Search
  • Qistina Khairudin

Pembukaan Sarawak pada Domestik Pelancongan (COVID-19)

Miri, 16 Julai: Usaha untuk memulakan penlancongan di Sarawak telah di sokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dengan mengurakan "Visit Sarawak Campaign" bersama slogan yang menepati kempen covid-19 ini `REDISCOVER YOURSELF IN SARAWAK`.


Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Sebastian Ting berkata kempen ini bertujuan untuk mencapai domestik pelancongan dan juga menggalakkan perjalanan antara negeri di kalangan penduduk tempatan.


Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Sebastian Ting (kerusi tengah), Menteri Setiausaha Tetap, Mr Hii Chang Kee (kedua daru kiri), Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Pengarah Sarawak, Mr Suriya Charles Buas (kedua dari kanan)

(foto ihsan Tribun Sarawak Baru)


Datuk Sebastian memberikan komen itu pada satu majlis dimana dia menyerahkan lesen pemandu pelancong, "Regional Specific Tourist Guide" (RSTG) kepada 19 pemandu pelancong baru di awal minggu ini di Miri.


"Kami akan menukarkan fokus kami kepada domestik pelancongan dan akan menyambung kempen "Visit Miri" dengan memberikan fokus lebih kepada jenama sarawak, "Sarawak more to discover". Pada masa yang sama juga kami akan mempromosikan 5 kata kunci unik sarawak dari aspek Budaya, Pengembaraan, Alam Semulajadi,Makanan dan juga Perayaan", ulas Datuk Sebastian Ting.


Beliau menegeluarkan penyataan bahawa penularan Covid-19 ini amat memberikan kesan yang banyak pada kesemua sektor industri pelancongan terutama sekali pemandu pelancong. Dengan pembukaan pelancong domestik, para pemandu pelancong akan memegang satu tanggungjawab baru iaitu memastikan para pelancong mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh Protokol kesihatan dan juga keselamatan semasa lawatan mereka.


Kementerian Pelancongan Sarawak akan mempertimbangkan kemungkinan acara penyerahan lesen pemandu pelancong di Kuching, Sibu dan juga Bintulu.

0 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf