Search
  • akmalalamshah

Passport anda hilang ? Ikuti 5 langkah ini untuk dapatkan semula passport

Updated: Mar 7, 2019



PASSPORT adalah dokumen terpenting jika mahu ke luar negara. Apa nak buat jika passport anda hilang? Mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah dan anda boleh perolehi passport baru anda segera.




1. LAPORAN POLIS


Langkah pertama sekali ialah membuat laporan polis. Jika tiada laporan polis, anda tidak boleh meneruskan langkah seterusnya. Hati-hati



2. PERGI PEJABAT IMIGRESEN


Pergi ke Pejabat Imigresen terdekat untuk melaporkan kehilangan passport di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia. Bawa salinan laporan polis tadi sekali. Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen.


3. ISI BORANG


Isi borang dan lengkapkan dokumen yang diperlukan dan hantar di kaunter. Antara dokumen yang perlu dikemukakan ketika hendak memohon: Borang Permohonan Passport Malaysia (IM.42 Pin 1/97) * Borang Soal Selidik kehilangan passport Malaysia (IM,42C), bagi kes hilang (disahkan oleh pesuruhjaya sumpah) * Dua (2) Salinan kad pengenalan * Dua (2) Sijil kelahiran / surat beranak / borang W (jika lahir diluar negara) * Dua (2) Salinan laporan polis (kes kehilangan passport)



4. RAKAM KENYATAAN


Anda akan dipanggil untuk ditemuduga dan dirakam kenyataan anda. Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh Pegawai Imigresen bertugas. Tips nak mudah lulus. Pastikan anda ingat nombor passport anda sebelum ini dan lokasi terakhir anda pergi. Ini akan lebih meyakinkan pegawai berkenaan untuk meluluskan permohonan anda.


Haa jangan lupa kalau jumpa abam abam kita ni, berbudi bahasa budaya kita.

5. TUNGGU KEPUTUSAN


Kelulusan permohonan ini bergantung pada keputusan ketua pengarah imigresen dan keputusan akan mengambil masa selama 5 hari bekerja. Berdoalah semoga diluluskan. Kalau dah lulus nanti boleh tengok-tengok pakej percutian kami dan mengembara bersama Rarecation.


IKLAN

Ikuti pengembaraan terbaik ke seluruh dunia bersama Rarecation

Tekan di sini untuk melihat pakej kami : RARECATION





437 views

© 2016 Rarecation Travel Sdn Bhd

No Lesen : KPK : 8849

No Siri : KPK/LKU/SUB 0540

Rarecation HQ

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 4300 Kajang Selangor

  • Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

*Rarecation ialah entiti 100% milik badan kebajikan anak yatim dan asnaf