan meneruskan perjalanan ke pekan Nuremberg. Rasai pengalaman melalui di lebuhraya tanpa had laju atau lebih dikenali Autobahn . Kita akan disaji kan dengan pemandangan hijau , rumah-rumah agam seperti istana dan juga istana lama semasa dalam perjalanan sebelum daftar masuk.

AMSTERDAM.

HARI KELIMA NUREMBERG - MUNICH - SALZBURG

Sebelum memasuki negara Austria , Kita akan berjalan-jalan di Bandar Munich sebelum meneruskan perjalanan ke Salzburg,Austria. Keindahan salzburg tidak perlu kami uraikan ianya terlalu panjang , cukuplah anda sendiri merasainya semasa dalam kembara kita nanti. Kita akan dihidangkan pemandangan yang sungguh cantik. . HARI KEENAM SALZBURG - BOVEC - VENICE

Perjalanan hari ini membawa kita ke kampung kecil di daerah bovec, Slovenia . ia juga di kenalai sebagai perkampungan pergunungan . Selepas bersiar-siar dan merakam kenagan, kita teruskan perjalanan ke kota atas air iaitu venice. Tahniah anda telah tiba di italy.

AUSTRIA.

HARI KETUJUH VENICE CITY

Kita akan mula meneroka kota venice se awal pagi , terdapat beberapa monumen penting yang perlu di ambil kenangan antaranya "Canal Bridge" , jangan lupa untuk mencuba gondola yang terkenal disini , sambil mencuci mata dangan barangan kulit buatan tangan disini . Venice bandar atas air yang sungguh cantik. . HARI KELAPAN VENICE - PISA

Hari kelapan ini kita menuju ke Pekan Pisa , anda akan ditemani ladang gandum di sepanjang perjalanan . Setiba nya di Pisa, kita akan terus ke Monumen "7 Wonder " iaitu menara condong Pisa . jangan lupa ambil gambar pelbagai gaya di sini yer...

JUNGFRAU JOCH, SWITZERLAND "Top Of Europe"

ZERMATT, SWITZERLAND

HARI KESEMBILAN PISA - LAUTERBRUNNEN

Hari ini kita akan meneruskan perjalanan ke Negara seterusnya , iaitu Switzerland. Kita akan bermalam di pekan lauterbrunnen . Sebuah pekan indah seperti "rivendel" di dalam cerita "The Lord of The Ring" . Perjalanan hari ini lebih berlanskap gunung ganang bersalji dan pemandangan yang mempesona, betapa indahnya ciptaan ilahi kepada hambanya. . HARI KESEPULUH LAUTERBRUNNEN - JUNGFRAU JOCH

Rasai pengembaraan hebat dengan menaiki keretapi tertinggi didunia. Keretapi ini akan mendaki sehingga ke puncak jungfraujoch ,anda tidak perlu bersusah payah untuk mendaki "Top Of Europe" . Perjalanan yang memukau dan rasai pengalaman rare ini . Jungfraujoch juga merupakan scene bagi pengambaran filem James Bond. Kita akan behenti di Kleine Scheidegg untuk penukaran gerabak sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.

VENICE, ITALY.

HARI KESEBELAS INTERLAKEN - BRIENZ - GRINDAWALD

Kita akan bersiar-siar di bandar pertemuan antara dua tasik iaitu Interlaken, disini terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan sambil mencuci mata dengan pelbagai barangan buatan Swiss , selepas dari itu kita akan singgah di salah sebuah tasik iaitu di brienz . sebelum pulang semula ke penginapan kita akan mengambil gambar yang cantik di sekitar grindawald , perkampungan kecil di celahan gunung. HARI KEDUA BELAS LAUTERBRUNNEN - PARIS

Setelah 3 hari beristirehat di Switzerland , hari ini kita akan menempuhi perjalanan sedikit panjang menuju ke kota Cinta Paris. Perjalanan akan ditemani dengan ladang-ladang canolla. Kita juga akan melalui beberapa pekan kecil di daerah Perancis. Setibanya di paris kita akan terus daftar masuk dan berehat , untuk pengembaraan keesokanya.




HARI KETIGA BELAS PARIS Tidak sah jika tiada ,"Eiffel Tower" , "Arch de triomphe" , "Lurve Museum , Seine River" dan lain-lain jika kita menjejakkan kaki di bumi Paris. anda juga akan dibawa bersiar-siar di Chaamp Elsees. jangan lupa untuk ambil gambar di monumen sekita paris. . HARI EMPAT BELAS PARIS - KUALA LUMPUR

Hari ini kita akan pulang ke tanah air, setelah lebih kurang 14 hari kita mengembara di 8 Negara eropah , 8 bandaraya dan merentasi berpuluh daerah , Semoga kembara ini mebawa 1001 kenangan manis bersama anda. semoga berjumpa lagi di lain kembara. . HARI LIMA BELAS Sampai di tanah air tercinta, Malaysia!

========== INFO PAKEJ ==========

EUROPE GOLDEN CIRCLE

10 - 24 Dec 2018 (Winter) 13 - 27 Apr 2019 (Spring) 14 HARI 12 MALAM

RM 10,590/pax (single) RM 10,290/pax (berdua atau lebih) RM 9,750/pax (2-11 tahun) RM 3,900/pax (0-23 bulan) . Whatsapp atau Call untuk pertanyaan lanjut. En Aizat 0102187273 (Eropah) En Aizat 0102187273 (Eropah) En Aizat 0102187273 (Eropah)


0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf